~** Waktu Solat ; antara Warna Alam , Repleksi Tubuh dan kehidupan Manusia**~
بســــم اللــه الــرحمــن الــرحــيم
ألســـلام علـــيكـم و رحمــة اللــه و بركـــاته
Salam Ukhuwwah buat semua pengunjung budiman...Saudara2ku..Putera2 Puteriku..
Malam ni ,ingin berkongsi info baru (bagi penulis) di perolehi dari FB sebentar tadi..iaitu apa yg tersirat disebalik penentuan awal waktu bagi ibadat solat yang kita lakukan lima kali sehari.. Sama2lah kita menghayati dgn mata hati... ISLAM itu INDAH... Lebih indah bila diHayati.....
~~~~*****~~~~~*****~~~~~*****~~~~
Perubahan warna Alam dan refleksi pada Tubuh serta kehidupan
Setiap peralihan Waktu solat sebenarnya
menunjukkan tenaga alam ini yang boleh di ukur dan di crap melalui perubahan
warna alam.
WAKTU SUBUH
Sebagai contoh, pada waktu Subuh..alam berada
dalam spectrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang
mempengaruhi system metabolisma tubuh.
Jadi Warna biru muda atau waktu Subuh
mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertingga waktu subuhnya atau terlewat berulangkali, akan menghadapi ,masalah komunikasi dan rezeki
Mereka yang kerap tertingga waktu subuhnya atau terlewat berulangkali, akan menghadapi ,masalah komunikasi dan rezeki
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak
dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dlm keadaan roh dan jasad
Bercantum – dalam ertikata lain jaga daripada
tidur
Di sini juga dicungkil akan rahsia
diperintahkan solat di awal waktu…
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada
waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh
melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi, mereka yang terlewat Subuhnya sebenar mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
WAKTU ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq &
Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut
dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan
keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya
berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang
sifat cerianya.
Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
WAKTU ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu
masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan
frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya
dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini
terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh
organ-organ reproduktif kita.
WAKTU MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di
waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di
luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi
jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat
bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Sumber : FB
Ulasan