Si dia atau DIA??



Puteriku..
Hatimu gerimis lagi..
Walaupun jauh jarak...
namun alirannya menguis peti hatiku..
sorang umie..
Puteriku..Nailofar umie..
dimana bersembunyi permata qanaahmu??
dimana bersembunyi mutiara sabarmu..??
Umie mengenalimu... kau KUAT permatahatiku..
Menangislah!!..tangisan itu indah!!..
jika alirannya bersama cintaNYA
namun... jaga hakNya!!

Puteriku,
sudah kau amati..
tangisan itu untuk siapa?? untuk si dia atau untuk DIA...??
Sudah kau hitung titisan itu jatuh kerana siapa ??kerana dia atau DIA..??
apakah tangisan itu kerana korbankan rasamu pada dia kerana DIA..??
atau korbankan setia pada Dia kerana dia??
Harus kah ada pengorbanan itu??
keterlaluankah pengorbanan itu??
Berbaloikah pengorbanan itu dengan keperitan yg kau lalui??
Berbaloikah pengorbanan itu untuk duniamu??
Berbaloikah pengorbanan itu untuk akhiratmu??
pengorbanan itu..untuk dunia atau untuk akhiratmu??


Puteriku..
Engkau nak kedua2nya ?? dia dan Dia??
sudahkah tepat masamu untuk terima dia kerana Dia??
sudahkah tepat dia pilihanmu..untuk meraih ridhoNya??

Puteriku!!
Jalan keluarmu ada disebalik soalan2 ini..

Jawablah dengan iman.. bukan nafsu!!
Korbankan nafsu kerana iman..
jgn korbankan iman kerana nafsu..

Umie yakin... kau puteri yg bijak..sollehah...
kerana furqan dihatimu..dijiwamu..dimindamu..
Tak mengapa..jika gerimis dihatimu kerana mujahadah memelihara iman..
Tak mengapa..jika kau pilih dunia juga kerana nak pelihara iman
Tak mengapa..kerana ku tahu DUNIA hanya di tangan mu ..
Akhirat terikat kemas di hatimu..
kau srikandi tabah!!
tangismu tidak menggoyah imanmu..
tangisan mengiringi mujahadah adalah tanda JIHAD yg maksima dalam jiwa..
tangisan yang mengiringi kepasrahan pada kehendak tuhan..
adalah tanda penyerahan jjiwa maksima pada takdir tuhan..

Semoga yang merintih hari ini adalah NAFSUmu yg sering ditunggangi..
walau yang merasa pahitnya adalah IMANmu yang ingin sentiasa memenangi..

Selamat bermujahadah , puteriku!!
Umie sentiasa ada dibelakangmu..
walaupun tiada disisimu..
dan ingatlah !! DIA akan sentiasa ada di belakang ..didepan..di kiri kananmu..
di atas dan bawahmu..jika DIA pilihanmu..
FIKIR2KAN!!!

Ulasan

milikALLAH berkata…
assalamualaikum...ummie....terasa sangat2 dengan bingkisan ni....
maaflah kalau nur selalu buat ummie risau....
iNsYiRaH QaLbY berkata…
Wa'alikumssalam habbty..qurratul ainy

Suka duka ank2 ummie adlah suka duka mmiejuga..
Semoga tabah menghapi gejolak hidup remaja yg berwarna warni..

Robbuna ma'akunna da-iman insya Allah..

Catatan Popular