~*BeSaRkAn MaTaHaTimU...**~

BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhSaudara2ku! Putera Puteriku!!Siapapun yg punya hati yg hidup dan minda yg waras akan terPUKUL bila melihat kekejaman dan ketidakperimanusiaan yg berleluasa di DUNIA ISLAM sepanjang zaman.... Kiamat semakin mendekat namun maksiat semakin mendapat tempat.. yg Benar dan SALAH bertukar tempat.. penjahat di nobat sebagai HERo penyelamat....sebaliknya mujahid sejati di warta sebagai PENJAHAT yg diCARI... Begitulah adanya andai melihat hanya dgn mata tapi BUTA mata HATI...Ayoh !! Saudara2ku Putera Puteriku !!Mari bangkit bersama ISLAM TULIN... Usah biarkan diri terjerat dgn madah2 muluk sang Dunia.. kerana Ia menjanjikan derita di SANA meski hidup mu bagai RAJA di sini..  jadilah saudara yg PEKA terhadap penderitaan saudara seDUNIA kita... Jangan pEkak telinga .. setiap hari darah saudara2 kita mengalir dan terhina meskipun sebenarnya hidup mereka mulia di sisi Robbuna... lalkukan sesuatu mengikut kemampuan kita..kita punya cara berbeza.. untuk sama2 melihat mereka merdeka... tidak lagi terDERA dan terjajH di bumi tumpah darah...bebas menjunjung kitab MULIA.. Putra Puteriku!!Jum.. BESARkan mata HATI.. melihat kebesaranNya...
Jum BESARkan mataHATI meenggunakan anugerah2 dariNYA di jalan REDHO..
BESARkan HATI yg kerdil untuk membantu sesama.. paling tidak doa dan lumpuhkan kekuatan ekonomi musuh2 ISLAM dgn memboikot keluaran2 negara mereka..BESARkan HATI untuk  berSATU dalam perbezaan...~~~~********~~~~******~~~~
Mata Kecilku



Nukilan : Ammu Afdlin Shauki 


Kau buat mataku kecil
Kau buat badanku besar
Kau sayangkan aku

Kau buatku serba kekurangan
Supaya aku berusaha mencari kejayaan
Kemudian kau limpahkan dengan kesenangan
Kau sayangkan aku

Aku leka dengan hidup dunia
Tiada syukur tersemat di dada
Hari hari bergelumang dosa
Perhubungan kita tidak ku jaga
Seperti seorang anak tak mengenang jasa
Kau sayangkan aku

Aku yang sudah hanyut jiwaku
Rasa tak layak lagi bersamaMu
Sangkaku tertutup sudah pintu kemaafanMu
Kerana kealpaan diriku
Kerana kebodohan diriku
Kerana keangkuhan diriku
Kerana kubutakan mata kecilku
“Masihkah Kau sayangkan Aku?”

F16 Israel membedil Gaza
Kau sayangkan aku

Bom bom Israel mencari Syuhada
Kesengsaraan di tanah Gaza
Kehancuran merata-rata
Kezaliman yang tak terkata
Kau sayangkan aku

Kemanusiaan membawaku ke sana
Kau permudahkan segala cara
Walaupun debar menggoncang dada
Kau beri ku kekuatan minda
Selamat perjalananku ke Gaza

Agar akhirnya dapat ku guna
Mata yang lama tak bercahaya
Kerana hanya mengejar dunia
Kau sayangkan aku

Mataku melihat, runtun hatiku
Bukan kerana kematian dan kesusahan di situ
Gaza tanah barakahMu
Walaupun semuanya kelabu
Dipenuhi oleh kekasih-kekasihMu
Yang tidak pernah menyoal cintaMu
Yang tak pernah menyalahkanMu
Walaupun apa saja kesusahan yang kau beri
Kesyukuran tak pernah meninggalkan hati
Semua kekasih kekasihMu itu merindui
Bersamamu di Jannah nanti

Air mata berlinangan dari mata kecilku
Melihat ketenangan wajah kekasihMu
Melihat keberanian jiwa kekasihMu
Melihat keredhaan hati kekasihMu
Melihat ketaqwaan hidup kekasihMu

Senyum kekasihMu penuh cahaya
Senyum terukir walaupun duka
Senyum diberi tak memilih siapa
Senyum penuh kesyukuran padaNya

Aku terduduk, terdiam melihatnya
Mata aku berkelip tidak percaya
Tidak pernah aku melihat sepertinya
Adakah aku di bumi nyata
Ataupun menghampiri ahli-ahli syurga

Palestin bergolak atas keizinanMu
Kau mahu Palestin menjadi guru
Pelajaran bagi umat Muhammad SAW Mu
Menyuluh jalan pulang padaMu

Aku meminta pengampunan dariMu Ya Allah
Kerana setelah semua yang aku laku
Kau masih sudi membuka mataku
Kau masih sudi mahu bersamaku
Kau masih sudi sayangkan aku
Kau sayangkan aku

Aku bersyukur dan merasa rendah
Kerana diriku yang masih kau endah
Akan ku balas cintamu dengan seluruh jiwaku
Dengan badan besarku
Dengan seniku, dengan jenakaku, dengan akalku
Dengan mata kecilku yang kini melihat kebesaranMu
KekuatanMu, kebijaksanaanMu, pengampunanMu
CintaMu yang memang tidak ada seteru.
Semua yang ku lakukan kini kerana Mu Ya Allah
Insyaa Allah

UntukMu inginku menjadi Qalam
Akan aku ceritakan kebesaranMu kepada sekian alam
Akan ku sampaikan kasihMu yang sangat mendalam
Ya aku, budak gemuk yang 120kg ni sebenarnya…ISLAM.

Ulasan

abez berkata…
subhanallah...........

Catatan Popular