~** Lambaian MAKSIAT..Camna nak SELAMAT **~

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



"Maksiat...Kat mana2 ada maksiat.. susah nak hindar..Lebih2 lagi di zaman IT ni.. dalam rumah pun berleluasa agen2 penyebar  maksiat.. Persoalannya..." Bagaimana nak menghindari?? "

Inilah keluhan seorang teman maya  pagi tadi(Ahad 9/9/2012).. Penulis tersenyum sendiri..Sebenarnya keluhan teman itu juga menjadi keluhan penulis sendiri sebelum ini ..Apa tidaknya, Sedang kita on9 untuk mencari info2 bermanfaat untuk penambahan iman ada saja PAPARAN gambar dan U-tube video yg diiklankan (di ruang tepi ) yg tak bermoral dan agak keterlaluan.. Astaghfirullahul A'zhiim.. Rancangan2 dan iklan di Kaca TV juga ber-ROJAK antara HALAL dan HARAM.. Memang tiada ruang untuk selamat dgn lambaian maksiat.. Tika sendiri2 dgn Allah.. datang pula si PENGGODA LICIK... mengangkat sedikit demi sedikit ruang khusuk dan ikhlas.. Hati pula di serang dgn MAKSIAT  HATI.. Di tempat kerja, Instituasi Pendidikan, pasar hatta dalam masjid dan surau pun tak selamat.. Macam2 ada...Maksiat mata..mulut.. telinga.. tangan ..langkah kaki.. pakaian..tingkahlaku dan pelbagai lagi..

Kesimpulannya.. sesiapapun tak bisa lari dan menyembunyikan diri dari lambaian MAKSIAT ,samaada maksiat Zahir atau maksiat Bathin (dalaman diri)..Maksiat Zahir menambah lagi koleksi dosa yang ada..Maksiat Bathiin pula mencacatkan amalan dan keikhlasan serta kehusyukan dalam berIBADAT..Malah jika tak terkawal, ia bisa menghapuskan pahala amalan yg dilakukan.. Beramal tapi KOSONG..

Syukur... akhirnya pencarian penulis berakhir dan persoalan terjawab bila penulis rujuk persoalan ini pada ulamak solafussolleh... Kitab "Mutiara Kata Pewaris Nabi (IBNU QAYYUM) menukilkan  Taujihat dari ulamak tersohor ini ..menjawab persoalan yg menjadi  keluhan penulis..keluhan teman tadi dan juga mungkin menjadi keluhan kepada saudara2 pembaca budiman yg ingin menghindar dan seterusnya SELAMAT dari  terjebak ke maksiatYang MELAMBAI2 di hati.. di mata.. di minda...Jum !! Kita Kongsi dan sebarkan kepada saudara2 di luar sana...

~~~~~~~~*****************~~~~~~~~

SABAR ( Menahan diri) dalam menghadapi (tarikan)MAKSIAT

Menurut Syeikh Ibnu Qayyum, ada beberapa sebab yg dapat menjadikan seorang HAMBA boleh bersabar (menahan diri) dalam menghadapi(lambaian) maksiat, di antaranya...

1. Mengakui betapa buruk ,hina dan rendahnya Maksiat itu..
Sesungguhnya Allah mengharamkan dan melarang melakukan maksiat tersebut kerana Allah SWT tahu keburukan maksiat dan kehinaanya.

2. Malu kepada Allah SWT..
kerana apabila seorang HAMBA mengetahui bahawa Allah mengetahui, mendengar , serta melihatnya,,maka dia pasti akan berasa malu untuk berbuat maksiat di hadapan Allah SWT

3. Menjaga nikmat dan kebaikan yg telah dikurniakan..
kerana, dosa akan menghilangkan nikmat yg dikurniakan Allah SWT

Seorang ulamak salaf menyatakan ,..
 " Suatu ketika saya berbuat dosa, setelah itu saya tak boleh melakukan qiamullail selama setahun"

Sedangkan seorang  ulamak salaf lain menyatakan..
" Suatu ketika saya  melakukan dosa, lalu saya merasa sulit untuk memahami al-Quran."

4. Rasa Takut dan khuatir terhadap siksa Allah SWT..
Hal ini dapat diperolehi dgn meyakini kebenaran janji dan ancaman Allah,
serta menghayati hakikat beriman dengan kitab dan Rasul-NYA.

5. Cinta kepada Allah SWT
Ini adalah penyebab yang paling kuat dalam sabar untuk menghindari maksiat.Kerana sesungguhnya orang yang mencintai itu pasti akan mentaati yng dicintai.

6. Kemuliaan serta kesucian jiwa seseorang HAMBA
Demi menjaga kemuliaan  jiwa, seorang HAMBA akan memilih sebab2 yg boleh
menghapuskan dan menghindarakan diri dari perbuatan maksiat.

7. Mengetahui serta menghayati kesan2 buruk dan
 pengaruh buruk dari perlakuan maksiat.

8. Memendekkan angan-angan serta selalu mengingati mati,
 memahami dan menyedari diri hanyalah bagaikan  musafir yang masuk ke dalam sebuah
desa kemudian keluar darinya..

9. Menghindari makan, minum, berpakaian, tidur serta bergaul secara berlebihan

10. Sebab yang terakhir adalah semua SEBAB dari semua yang telah disebutkan tadi,
iaitu tetapnya pohon keimanan di daloam hati seseorang..

[Petikan(terjemahan) dari kitab Hijratain wa Babus Sa'aatain krya Syeikh Ibnu Qayyum]

~~~~~~~~~~~~~**************~~~~~~~~~~~~

Saudara2ku... Putera2.. puteri2ku.. Pengunjung budiman..

Ilmu adalah PENYULUH..
Agama adalah PENASIHAT..

Selama kita mahu menghayati ilmu yang berpaksikan Agama..
insyaAllah hidup kita terpimpin ke arah mardhatillah..

Namun harus di ingat.. ilmu dan faham bukanlah penjamin SELAMAT dari MAKSIAT..
Hidup ini adalah MUJAHADAH yang bertaliarus.. Keamanan dalam iman tidak hanya dicapai dengan mujahadah sehari..seminggu..sebulan  mahupun setahun.. Mujahadah itu bersifat seumur hidup kerana bisikan  ke arah MAKSIAT juga  bersifat seumur hidup..( itu janji Syaithan di hadapan Allah swt..)


"Apa Yang mereka sembah Yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk Yang lemah), dan mereka (dengan Yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan Yang derhaka Yang telah dilaknat oleh Allah, dan Yang telah mengatakan: "Demi sesungguhnya, Aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian Yang tertentu (untuk menjadi pengikutku)."Dan Demi sesungguhnya, Aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan Demi Sesungguhnya Aku akan memperdayakan mereka Dengan angan-angan kosong, dan Demi Sesungguhnya Aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan Aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". dan (ingatlah) sesiapa Yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin Yang ditaati selain dari Allah, maka Sesungguhnya rugilah ia Dengan kerugian Yang terang nyata.Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka Dengan angan-angan kosong; dan apa Yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata. "
(An-Nisaa’ 117-120)

Selamat b e r u s a h a...Selamat istiqamah dalam MUJAHADAH

Ulasan

Catatan Popular