Tips2 Menggapai Bahagia Dunia Akhirat

Assalamualaikum wrt. wbkt.


Saudara2ku!! Putera puteriku!!
BAHAGIA!! adalah impian semua orang.. apapun latarbelakangnya..apapun warna kulitnya..apapun agamanya..apapun statusnya..


BAHAGIA!! sering difokuskan untuk DUNIA.. segala usha dilakukan untuk mencapainya.. tak kira laluan sempit atau luas.. laluan lurus atau bengkang-bengkok..akan ditembusi dan diharungi jua..


BAHAGIA !! terlau fleksibel.. berbeza antara individu dengan yang lain.. sasaranya juga berbeza..
Bagi Muslim, mukmin dan muttaqiin..BAHAGIA yang ingin dicapai dan di gapai pastinya.. BAHAGIA dlm kehidupan yang bakal fana' (sementara) dan....BAHAGIA dalam kehidupan yang baqa'(kekal)..disamping itu mereka berpegang teguh dengan perinsip matlamat tidak menghalalkan cara..


Saudara2ku!! Putera puteriku!!
Pastinya aku dan kalian juga mengimpikannya.. sebaris dengan para siddiqin dan mujahidin fi sabilillah..Untuk memudahkan langkah kita mencapai hasrat tersebut , marilah bersamaku merenungkan tips2 berikut agar hasrat murni tidak hanya terus berligar di minda dan lisan tanpa terjemahan pada usha yang disertai tawakkal padaNYA..


1. Jangan jadikan orang KAFIR sebagai wali(pemimpin/pelindung)
2.Jangan jadikan orang MUKMIN itu musuh
3.Belayarlah di dunia dengan bekalan taqwa
4. Anggaplah dirimu sebagai orang yang mati
5.Syahadah memberi persaksian kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW dengan risalahNYA
6. Cukupkan atau lengkapkanlah dirimu dengan amalan yang solleh walaupun sedikit
7.Jika kamu mahu benar dalam percakapan, lazimkanlah membaca surah al-Qadar
8.Jika kamu mahu rezeki seperti hujan, selalulah membaca surah al-Falaq
9.Jika kamu mahu selamat daripada kejahatan manusia, sentiasalah membaca
surah an-Nas.

10.Jika kamu mahu rezeki dan keberkatan, lazimkanlah dirimu membaca surah al-waqi'ah dan surah Yasin.
11. Jika kamu mahu terlepas daripada kesusahan dan mencari jalan keluar daripada kesempitan dan dikurniakan rezki tanpa disangka2 lazimkanlah berISTIGHFAR!!!


Syeikh Abu al-Hasan al-Syazili, Qarir berkata: "Wajib kamu bersifat dengan akhlak mahudah(terpuji), nescaya Allah SWT menjamin kepada kamu EMPAT perkara di dunia dan EMPAT perkara di akhirat..


Empat jaminan Allah di dunia:
1. Benar dalam percakapan
2. Ikhlas dalam amalan
3.Rezeki seperti hujan
4.Selamat daripada bencana


Empat jaminan Allah di Akhirat:
1. Keampunan yang Besar
2.Hampir kepada Allah SWT
3. Masuk Syurga
4. Berada dalam darjat yang tinggi


Semoga Tafakkur disusuli dengan pengabdian pada sikap, cara berfikir dan tingkah laku..
Salam Mujahadah.. ke arah mardhatillah..


(Ruj: Syarah al-Hikam:50)

Ulasan

Catatan Popular