~.. PENAWAR di sebalik RACUN...~

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Diriwayatkan tentang seorang lelaki lumpuh, disebabkannya dia tidak boleh bergerak dan hanya diam di rumah sahaja.Dia menderita selama beberapa tahun,hingga membuatnya berputusasa. Para doktor sudah menyatakan tidak mampu merawatnya lagi. mereka telah menyampaikan  perkara itu kpd keluarga dan anak-anaknya.

Pada suatu hari ,seekor kala jengking jatuh dari atap rumahnya tepat di atas tubuhnya, dan dia tak mampu menghalaunya kerana badannya yang lumpuh. Kala jengking itu menjalar atas kepalanya dan menyengatnya beberapa kali. Selepas itu secara mengejut  badanya boleh digerakkan mula dari tapak kaki hingga ke kepala. Darah mula mengalir ke dalam semua organ tubuhnya, dan menyembuhkan seluruh jasadnya. Dia pulih dan sehat semula. Dia berdiri dengan dua kakinya, berjalan-jalan di dalam biliknya , membuka pintu lalu menghampiri keluarga dan anak-anaknya.

Apabila dia berdiri di hadapan mereka, mereka tidak percaya terhadap apa yg berlaku. Mereka terperanjat, lalu lelaki tersebut terus menceritakan keajaiban yg telah berlaku ke atasnya.

Maha Suci Allah yang memberikan kesembuhan kepada hambaNya melalui cara yg demikian..

Cerita ini diutarakan kpd bebrapa orang doktor,dan mereka mempercayainya. Mereka menjelaskan bahwa pada kala jengking itu terdapat serum antibiotik yang mengandung RACUN, jika toksidnya diperkecilkan secara kimia, maka serum itu boleh menjadi PENAWAR atau ubat orang yang lumpuh.

Maha Tinggi Zat Yang Maha Penyayang.. Zat yang tidak menurunkan satu penyakitpun kecuali Dia juga memberikan penawarnya..

"Setiap Penyakit ..ada Ubat(penawar)nya.."


[Ruj : Di petik dari kitab 'Syarah al-Hikam ; edisi melayu terjemahan Zulkifli Mohd. Al-Bakri]

~~~~~~~~~~~~~~~~*********~~~~********~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Subhanallah..

Di sebalik cerita ada berita..

"Sesungguhnya di atas kuasa(makhluk) ada  yang Maha Berkuasa(khaliq)..

Perlaksanaan QadakNya hanya dgn satu kunci.."KUN"...("jadilah") ,maka jadilah ia..


oleh itu, tidak wajar seorang HAMBA berputus asa menerima satu ketentuan Allah yang 


mungkin sekadar ujian sementara sebelum dikurniakan suatu


 pemberian yg di luar jangka.. dan seandainya itu taqdir 


sampai bila2.. maka REDHOLAH..."

dan .....


Sesungguhnya...Tidak satupun ciptaan Allah itu dijadikan sia2.. 


untuk itu sorang HAMBA seharusnya tidak memandang rendah atau 


membenci  makhluk Allah yg lain  walaupun pada zahirnya, ia agak menakutkan


 dan membahayakan atupun menjijikkan.. begitu juga dalam  menilai kesempurnaan 


dan kekurangan pada diri seseorang.. yakinilah setiap individu ciptaanNya 


memiliki kekuatan/keindahan dan kelemahan/kekurangan tersendiri..


~ Yg Maha Sempurna.. hanya DIA ~


~~~~~~~******~~~~~~



Ulasan

Catatan Popular