Sembang-sembang tentang... TAQWA




Assalamualaikum wrt...

Hari ni dah masuk hari pertama dalam fasa terakhir romadhan untuk sesi 1431 H.. syukur sangat kerana masih berpeluang untuk teruskan pendakian..pencarian ke arah ridhoNya.. Pagi yang bening ini, bersama kicauan beburung ..diiringi sahutan kokokan ayam dan lentuk gemalai dedaun yang turut bertasbih memuji Yang Maha Pencipta..terlintas diminda Ana, satu kalimat yang sering disebut dimana saja ... lebih2 lagi d bulan barakah ini...satu kalimah yang melambangkan satu sifat yang menjadi idaman bagi setiap umat Islam yang berjiwa hamba untuk memilikinya..... satu kalimat yang juga menjadi terget Allah disebalik kewajiban ibadah puasa ...iaitu kalimah "TAQWA"..dengan kata lain disebut sebagai "takutkan Allah"....
Terkenang bait-bait kalam rabbuna....yang bermaksud :
"Wahai orang yang beriman ,diwajibkan keatas kamu ibadah puasa sepertimana telah diwajibkan kepada orang2 sebelum kamu agar kamu BERTAQWA".
(al-baqarah: 183)

"Wahai orang yang beriman, takutlah(bertaqwalah) kepada Allah dan hendaklah setiap individu memerhatikan apa yang diusahakan untuk menghadapi hari esok(hari kiamat)Bertaqwalah. . Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.."(Al-Hasyr:18)"

Jelas, sifat mahmudah ini merupakan tuntutan Islam ... wajib dimiliki oleh setiap individu yang memilih Islam sebagai pegangan(aqidah) dan cara hidupnya...TAQWA itu hak Allah untuk hamba2Nya... namun..

Apakah Hakikat taqwa itu??? Apa faedah(kebaikan ) disebalik memiliki sifat TAQWA?? Apakah memadai dengan mendakwa diri takutkan Allah,
maka sesorang individu itu telah sah memiliki sifat mahmudah ini??
Adakah sifat TAQWA ini mempunyai tanda-tanda zahir???


HAKIKAT TAQWA

Menurut ulamak ... hakikat Taqwa ialah...
1.menuruti perintah Allah (zahir bathin)
2.Meninggalkan larangan Allah(zahir bathin)
3.sentiasa merasakan kebesaran dan kehebatan yang hakiki adalah
bagi Allah semata.

Sebahagian ahli tafsir pula menjelaskan maksud kalam rabbuna ;
"Bertaqwalah kamu dengan ketaqwaan yang sebenar":(Ali-Imran:102).
bahawa..
Allah itu mesti ditaati..tidak boleh dimaksiati
mesti di ingati....tidak boleh dilupai
mesti di syukuri...tidak boleh di kufuri


KELEBIHAN TAQWA

1. Mendapat penyertaan Allah dan diri akan terpelihara
" Bertaqwalah kepada Allah..dan ketahuilah Allah bersama orang2 yang bertaqwa"(al- baqarah:194)

2. Mendapat kurniaan ilmu(laduni) dari sisi Allah
"Bertaqwalah kamu kepada Allah..dan DIA akan mengajar kamu"(al- baqarah:282)

3. Mendapat FURQAN(dapat mmbezakan antara hak dan bathil) dan
diampunkan dosa-dosa lalu
"Wahai orang mukmin !Jika kamu bertaqwa(takut) Allah, nescaya Allah akan kurnia kan kepadamu kemampuan untuk membezakan antara hak dan bathil .....akan dihapuskan kesalahanmu yang lalu....akan diampunkan dosa-dosamu.....dan. Allah memiliki kelebihan yang besar"(al-Anfal:29)

4. Terselamat dari api neraka
"Dan tidak seorang pun di kalangan kamu, melainkan melaluinya( api neraka ) ..itu lah ketentuan tuhanmu yang tak dapat dihindarkan..lalu kami selamatkan golongan yang bertaqwa.." (maryam : 71-72)

5. Terpelihara dari kejahatan dan dukacita
"Dan Allah menyelamatkan orang2 yang takutkan Allah ke tempat yang menguntungkan..mereka tidak disentuh oleh kejahatan.. dan mereka tidak berdukacita ." (az-zumar:61)

6. Terlepas dari beban hidup dan kesulitan
" Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan menunjukkan jalan keluar baginya (dari kesulitan)dan Allah akan memberinya rezeki dari sumber yang tidak di sangka sangka..

7. Allah janjikan syurga
"Itulah syurga yang kami wariskan untuk hamba-hamba kami yang bertaqwa"(maryam:63)

8. Mendapat kemuliaan dunia akhirat
"Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu ialah orang yang lebih bertaqwa(dikalangan kamu)"(al-hujurat:13)


TANDA-TANDA TAQWA
(pada anggota manusia)

Orang mukmin itu adalah orang bertaqwa pada Allah dan(begitu juga) seluruh anggota badannya..sebagaimana Abul-laits telah berkata:

"Tanda-tanda takut pada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara.."

1.pada lisannya
Dia menghindarkan dusta, ghibah(umpatan), menyebar fitnah,berbual kosong dan banyak bercakap.Sebaliknya dia mentibukkan diri dengan zikir, membaca al-quran dan muzakarah ilmu..

2. pada hatinya
Dia membuang rasa permusuhan,kebodohan, dan hasad dengki terhadap orang lain.Dia mengimani sabda Rasulullah saw.:
" Hasad itu dapat membakar kebaikan sepertimana api membakar kayu".

3. pada perutnya
Maka perutnya tidak di isi dengan yang haram.itu dosa besar. Sabda Rasulullah saw.:
" Manakala sesuap barang yang haram masuk ke dalam perut seseorang, maka seluruh malaikat dilangit dan di bumi melaknatinya selama mana barang haram itu berada dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan itu, maka tempatnya adalah di Neraka"

4. pada pandangannya
Maka dia akan menghindari dari semua perkara yang diharamkan.Tidak pula terpikat dan terikat dengan dunia.Dia memandang nya untuk mengambil iktibar...
Rasulullah bersabda :
"Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah kelak akan memenuhinya dengan api pada hari Kiamat".

5. pada ke dua tangannya.
Tangannya hanya digunakan untuk mentaati Allah..

6. pada (langkah)kakinya
Dia tidak berjalan untuk maksiat..Hanya melangkah untuk taat kpd Allah, mencari ridhoNya..untuk bergaul dengan para ulamak...dan orang2 solleh

7. pada ketaatannya
Dia menjadikan ketaatannya sebagai jalan untuk meraih ridho Allah
semat-mata..tidak riyak dan tidak bersifat munafiq dalam ibadah.

Maka barang siapa melakukan tujuh perkara tersebut, maka dia termasuk dalam kategori orang yang dikatakan oleh Allah swt:

" Sesungguhnya orang2 yang bertaqwa itu, berada di dalam kebun-kebun dan mata air(syurga)" (al-hijr:45)

Moga terjawab segala persoalan... lalu timbul persoalan lain...untuk kita tujukan pula pada diri kita sendiri...

Sudahkah kita berusaha untuk memilki ciri2 'muttaqiin'??
mampukah ibadah puasa kita( sebulan ini)...mencantas segala maksiat zahir dan bathinyang pernah kita lakukan..???

mampukah madrasah romadhan memimpin kita untuk mencapai target TAQWA ??

Saudaraku...bersamalah kita....buka minda... buka hati... tanya iman..

Salam muhasabah..

Teruskan mujahadah.....!!!!



Ulasan

Catatan Popular