~** Jum ... HiJrAhKaN PuAsA **~


Bismillahirrahmanirrahiim
ASSALAMULAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH


Saudara2ku !! Putera Puteriku sedunia!!
Salam Mahabbah ..Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua..

Alhamdulillah,, kita masih terpilih untuk menikmati RAHMAH (kasihsayang) yang dijanjikan Allah dgn hadirnya awal bulan ramadhan.. Siapapun kita.. dimana jua kita berada..pastinya mengharapkan agar romadhan kali ini lebih bermakna... Untuk mencapai hasrat tersebut, HIJRAH perlu di ambil kira.. Hijrahkan cara  (mengihya'kan)hari2 kita sepanjang bulan barakah ini... Berlumba2lah untuk melakukan sebanyak dan sebaik mungkin amalan2 yg di redhoi Allah..Hasrat untuk mencapai janji teragung di akhir romadhan iaitu TERLEPAS DARI API NERAKA, bergantung sejauhmana kita bijak menyemarakkan bulan ini sebaiknya...seikhlasnya...kerana DIA...


Saudara2ku !! Putera Puteriku sedunia!!

 Al-Imam Al-Ghazali Rahimahullah di dalam karya agungnya, Ihya Ulumuddin 
telah membahagikan puasa kepada tiga tingkatan. Tingkatan paling rendah ialah puasa orang awam iaitu hanya menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum. Tingkatan pertengahan pula ialah puasa orang khusus iaitu anggota badan turut berpuasa daripada melakukan segala bentuk maksiat dan dosa, manakala tingkatan tertinggi ialah puasa orang khusus lagi istimewa iaitu berpuasa dengan penuh ikhlas dan menjaga hati daripada dikotori dengan sifat mazmumah.

Jum bersama ... Muhasabah diri... di tingkatan mana puasa kita sebelum ini??..  

Andainya berada di tingkatan terbawah, berazamlah untuk HIJRAHkan puasa ke tingkatan yng lebih baik.. Hijrahkan PUASA..dari Puasa Awam  menjadi Puasa  yg lebih KHAS..Tidak Hanya Puasa Perut namun turut puasa segala anggota; mata, telinga, hidung, tangan dan kaki..dari melakukan perkara lagha(sia2) maupun maksiat yang merosak malah menghapus pahala  puasa sehingga tak mendapat apa2 kecuali penat dan dahaga....

Nabi saw bersabda, “Sesiapa yang tidak meninggalkan cakap bohong dan berkelakuan buruk ketika berpuasa, baginya tidak ada pahala di sisi Allah, baginya hanya lapar dan dahaga sahaja.” 
(HR Bukhari)

Seafdhalnya ..Hijrahkan puasa kita ke tingkatan yg TERBAIK iaitu puasa orang2 yg ISTIMEWA(di sisiNYA) dari kalangan para Nabi , para sollihin,para siddiqiin.. Di peringkat ni, HATI dan MINDA turut puasa... Bagaimana?? .. Kontrol MINDA dari tenggelam dan hanyut memikirkan dan mempersoalkan perkara2 yg boleh mendatangkan murka Allah.. pun begitu HATI hendaklah disucikan selalu dgn zikrullah..dgn taqwa hanya pada Allah.. buang segala akhlak2 hati yg mazmumah(tercela ) ; hasad dengki, riak dalam amalan, marah dan dendam, pesimis,tamak...  digantikan kepada semua akhlak2 hati yg mahmudah(terpuji) ; sabar, ikhlas, sabar, pemaaf,qanaah dan sebagainya.. 

 Kesimpulannya.. Puasa kita boleh dipertingkatkan.. Pokok pangkalnya adalah dimulakan NIAT yang benar dan ikhlas..kemudian HIJRAHkan puasa di alam reality..bukan hanya berillusi  ..Insya Allah matlamat agung difardhukan ibadah puasa ;TAQWA...  dapat dicapai..

 firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 bermaksud: 
“Wahai orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa seperti diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” 


Akhirulkalam.. Jum  bersama ... 
Semarakkan Ramadhaan
Fastabiiqul Khairat(berlumba2  melaksanakan kebaikan)
HIJRAHkan PUASA ke arah yg terBAIK

dan

Jum bersama....
Check ihya' ramadhan kita
setiap malam/hari


Ulasan

Catatan Popular