~** Mantapkan Cintamu ,puteriku..**~

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh..

[ rahsia kekuatan seorang ABDI ]

Sejak menjak ni ,, Hp dan inbox FB PS didatangi dgn perkongsian duka dari puteri2ku dari pelbagai arah dan situasi...meskipun cabang ceta berbeza namun akarnya sama..>> UJIAN.. << Hati keibuan terusik juga..puteri2ku semakin dewasa bersama mehnah  dan pengalaman2 pahit untuk di telan.. SIFU bisu itu tidak pernah meninggalkan sesiapa .. tanpa sedar kita semua di AJAR dan  BELAJAR  untuk lebih matang mendepani gelombang kehidupan..

Amat tersentuh dgn rintihan seorang puteriku.."Bila sendiri rsa sgt x kuat.."

Ingin segera menumpangkan bahu ..meskipun bahu ini juga sering senget dek baban perjalanan di safar yang panjang..

Buat Puteri2ku tercinta...kerana Allah dan RasulNya...
Bisikkan di Nubari ....
Ujian yg mendatang  bukan semuanya  dari DIA
tapi semuanya berlaku dgn izin dariNYA jua..
untuk itu berhimmah dan berhikmahlah bila berbicara tentang TAQDIR..
Jangan sampai menyalahkan DIA atas segala apa yg berlaku pada kita...

Puteri2ku..
Andaikta TAQDIR yng datang adalah TAQDIR yg tak boleh kita rencanakan dan tak mungkin tertolak... Terimalah dgn SENYUM... Kerana jika engkau merintih,, taqdir Allah AKAN berbicara bisu.." engkau kata Cinta... Tapi PEMBERIAN KEKASIH AGUNG kau terima dgn BERAT HATI dan penuh kesedihan.. Tidak kah kau mahu mendekatiNYA??...mendekati kasih syangNYA?? PertolongtanNYA??... yang akan diberi pada mereka yang SABAR "

BIBIR kita dah berbuih membaca Kalam Robbuna..
"Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang SABAR"
" Mohonlah bantuan Allah dgn SOLAT dan SABAR"

tapi,sejauhmana kita mahu menghayati dan merealisasikannya..??
Sejauhmna kita benar2 jadikan kalam Allah itu penasihat dalam setiap perkara yg kita dokongi..harungi dan bakal di depani...???

Puteri2ku..
Yang kita perlukan untuk kekuatan adalah DIA..kebersamaaNYA..REDHONYA
Selain Dia hanya wasilah...
Mantap Cinta padaNYA..
mantap ketaatan dgn IKHLAS pada NYA,, kuatlah hati kita..rahsia istiqamah di jalanNYA..
Bila hati kuat dan mantap dgn CINTA dan KASIHSAYANGNYA..
tidak ada kuasa yg mampu melemahkan kita... 
meski pada zahirnya jasad kita semakin meLEMAH..

Puteriku...
Lisan kita mudah berbicara... tinta mudah mencatat..di alam illusi..
namun bila kita berada di alam reality..
barulah kita sedar tinggi rendahnya LANGIT iLAHI..
ILMU tidak sekadar anugerah tapi juga TAPISAN ROBBANIY untuk memilih serikandi /mukminah SEJATI pewaris SYURGAWIY ...
Puteri2ku...
Sesekali kita perlu meminjam semangat  "PEMUDA/DI UKHRAWIY" salafussolleh yang menggadai rasa ,jiwa, minda dan langkah untuk perkara yang lebih utama... FOKUS pada kewajiban yg menjadi sebab kewujudann kita di bumi sementara ini.. 
Kelembutan wanita bukan penghalang untuk mernjadi singa mendepani cabaran..jangan manjakan diri.. beranilah untuk mendepani keadaan yg tidak di ingini.. Manfaatkan diri dan anugerah Allah yg ada pada diri untuk sesama Hamba ..sibukkan diri dalam perkara2 yang membawa langkah kita pada redhoNYA.. Bukankah membahagiakan orang lain itu akan mengundang kebahagiaan buat diri sendiri...
semoga kita semua SUKSESS di jalan Allah dan saling mendoakan ..
Walau dimana kita berada..Teruskan langkah meski tak mampu BERLARI..

.. Menasihati bukan bererti yng terbaik ..tetapi juga MUHASABAH buat diri yg sering alpa...
"Sesungguhnya yang lebih mulia dikalangan kamu ialah orang lebih TAQWAnya dikalangan kamu.."
Semoga ada manfaatnya..untuk dunia kita...sebagai saham untuk memperbaiki akhirat kita..
Salam Muraqabah...Salam Muhasabah
Teruskan Mujahadah...mencapai REDHO ALLAH

Ulasan

Catatan Popular