Teraphy ' KETAGIHAN' di sebalik.."HUDUD" ????




Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Firman Allah Swt.


تِلْكَ حُدُودُاللّهِ وَمَن يُطِعِ اللّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ
 تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُخَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ الْفَوْزُالْعَظِيمُ


"Itu adalah Hudud (had-had) dari Allah,  
barangsiapa ta'at kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya 
ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka
 kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar." 
 (Surah An-Nisaa' : Ayat 13)

~~*****~~~~~*****~~~~~*****~~~~~*****~~

Persepsi negatif tentang HUDUD

Sebut jak perkataan HUDUD, ramai yg berkerut dahi... 

"Ngeri..."

"Kejam"

"Tak bertamadun"

"Tak releven dengan zaman IT"

"Perlu di kaji semula"


"Akan bertambahlah jumlah OKU di Malysia"

....dan bermacam2 lagi komen negatif yg di dengar...di baca...

tapi cuba hayati paparan di bawah ini...
apa pula 'persepsi' anda selepas membacanya???



~~*****~~~~~*****~~~~~*****~~~~~*****~~

Doktor Rawat Ketagihan Seks & Arak Pakai Rotan

Seorang doktor menemui cara rawatan yang ganjil untuk membantu penagih.....

Pesakit yang termasuk penagih seks dan ketagih bekerja, kini boleh menemui kaunselor untuk disebat dengan rotan sebanyak 60 kali.

Kini, terapi ANEH diisytiharkan sebagai pencapaian baru dalam rawatan psikologi oleh pakar selepas satu cubaan merawat menggunakan teknik itu dilakukan di Siberia, Russia.

Dalam satu temu janji, pesakit akan dirotan sebelum sesi konvensional bercakap dan meluahkan perasaan mereka.

Rawatan itu diasaskan oleh Pengarah Pengajian Biologi di Institut Perubatan Novosibirsk, Dr Sergei Speransky, yang mengaku pernah dirotan bagi mengatasi tekanan dihadapinya.

“Pesakit berpendapat rawatan itu berjaya memulihkan mereka selepas rawatan lain gagal. Saya juga berjaya mengatasi masalah yang dihadapi sebelum ini. Saya bukanlah kejam tetapi saya mengesyorkan ia cara terbaik untuk merawat ketagihan,” katanya kepada akhbar The Siberian Times..

Teori yang diasaskannya itu kini diteruskan oleh pakar psikologi, Dr German Pilipenko dan Profesor Marina Chukhrova yang mendakwa sudah merawat lebih 1,000 pesakit.

Pasangan itu mendakwa hampir semua pesakit yang mereka rawat berjaya mengatasi ketagihan masing-masing.

“Kami merotan pesakit pada punggung dengan tujuan perubatan semata-mata,” katanya.

Untuk satu sesi rawatan, pesakit dikenakan 3,000 rouble (RM275).

Mereka perlu menjalani rawatan rotan itu dua kali seminggu selama tiga bulan dan rawatan susulan setiap empat minggu pada tahun berikutnya.

Pesakit terdiri daripada lelaki dan wanita yang berusia antara 17 dan 70 tahun.

Penagih tegar, termasuk penagih heroin, biasanya dirotan 60 kali sementara kaki botol dan penagih lain, 30 kali.

Dahan pokok biasanya digunakan untuk tujuan itu kerana ia mudah lentur dan tidak menyebabkan berdarah.

Pesakit akan menjalani elektrokardiogram terlebih dulu untuk memastikan sebatan itu tidak akan menyebabkan mereka diserang sakit jantung.

Menurut kedua-dua pakar perubatan itu, beberapa pelanggan mereka terdiri daripada selebriti dan warga asing sudah mula datang ke Siberia untuk menjalani rawatan itu.

Rawatan itu mungkin dilihat kejam tetapi kedua-dua pakar itu menegaskan, ia bukan hukuman untuk memalukan mereka.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
p/s : Sorry to interrupt, Islam already provided this solution. Thats we called Hudud.

Rujukan Link :

1) http://wowberita.org/doktor-rawat-ketagihan-seks-arak-pakai-rotan
2) http://dialograkyat.blogspot.com/2009/08/sebatan-baik-untuk-buang-ketagihan-arak.html

3) http://ijoks2009.blogspot.com/2014/01/islam-terbukti-benarhukuman-rotan.html

~~*****~~~~~*****~~~~~*****~~~~~*****~~

Saudara2ku!! Pembaca budiman !!

Menarikkan..??

Kajian Psikology di RUSIA ini telah membuktikan hikmah disebalik 
perlaksanaan 'SEBATAN' ..

pendekatan "ROTAN" atau "SEBATAN " dalam teraphy yg digunakan
 dalam rawatan berkenaan itulah yg di  sebut "HUDUD" oleh agama ISLAM

LALU....
apa yg ditakutkn sangat dgn perlaksanaan hukum 'HUDUD' yg telah 
ditentukan oleh Allah swt ????

.Terang lagi bersuluh..

Di sebalik kekerasan (pada zahir) ada kesembuhan..
bukan saja pada pelaku tapi juga kepada mereka2 yg menyaksikannya..

Jom hayati pendekatan Islam terhadap kes jenayah Zina dan Arak...

1.Jenayah Zina

 Zina : iaitu persetubuhan tanpa nikah yang sah menurut syariat Islam dan hukumannya apabila sabit kes ialah sebat sebanyak 100 kali.

Allah berfirman dalam Surah An -Nuur ayat 2 :

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ

"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman."

2. Minum Arak

 Syarbul Khamr : Minum arak atau minuman yang memabukkan. Samada ianya dalam jumlah yang sedikit ataupun banyak demikian juga mabuk ataupun tidak. Hukumannya apabila sabit kes ialah sebat tidak lebih  dari 80 kali dan tidak kurang dari 40 kali. Hukuman ini berasaskan dalil dari hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib Karramallahu Wajhah :

جلد رسول الله صلى الله عليه و سلم أربعين و أبو بكرٍ أربعين و عمرُ ثمانبن و كلٌّ سنَّةٌ و هذا أحبُّ  إليَّ

رواه مسلم
maksudnya :

"Rasulullah saw telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebatan Saidina Abu Bakar rha telah menyebat sebanyak 40 kali sebatan dan Saidina Umar al Khattab rha telah menyebat sebanyak 80 kali sebatan. Semuanya adalah sunnah Rasulullah saw dan inilah yang lebih aku sukai."

Semoga paparan ringkas ini dapat merubah
 persepsi  
takut...ngeri... kurang yakin 
yang MENGHANTUI masyarakat di sebalik perlaksanaan
hukum 'HUDUD' sebagai salah satu solusi untuk
 membenteras gejala sosial dan salah laku


 surah al Ahzab ayat ke  36:

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ
 وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا

maksudnya :

"dan tidaklah layak bagi orang yang beriman samada lelaki atau perempuan, apabila telah ditetapkan oleh Allah swt dan RasulNya akan sesuatu perkara, bahawa ia membuat pilihan yang lain selain dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang mengingkari Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan suatu kesesatan yang nyata."

~~*****~~~~~*****~~~~~*****~~~~~*****

Nak melihat foto2 perlksanaan hukum HUDUD di negara2 Islam??
saksikan di sini ...

http://inijalanku.wordpress.com/parti2/foto2-hukuman-hudud/

Ulasan

Catatan Popular