~**Rintihan Keinsafan sorang ABDI...**~
Jika Tuhanku bertanya padaku..
Tidak malukah kau bermaksiat pada-Ku?
Kau sembunyikan dosamu dari makhluk-Ku
dan datang pada-Ku dengan penuh dosa..
Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang?..
dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?
Aku terus menyogok jiwaku dengan impian
dan harapan dari semasa ke semasa
dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati..
dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan
Seolah-olah aku ini telah di jamin untuk hidup selamanya..
seakan maut tidak akan menemuiku..
dan telah datang kepadaku sakaratumaut yang ngeri...
Nah!siapa sekarang yg mampu melindungiku??
Aku melihat pada wajah-wajah..
apakah ada daripada mereka yg akan menebusku??
Akan ku di soal apa yang telah ku lakukan di dunia
untuk menyelamatkan diri ini ??
Maka bagaimana akan ku jawab..
setelah aku mengabaikan urusan agamaku??
celakanya aku!Apakah aku tak mendengar
ayat-ayat Allah yg menyeruku??
Adakah aku tak dengar apa yang telah
diberitakan didalam surah Qaaf dan Yaasiiin?
Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia,
hari perhimpunan dan hari qiyamah??
Adakah aku tidak dengar panggilan maut,menyeru dan menjemputku??
Maka Ya Robb!! seorang hamba datang bertaubat,
siapa yang melindunginya??
Melainkan Tuhan Yg Maha Luas Pengampunannya...
dan yg membimbingku pada kebenaran
Aku telah datang kepadaMu, maka kasihaniah daku..
dan beratkan timbangan kebaikanku..
dan ringankan(percepatlkan) hisabku kerana
Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban
~~~~~~*****~~~~~~****~~~~
Terakadang kita lupa pada suatu SAAT yg tak pernah melupakan kita
Ulasan