~** BaHaYa ViRuS kHuRaFaT **~


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam agama kami, yang tidak termasuk dalam ajaran Islam yang suci, maka apa yang diamalkan itu tertolak (tidak diterima amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan pahala)."  (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Khurafat umpama Virus Kanser yg merebak dalam tubuh manusia.. Kecilnya saja sudah mengundang ketidakselesaan, apatah lagi bila ia telah merebak keseluruh anggota. . cuma kekadang Kehadirannya tidak dijangka ..tiada tanda awal yg dapat dikesan.. seringkali dikenalpasti bila sudah berada ditahap 4..Pun begitu  virus khurafat..Sering terjadi ia tumbuh dan bercambah sebagai  budaya setempat..sehingga sukar dibezakan yg mana syariat dan yg mana khuarafat oleh segelintir manusia  yang kurang celik agama...lalu bercelaru dalam amalan antara adat setempat maupun ibadat yg disyariat...


Apa yg dimaksudkan KHURAFAT  ??

 Pengertian khurafat dalam Islam ialah 
Semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran., pantang-larang, 
adat istiadat, ramalan-ramalan. pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang 
dari ajaran Islam. 


Apa faktor-faktor yang mendorong berlakunya khurafat???

a).  Cetek ilmu agama
b).  Mudah mempercayai benda-benda tahyul
c). Terpengaruh dengan kelebihan seseorang atau sesuatu benda


Di antara jenis-jenis amalan khurafat orang Melayu ..
1. Anggapan sial atau membawa malapetaka kepada seseorang ataupun masyarakat dengan kehadirannya dan amalan buang sial: tepung tawar, Lenggang perut, Mandi bunga/Sintok limau dan Mandi Safar.
2. Kepercayaan kepada hantu dengan alasan untuk tinggal selamat di suatu tempat atau memberi makan kepada hantu peliharaannya ataupun konon-kononnya untuk membayar niat tertentu.
3. Ilmu seru gerak yang kebiasaannya diamalkan oleh kumpulan silat yang mengamalkan jurus kebatinan.
4. Jampi serapah yang ada unsur-unsur syirik atau menghina Islam atau tidak difahami maksudnya.
5. Mempercayai percakapan, ramalan dan tilikan dukun samada terhadap perkara yang telah lalu atau di masa akan datang.
6. Memohon dengan percakapan atau ungkapan yang tidak ada asal usul suruhan dalam Islam seperti kata-kata “Tabik Tok Nenek” ketika melalui sesuatu tempat atau “Minta simpang Malaikat 44” ketika mengharapkan sesuatu yang tidak diingini.
7. Penggunaan tangkal di rumah atau dipakai di badan yang bukannya dari sesuatu yang tsabit dalam agama serta tidak dijaga dari dibawa ke tempat-tempat yang bukan suci.
8. Meletakkan Ladam Kuda dipintu rumah dengan alasan boleh menghindari dari gangguan makhluk halus.
9. Menggantung isim yang dipahat di logam tertentu dengan berbagai-bagai rajah dan tulisan yang bukannya ayat al-Qur’an atau sesuatu yang warid dalam agama.
10. Bersahabat dan meminta pertolongan kepada Jin/Khadam/Masuk Tok Nenek dalam badan (menurun).
11. Mengamalkan ilmu pengasih
Ilmu pengasih atau ilmu yang didakwa dapat menawan hati seseorang samada dengan tujuan baik, iaitu ingin bernikah, ataupun dengan tujuan yang jahat, iaitu ingin memperdaya seseorang adalah haram di sisi agama. Ia termasuk dalam kelompok ilmu sihir, walaupun dengan menggunakan ayat al-Qur’an yang ditokok tambahkan dengan kalimah-kalimah tertentu.

12. Perasapan kemenyan dengan tujuan supaya menghalau jin dan hantu di dalam rumah dan menjemput malaikat datang ke rumah.
13. Meletakkan air di dalam bekas untuk dijamukan kepada para malaikat “Air Malaikat”.
14. Menganiaya atau menzalimi orang melalui sihir, santau dan pukau.
15. Pemakaian susuk untuk mencantikkan muka dan badan atau lainnya.Merubah sesuatu yang telah dijadikan oleh Allah SWT kepada manusia adalah haram. Seperti firman Allah dalam Surah at-Tin( ayat 4 ):
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya)”.
16. Pemakaian raksa atau apa-apa logam untuk menguatkan tubuh badan atau untuk kuatkan rangsangan seks.
Pemakaian raksa boleh mengkategorikan sebagai merubah ciptaan Allah SWT dan amaln sihir, kerana pemakaian raksa akan menyebabkan seseorang itu menjadi kuat, kebal, tidak penat bekerja berat. Jampi serapah serta amalan tertentu diperlukan untuk memasukkannya seperti pemakaian susuk.
17. Menggunakan objek untuk menakuti jin.
Menggunakan sesuatu objek dengan alasan golongan jin akan takut kepada benda tersebut ataupun bermain dengannya, seperti menabur beras kunyit di dalam rumah, menabur kacang hijau atau lada hitam, menyembur air garam ataupun cuka di rumah, meletakkan sesuatu benda yang berduri di dalam rumah.
18. Kepercayaan kepada kebolehan benda memberi mudharat dan manfaat.
Mempercayai sesuatu objek boleh memberi mudharat dan manfaat seperti batu zamrud, kayu koka, kemuning hitam, raja kayu, teras kilo dan buluh tumpat.
19. Kepercayaan kepada tuah keranda.
Lari dibawah keranda seseorang yang kita terlalu kasih supaya tidak teringat kepadanya.
Sebahagian dari fahaman khurafat yang masih lagi menyelubungi umat Islam dalam masyarakat kita ialah fahaman-fahaman seperti :-
Jangan makan nasi di dalam periuk atau belanga nanti jadi fakir.
Jangan main batu baling (batu tujuh) dalam rumah nanti sempit rezeki.Jangan sapu rumah atau buang sampah pada waktu malam nanti sempit rezeki.Rebus batu atau panah matahari dengan cili kering atau sambung baju pengantin sampai ke atas bumbung yang kesemuanya itu supaya tidak turun hujan.
20. Menzalimi binatang seperti amalan memindahkan penyakit kepada binatang atau menyihir seseorang dengan menggunakan katak atau binatang lain.
Tindakan menzalimi binatang dengan alasan untuk menyelamatkan manusia tidak dapat diterima akal dan syarak, bahkan termasuk dalam amalan sihir yang dilaknati Allah SWT.
21. Kepercayaan kepada kebolehan seseorang mendatangkan mudharat atau manfaat.
Mempercayai seseorang wali, keramat atau seseorang seperti bomoh dan dukun boleh mendatangkan kemudharatan ataupun manfaat.
22. Kepercayaan kepada kejadian alam sebagai isyarat masa depan.
Mempercayai sesuatu perkara atau bunyi yang berlaku ada kaitan dengan apa-apa perkara atau kaitan dengan orang tertentu, seperti bunyi cicak atau burung, kucing atau biawak melintas dalam perjalanan akan membawa malapetaka.
23. Membaca ayat al-Qur’an secara songsang ataupun dihentikan pada tempat yang salah dari segi tajwid dengan alasan tertentu yang bercanggah dengan syarak.
Umpamanya membaca surah al-Fatihah atau surah al-Ikhlas terbalik kononnya dengan tujuan perubatan atau untuk menghantar balik sihir yang dibuat oleh orang lain. Amalan ini jelas bercanggah dengan ajaran Islam berdasarkan firman Allah SWT, yang mencela sikap golongan Yahudi yang mengubah-ubah ayat-ayat Allah di dalam kitab-kitab terdahulu sehingga mereka menjadi sesat.
“Di antara orang-orang Yahudi ada Yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya Yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): “Kami dengar”, (sedang mereka berkata Dalam hati): “Kami tidak akan menurut”. (Surah an-Nisa, ayat 46)
24. Kepercayaan kepada kebolehan wafaq.
Mempercayai wafaq atau huruf Hija’iyah yang tertentu, yang tertulis sama ada secara rajah ataupun tidak dan juga yang tidak dapat difahami maksudnya, dapat mendatangkan sesuatu manfaat ataupun mudharat. Ini adalah sebahagian dari amalan sihir yang menyesatkan. Apatah lagi jika dikaitkan dengan sesuatu fahaman dan iktikad umpamanya boleh melariskan perniagaan, mendekatkan jodoh dan menghindarkan penyakit.
25. Pengubatan yang bercanggah dengan Islam.
Berubat dengan kaedah yang salah dan haram disisi agama seperti menyembelih ayam jantan/hitam, makan bara api, menilik di dalam air atau asap, menitik lilin di dalam air untuk mengetahui sesuatu, mandi air najis, membuka, melihat dan menyentuh aurat pesakit tanpa hajat, berdua-duaan dengan pesakit.
26. Pengubatan dengan bahan haram.
Berubat dengan menggunakan bahan-bahan yang haram. Misalnya najis, darah, nanah, air longkang, kain lampin, tuala/modes wanita yang mengandungi kesan darah, sesuatu dari cebisan tubuh badan manusia, seperti rambut, kuku, gigi dan tulang manusia.
27. Upacara memanggil roh.
Mengadakan upacara Tahdhirul Arwah, kononnya untuk memanggil roh-roh tertentu masuk kedalam badan seseorang, seperti : memanggil roh Syeikh ‘Abdul Qadir al-Jailani dan sebagainya.
28. Pengubatan tanpa sumber agama.
Berubat dengan kaedah yang tidak ada asal usul dalam ugama seperti ilmu cungkil urat dengan digaris-garis di hadapan jari kaki dan tangan yang diurut di atas sebuah papan dengan menggunakan pisau tumpul, menggunakan pahat atau penukul. Kononnya sebagai isyarat untuk memulihkan sendi atau uray yang sakit. Juga memaku paku di tiang rumah untuk menghilangkan sakit gigi, menggunakan keris, pisau, pedang dan gambar.
29. Pengubatan oleh bomoh bukan Muslim.
Berubat dengan bomoh bukan Islam, seperti : sami Hindu, sami Buddha, paderi Kristian dan tok batin Orang Asli yang menggunakan kaedah kepercayaan terhadap agamanya ataupun jampi serapah agamanya.
30. Mendakwa diri sebagai seorang kasysyaf.
Mendakwa diri sebagai seorang wali yang kasysyaf dan boleh melihat jin dan sebarang makhluk halus dan boleh menyembuhkan sebarang penyakit.
31. Mensyaratkan pengeras yang pelik-pelik.
Seperti mesti memberi benda tajam, atau bayaran yang berjumlah suku seperti dua ringgit suku dan membawa pulut kuning dan telur berwarna.

BAHAYA KHURAFAT
Kepercayaan khurafat boleh membawa kepada kesan negatif kepada individu, 
Antaranya...
  • menjadikan seseorang itu berlaku syirik kepada Allah swt kerana mempercayai sesuatu atau ada kuasa yang lain daripada Allah Taala yang mampu memberi pertolongan kepada mereka. 
  • menyebabkan seseorang itu terkongkong kerana pantang larang yang diamalkan 
  • menyekat kebebasan berfikir yang mengakibatkan seseorang itu lemah dan mundur dalam segala hal.
  • menghabiskan wang, tenaga dan membuang masa mereka dengan sia-sia. 
  • menyebabkan berlakunya huru hara dan perpecahan dalam masyarakat kita.


Ada jalan penyelesaiannya ???

  • Setiap umat Islam hendaklah mendalami ilmu agama sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis nabi S.A.W yang bermaksud :

" Aku telah tinggalkan kamu 2 perkara selama mana kamu berpegang teguh dengannya, tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Quran dan sunnahku"



  • usaha-usaha da’wah dan penerangan kepada semua peringkat umat Islam perlu dilaksanakan dengan lebih meluas lagi. 
  • Pihak yang bertanggungjawab hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang melakukan perkara khurafat iaitu dengan mengenakan hukuman yang berat .
  • menghapuskan tempat-tempat yang menjadi tempat pemujaan mereka seperti bina-binaan di atas kubur yang di anggap keramat.

~~~~~~*******~~~~~~~



Ulasan

Catatan Popular