~** Memaknakan Takut seorang HAMBA**~

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuhu

Firman Allah Swt;; mafhumnya..
"Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu ialah 
orang yang lebih bertaqwa(dikalangan kamu)"
(al-hujurat:13)



Pagi inii, saat yang santai..surya tersenyum  ceria..
Ku hadap jiwa dan minda untuk perkongsian berMAKNA..

TAKUT..


semua orang ada rasa ini..
cuma bezanya..


Takut pada SIAPA??
untuk Apa???



Takut ..
Anugerah Allah pada HAMBA
Jika di salur untuk jalan ke AKHIRAT.
menjana Hamba berjiwa HAMBA pada  Maha Pencipta...
positif natijahnya..
Jika di salur pada DUNIA.. 
menjana hamba menyembah sesama HAMBA..
jauh dari RedhoNya..

Ku singkap suratan sejarah para SAHABAT
ingin mengutip iktibar dan Tarbiyyah
" Taqwa  High Class" senadi dgn tari hidup 
Jiwa merdeka ..meski jasad terhambat 
Langkah di sekat..
Taqwa ..
bukan sekadar indah d lisan
terpapar indah di kanvas kehidupan...


~~~~~~~~~*****************~~~~~~~~~

AL-Kisah.. Takut sorang Abu Bakar As-Siddiq

Suatu hari syyidina Abu Bakar Assiddiq berkata:
 " Sungguh!! aku ingin berada di samping seorang HAMBA yg berIMAN."

Dia juga pernah berkata sambil memegang lidahnya :
" Inilah yang selalu menghantarku menuju hal-hal yang membahayakan.."

Pada waktu itu sayyidina Abu Bakar menangis tersedu-sedu dan mengatakan..
"Menangislah kalian ..Jika kalian tidak boleh menangis,maka berusahalah untuk menangis.."


Apabila menunaikan solat, dia seakan-akan sebatang kayu (yg tidak bergerak)kerana rasa TAKUTnya kepada Allah SWT.

Ketika mengalami sakaratul maut, dia berkata kepada Sayyidatina Aisyah:
" Wahai Puteriku, sungguh aku masih membawa harta benda kaum muslimin,pakaian-pakaian, pemerah susu, dan juga budak-budak. Oleh kerana itu bersegeralah pergi kepada Omar Ibnu Al-Khattab dan berikanlah itu semua kepadanya.. "

Kemudian Sayyidina Abu Bakar berkata..
" Demi Allah,, Andainya aku menjadi sebuah pohon yg boleh di makan buahnya dan kemudian di tebang.."


Dalam riwayat lian  dinukilkan oleh Qatadah,bahawa Sayyidina Abu Bakar menyatakan..
" Sungguh!! Aku ingin seandainya aku menjadi tunbuh2an yang boleh di makan Haiwan"



~~~~~~~~~*****************~~~~~~~~~

Al- Kisah ... Takut  sorang al-Faruq Umar Bin Al-Khattab

Ketika beliau membaca surah at-Thur  sampai pada ayat...yg bermaksud.. " Sesungguhnya siksa dari Allah pasti akan terjadi.." ,beliau menangis sehingga tangisannya menjadi-jadi dan akhirnya beliau jatuh sakit dan di ziarah oleh para sahabat,,

Sayyidina Umar pernah berkata kepada puteranya ketika beliau berada dalam sakaratul maut,,
"Celakah kamu, letakkan kepalaku di atas tanah, semoga Allah mengasihaniku.." 

Kemudian beliau berkata..
" Bahkan celakalah ibuku jika Allah tidak mengampuni dosa-dosaku.."(sebanyak 3 kali) kemudian beliau wafat..


Umar r.a memilki dua garis hitam di wajahnya, kerana sering menangis..

Ibnu Abbas pernah berkata kepadanya,,,
" Dgn perantaraanmu, Allah memberikan pertolongan demi pertolongan dan engkau telah melakukan penaklukan demi penaklukan,engkau mengerjakan ini dan ini...."


kemudian Umar berkata..
" Aku ingin selamat dengan tanpa membawa ganjaran dan bebanan.."

~~~~~~~~~*****************~~~~~~~~~

Al-Kisah ... Takut  sorang Uthman ibnu Affaan


Apabila sayyidina Uthman bin Affaan  berdiri berhampiran sebuah kawasan perkuburan,dia menangis hingga janggutnya basah kerana airmata.. Dia berkata...
' seandainya aku berada di antara syurga dan neraka  sedangkan aku  tak tahu ke mana aku akan masuk, sungguh aku lebih memilih untuk menjadi abu, sebelum aku tahu akan kemanakah diriku.."  

~~~~~~~~~*****************~~~~~~~~~

Al-Kisah ... Takut  sorang Ali ibnu Abi Thollib

Sayyidina Ali amat takut dengan dua perkara ; Panjang angan-anagn dan Mengikut Hawa Nafsu.. Dia berkata..
" Kerana sesungguhnya panjang angan2 membuatku lalai dari akhirat, sedangkan mengikut hawa nafsu akan menghalangiku dari KEBENARAN...Ketahuilah ! bahawa kehidupan dunia berjalan kebelakan sedangkan kehidupan akhirat  datang menjelang..Dunia dan akhirat mempunyai putera2..Jadfilah kalian putera2 akhirat dan janganlah kalian menjadi putera2 Dunia.Kerana hari ini adalah hari untuk beramal dan tidak ada Hisab(timbangan).,sedangkan esok di akhirat adalah hari hisab dan tidak ada waktu untuk beramal.."

~~~~~~~~~*****************~~~~~~~~~

Saudara2 ku!! Putera Puteriku ..

Ibroh .. dari Al-Kisah...
Rasa TAKUT yang hakiki..pada Robbul Izzaty..
 mendorong diri untuk....
banyak mengingati mati..memperbanyakkan bekalan..
meninggalkan dosa dan maksiat..lebih mendekat pada Arrahman..
Tawaddhuk walau bergelar Umarak..Memilih kesedrhanaan meski sorang jutawan
Redho Allah di utamakan.... Hukum Allah di realisasikan..
memelihara Halal dan Haram.. Menjaga hak2 dan kewajipan sesama Insan..
Banyak menangis mengenang dosa.. bertaubat Nasuha..
Ikhlas dalam TAAT ..Tidak mengharap Ganjaran..

Wahai diriku....Wahai dirimu (pengunjung budiman)
Rendahkan Hati.. Tekadkan Azam..
Memaknakan Takut dalam seluruh kehidupan..
kerana kita adalah HAMBA..
kepada NYA semata..



"Wahai orang yang beriman, takutlah(bertaqwalah) kepada Allah dan hendaklah setiap  individu memerhatikan apa yang diusahakan untuk menghadapi hari esok(hari kiamat)Bertaqwalah. . Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.."(Al-Hasyr:18)"

Phtn: Hakikat TAQWA mengikut pandangan ulamak ..rujuk disini..
http://pendakisenja.blogspot.com/2010/08/sembang-sembang-tentang-taqwa.html

Ulasan

Catatan Popular