~** BANTAH ..kerana CINTA?? **~



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda :

“Sesungguhnya lemahlembut itu, tidaklah berada pada sesuatu melainkan ia pasti akan menghiasinya dan tidaklah ia tercabut dari sesuatu, melainkan ia pasti akan memburukkannya.” (HR Muslim)


Bantahan Umat Islam sedunia..


Sepanjang minggu ni.. cuaca sejuk semacam.. Alam nampaknya turut bersedih .. Isu2 tentang umat Islam sejak menjak ni semakin menebar dgn berita-berita yg amat menyedihkan dan mengecewakan.. Minggu ni dunia hebat pula membicarakan dan memaparkan respon umat Islam sedunia membantah penerbitan filem yg menghina Rasulullah SAW.. Berbagai persepsi yg kita dapat lihat dan dengar respon dari tindakan umat Islam tersebut..segolongan berpandangan "umat Islam sudah bangkit kembali.. Umat Islam tidak akan pernah TIDUR  dan berlepas tangan bila isu agama Islam di permain2kan lebih2 lagi isu  menghina Rasulullah dan ajaran yang baginda bawa  ke alam jagat.. Namun tidak kurang pandangan negatif yg  diperkukuhkan.."Umat Islam Pengganas".. Dan ada yang bersikap keliru.." Betulkah tindakan umat Islam yang bangkit  membalas "Penghinaan" dgn "Kekerasan".. ???

Setiap orang berhak meletakkan prinsip ,namun harus jangan terkeluar dari batas yg di "Redhoi" kerana umat Islam perlu  sentiasa berhati2.. Tersilap langkah perang agama sedunia akan berlaku jika isu ini tidak di tangani secara imany.. Bantahan itu wajar sekali..Ia adalah  tanggung jawab setiap umat Islam yng Cinta Allah dan Rasulnya.. namun persoalannya ialah perlaksanaan dalam mengemukakan bantahan tersebut.. Amat malang sekali jika isu ini dipropagandakan sebagai tindakan keganasan oleh umat Islam dan melibatkan nyawa orang awam ..  Penulis tetap meragui... " Benarkah Realitynya Begitu" .. Syaithan Dunia kini semakin Licik...



~~~~~~*********~~~~~


                                                                            Sayang Nabi???  

  
                           Bantahan itu memang jelas salah satu dari implikasi  yg terbias dari energy "CINTA" yg kental pada junjungan besar Nabi Muhammad SAW... Namun, ada persoalan lain yg perlu juga menjadi tafakkur kita bersama dan cari jawapannya secara jujur di jiwa masing...


" Apakah bantahan itu perlu melibatkan pergaduhan berdarah??

dan...


 bagaimana dgn segelintir  golongan yg pertikaikan perundangan Islam ...merasa sebahagian ajaran nabi Muhammmad sudah tak releven dgn zaman IT .. golongan yg menyatakan Al-Quran perlu di kaji semula..??

Bukankah fenomena ini sama juga dgn mempersendakan ajaran Nabi Muhamad SAW??



Lalu apa yang perlu dilakukan sebagai bukti CINTA Allah dan Rasulullah?? 

Al-Quran menjawab persoalan  ini..dalam Firman Allah swt:



"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."(A-li'Imraan 3:31)

“"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” 
(QS Al-Ahzab: 21)

Sejarah telah merakamkan seerah dakwah baginda SAW...penuh dgn hikmah.. bertindak dgn lembut dan keras kena pada sasaran dan tempatnya.. sesuai dgn pimpinan al-Quranul karim..
"Serulah(manusia) kepada (agama) Allah dgn bijaksana, dan teladan yg terbaik dan bebidaslah(berhujjah) lah dgn mereka dgn hujjah yg lebih baik"
(Surah An-Nahlu: ayat 125)

Al-Quran juga merakamkan penyataan Allah pada salah satu
 tindakan yg di ambil oleh baginda Rasulullah SAW dalam risalah dakwah ISLAMIYYAH

”Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (QS Ali ’Imran : 159) 

Ayat di atas menunjukkan, bahwa Rasulullah sebagai makhluk yang paling mulia dan paling baik, diberikan rahmat oleh Allah berupa kelemahlembutan. Yang sekiranya apabila Rasulullah tidak bersikap lemah lembut dan bersikap kaku lagi kasar, niscaya orang-orang akan menjauh dan lari dari diri beliau.

Pada suatu ketika Nabi s.a.w bukan sahaja tidak diterima malahan beliau dilontar batu sehingga berdarah kaki baginda. Nabi mempunyai pilihan untuk menghancurkan penduduk Taif namun baginda memilih untuk memohon keampunan di atas kejahilan mereka dan berdoa agar ada keturunan mereka yang akan memeluk Islam. Hari ini, penduduk Taif adalah beragama Islam atas sifat kasih sayang dan doa baginda s.a.w....

Jelasnya....Sayang Nabi ...adalah dengan mengikut perintahnya dan mengikuti sunnahnya...merealisasikan ajarannya sebagai cara hidup yang syumul(menyeluruh) Bukan memilih sunnah yang kita gemari dan membuang sunnah yang kita kurang selesa. Imam Syafie berkata;



"Sunnah Nabi s.a.w itu ibarat bahtera Nabi Nuh a.s. Siapa yang menaikinya
 (mengikut sunnahnya) akan selamat"



Semoga perkongsian ini ada manfaatnya buat dunia dan akhirat kita...
Salam Ukhuwwah...Salam mujahadah 

Ulasan

Catatan Popular