~** SuRaT CiNtA bErBaU SyUrGa **~

بســم اللــه الرحمـــن الــرحيم
الســـلام علــــيكــم ورحمـــة الله وبركـــاته

 Malam yag tenang di sini (Malaysia)...YG SIBUK merancang untuk menyambut hari kemerdekaan...
namun malam dan hari2 bergolak di sana (Dunia islam ;Mesir /Syria)..merancang untuk meraih kembali erti merdeka dalam beragama...dalam menguasai polotik negara, demi keamanan dan keadilan sejagat...bngkit utk ISLAM..dan bersedia  ke arah dua  situasi : HIDUP MULIA atau MATI SYAHID..

Tika matahati dan minda mencari INFO dan merisik khabar saudara2 dinsana... terpana  jiwa HAMBAku,pada satu status...meruntun rasa kemanusiaan dan cinta dinubari untuk syahid di jalanNYA.. cemburu pada dua insan yg sedang berCINTA di jalan Jihad FII Sabilillah... Terus terang, kurang mengenali tokoh ni,. tapi amat kagum setelah membaca surat CINTANYA...

Dalam ruangan yg sederhana ini ,ingin berkongsi surat CINTA  berBAU  SYURGA yg lahir dari tokoh ini (Mujahid) kepada anaknya yang telah Syahid di bumi Mesir (14 ogos) yg lalu.. Ada  massege yg wajar menjadi MUHASABAH  diri buat kita semua...(saya dan pembaca2 yg budiman)...Tafakkurlah sejenak...

~~~~*******~~~~*******~~~~

Gambar: "Buat anak kesayanganku, Asma el-Beltagy,

Ayah tidak mengucapkan selamat tinggal kepadamu kerana esok kita akan bertemu lagi.

Kau telah mengabdikan hidupmu untuk menentang kezaliman bagi membina semula negara ini.

Ayah tidak mendapat masa yang cukup untuk dihabiskan bersamamu terutamanya ketika ayah tidak dibenarkan untuk menemanimu.

Kali terakhir kita duduk bersama di Dataran Rabaa Al Adawiya, kau pernah bertanya, "Walaupun ayah bersama kami, ayah tetap sibuk," dan ayah menjawab 'Hidup ini terlalu singkat untuk dinikmati.

Jadi, ayah berdoa kepada ALLAH semoga kita akan dapat menikmati hidup bersama di syurga,"

Dua hari sebelum kau dibunuh, ayah bermimpi melihat kau memakai baju pengantin berwarna putih yang menyerlahkan lagi kecantikanmu.

Ketika itu, ayah bertanya, "Adakah ini malam perkahwinanmu?" kau menjawab, "Tidak ayah, ia akan 'dilangsungkan' pada waktu tengah hari."

Selepas ayah menerima berita bahawa kau terkorban pada tengah hari (14 Ogos), barulah ayah mengerti maksud mimpi tersebut.

Kematianmu sebagai syuhada telah mengukuhkan lagi kepercayaan ayah bahawa kita berada di pihak yang benar.

Wahai anakku, hingga kini, ayah berasa amat sedih kerana tidak dapat melihat kau buat kali terakhir; tidak dapat mengucup dahimu dan tidak dapat mengimamkan solat jenazahmu.

Demi ALLAH, ayah tidak hadir bukan kerana takut dengan ancaman sekeliling tetapi ayah telah berikrar untuk meneruskan dan menamatkan perjuangan kita.

Akhir kata, wahai puteri kesayanganku,
Ayah tetap tidak akan mengucapkan selamat tinggal kerana kita mungkin akan bertemu lagi di syurga dan ayah berharap doa ini akan dimakbulkan ALLAH SWT, Insya-ALLAH.

Ayahmu, Mohammed Beltagi

p/s : Berikut adalah keratan daripada warkah yang ditulis oleh Mohamed Al-Beltagy Beltaji mengenai anaknya, Asma' Mohamed Al-Beltagy.

"Buat anak kesayanganku, Asma el-Beltagy,

(sumber : FB)

Ulasan

Catatan Popular