"Pertemuan Termahal.."


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikumwarahmatullahi Wabarakatuh


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “ Barangsiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya, bererti dia akan dapat melihatku di dalam keadaan sedar. Sesungguhnya tidak boleh syaitan menjelma dengan rupaku “.– HADIS SAHIH .
 { Jami’e As-Soghir Imam Suyuthi : 8690 , Sahih Al-Bukhari : 12 / 6993 , Sahih Muslim : 4 / 2266 . Sunan Abu Dawud : 4 / 5023 }

~~~~~~~~~~~~~~~**************~~~~~~~~~~~~~~


Pertemuan dgn kekasih ke dua(Nabi Muhammad S.A.W) adalah satu impian ..satu cita2 bagi insan yang bergelar muslim..Meskipun pertemuan itu hanya sekadar lewat mimpi ketika tidur.. Berbagai usaha dilakukan berdasarkan nasihat dan petua ulamak dan guru2 agama.. Namun setelah impian jadi reality...samada berkat usaha mahupun secara anugerah, masih timbul beberapa persoalan bagi yg terpilih..

"Benarkah aku bermimpi Rasuluillah SAW,,layakkah aku bermimpi sedemikian?" ..
 "apakah benar yg ku temui dalam mimpiku itu Rasulullah SAW"..
Apa  petanda/tafsiran yg di bawa/ yg tersirat disebalik mimpi tersebut?

Saudara2ku.. Putera puteriku..

itulah persoalan yg ingin di kongsikan di paparan kali ini..semoga ada manfaatnya...


Hamba terpilih..


Dari usia muda, penulis difahamkan bahawa 'bertemu dgn Rasulullah ' adalah anugerah Allah buat hamba2nya yg terpilih ..Lalu minda ligat berfikir:" Siapa kah hamba2 TERPILIH yg dimaksudkan?? adakah mereka memilki ciri2 tertentu untuk melayakkkan diri mendapat anugerah agung "PERTEMUAN TERMAHAL" itu.. langkah pencarian di buka...

" Masalah mimpi bertemu ataupun melihat Baginda s.a.w ini, samalah dengan permasalahan karamah, ma’unah, kasyaf, ilham yang benar, mimpi yang hak dan yang seumpamanya. Yang mana semuanya itu adalah ANUGERAH dan REZEKI daripada Allah Ta’ala ke atas beberapa individu dengan hikmah yang Allah Ta’ala yang Lebih Lagi Maha Mengetahui akan sebabnya...

 Mimpi bertemu ataupun melihat Baginda s.a.w ini juga merupakan satu perkara yang harus dan mungkin sahaja terjadi, samada di zaman dahulu , zaman sekarang ataupun bagi zaman yang mendatang. Dan ada mimpi yang perlu dita’abir ( dihuraikan ) dan ada pula yang tidak perlu dita’abir kerana mimpi itu jelas lagi terang.
Orang yang bermimpi itu mestilah juga seorang yang jujur lagi adil ( ertinya ialah Islam ) dan tetap berpegang-teguh ( percaya ) dengan mimpinya itu lagi berpegang-teguh juga dengan ajaran-ajaran Islam, dan juga mestilah juga seorang yang waras dan berkeupayaan untuk menceritakan mimpi tersebut sebagaimana yang dialaminya."
~~~~~~~~~~~~~~~**************~~~~~~~~~~~~~~

Bagaimana nak  bertemu Rasulullah S.A.W??

.....BENARKAN CINTA....

(mahabbah (cinta) dan ittiba` (ikut) Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.)

Penulis tertarik dgn satu kisah yg dipaparkan oleh Syeikh Hassan (seorang ulamak) apabila di tanya persoalan tersebut kpd beliau ...

Pada suatu hari, seorang pelajar datang bertemu tuan gurunya kerana ingin bertanya suatu soalan yang sangat penting.
“Wahai tuan guru, tolonglah ajarkan kepada saya tentang caranya untuk bertemu dengan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi saya”  Tanya pelajar itu kepada tuan gurunya.
“Engkau mahu melihat Nabi sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpimu?”  Tuan guru bertanya semula.
“Ya, wahai tuan guru”  Jawab pelajar tersebut dengan sungguh-sungguh.
“Jika begitu.  Marilah datang ke rumah saya malam ini.  Kita makan malam sama-sama ya…”  Jemput tuan guru kepada pelajarnya yang bertanya itu.
“Apa?  Ma Sya ALLAH, ini sudah bagus, rezeki”  Pelajar tersebut terkejut dan gembira dengan pelawaan tuan gurunya itu.
Lalu pada malamnya si pelajar itu datang ke rumah tuan gurunya untuk mendapatkan jawapan yang ditanya itu, iaitu bagaimana untuk berjumpa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi.  Beliau sangat mengharapkan tuan gurunya yang alim dan murobbi itu dapat memberikannya jawapan.
Tuan guru menjemput pelajar itu makan makanan yang dihidangkan.  Tetapi makanan yang disediakan itu sengaja dilebihkan garam dan beliau tidak pula menyediakan air untuk pelajar tersebut minum.
“Boleh saya minta air?  Saya dahaga, wahai tuan guru”  Pinta pelajar tersebut yang berasa haus disebabkan oleh kemasinan makanan yang disediakan.
“Oh tidak, air tidak dibenarkan”  Jawab tuan guru.
“Tetapi tuan guru, saya berasa sangat dahaga.”  Pelajar itu memberitahu keadaannya yang sedang mengalami kehausan.
“Tidak, air tidak dibenarkan.  Makan sahajalah”  Tuan guru bertegas lalu memintanya teruskan makan.
“Baiklah tuan guru.”  Pelajar tersebut akur.
Setelah selesai makanan, pelajar itu pun meminta agar jawapannya dijawab oleh tuan gurunya.
“Tuan guru, mengenai soalan saya siang tadi.  Boleh tuan guru ajarkan kepada saya bagaimana untuk bertemu dengan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi”  Pelajar itu bertanya.
“Oh, tidak.  Bukan sekarang.  Saya tidak akan ajar kamu tentang itu sekarang.”  Jelas tuan gurunya dengan lembut.
“Habis tu, bila wahai tuan guru?”  Tanya pelajar itu dengan nada sedikit kecewa.
“Tidurlah sekarang.  Nanti sebelum Subuh, insyaALLAH saya akan tunjukkan kepada kamu bagaimana caranya untuk bertemu dengan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi”  Jawab tuan gurunya sambil memujuk.
Pelajar itu pun lalu tidur dengan harapan Subuh nanti beliau akan memperolehi suatu pelajaran yang sangat beliau nantikan.  Beliau benar-benar ingin bertemu dengan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi, tetapi tidak tahu caranya.
“Wahai anakku, marilah ke sini…”  Tuan guru memanggil pelajarnya setelah mereka sama-sama bangun sebelum Subuh.
“Ajarlah saya wahai tuan guru tentang bagaimana untuk bertemu Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi!”  Pelajar tersebut tanpa bersabar terus meminta agar diajarkan beliau dengan suatu ilmu yang besar itu.
“Nanti dulu.  Sebelum itu saya ingin bertanya adakah kamu melihat apa-apa malam tadi di dalam mimpi kamu?”  Tanya tuan guru dengan wajah yang manis.
“Ya, ada.”  Jawab pelajar tersebut ringkas.
“Apa yang kamu lihat?”  Tanya tuan guru lagi.
“Wahai tuan guru, saya telah melihat hujan yang lebat turun dari langit, sungai mengalir dan laut berombak pula berada di hadapan saya”  Pelajar itu menjelaskan apa yang beliau lihat di dalam mimpinya.  Ternyata beliau sangat senang sekali dengan apa yang dilihatnya.
“Benarlah wahai anakku.  Engkau telah bercakap benar.  Engkau telah bercakap benar.  Dan engkau juga mempunyai niat yang benar.  Maka sebab itulah mimpi engkau juga benar.”  Tuan guru lalu memberikan respon terhadap jawapan pelajarnya itu.
“Dan jika cintamu benar terhadap Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, maka engkau akan dapat melihat Baginda di dalam mimpi sebagaimana benar dan kuatnya perasaanmu terhadap air tadi.”  Tuan guru menyambung lagi.

Sheikh Muhammad Hassan selepas menyampaikan kisah tersebut lalu mengajak kita semua bermuhasabah:

“Berkemungkinankah untuk Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam datang di dalam mimpi seseorang yang makan dari makanan yang haram? Seseorang yang matanya melihat perkara yang haram? Seseorang yang lidahnya menipu?  Seseorang yang terlibat dengan riba?  Seseorang yang munafiq?  Adakah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam akan datang kepada orang-orang ini???!!!
Tidak!  Sama sekali tidak!  Demi ALLAH, Baginda sallAllahu `alaihi wasallam tidak akan datang melainkan kepada orang yang Baginda sayangi…!”

Dan cara menguatkan cinta bukanlah hanya dengan mempunyai perasaan cinta sahaja.  Ia mestilah disertai dengan mengikuti sunnah-sunnah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.  

... Banyakkan Bersolawat....


Sheikh Muhammad Hassan seterusnya menceritakan bahawa beliau pernah bertemu dengan seorang ibu tua berumur 70 tahun yang tinggal di sebuah rumah usang yang hanya diperbuat dari tanah liat.  Keistimewaan ibu tua ini ialah pada setiap malam beliau dapat berjumpa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi.  Antara amalan yang selalu dilakukan ialah beliau tidak pernah berhenti dari bersolawat ke atas Baginda sallAllahu `alaihi wasallam.  Setiap saat yang ada, beliau sentiasa bersolawat ke atas Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.
~~~~~~~~~~~~~~~**************~~~~~~~~~~~~~~

Bagaimana meyakini mimpi itu benar?
Insan yg bertamu dalam mimpi itu benar Rasulullah s.a.w..??
Bagaimana kalau mimpi Rasulullah dalam suasana/keadaan yg pelik??






Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “ Barangsiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya, bererti dia akan dapat melihatku di dalam keadaan sedar. Sesungguhnya tidak boleh syaitan menjelma dengan rupaku “.– HADIS SAHIH .
 { Jami’e As-Soghir Imam Suyuthi : 8690 , Sahih Al-Bukhari : 12 / 6993 , Sahih Muslim : 4 / 2266 . Sunan Abu Dawud : 4 / 5023 }






Diriwayatka Rasulullah s.a.w juga bersabda.:
من رَآنِي في الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فإن الشَّيْطَانَ لَا يَتَخَيَّلُ بِي وَرُؤْيَا الْمُؤْمِنِ جُزْءٌ من سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا من النُّبُوَّةِ
Ertinya : "Barangsiapa yang telah melihatku di dalam tidurnya ( mimpi), maka ia sesungguhnya telah melihatku, kerana Syaitan tidak (mampu) menyerupaiku, dan mimpi seorang mukmin adalah satu juzuk dari 46 juzuk dari kenabian" ( Riwayat Al-Bukhari, 6/2568 )

Berdasarkan hadis2 sahih di atas ,
para ulama telah terbahagi kepada tiga kelompok. 

Kumpulan pertama : Antara yang tergolong dalam kumpulan ini adalah pakar tafsir mimpi Muhammad Ibn Sirin, Al-Qadhi Iyadh dan lain-lain,
Mereka berpendapat bahawa hadith di atas terikat dengan samanya wajah dan bentuk Rasulullah yang dilihat dalam mimpi dengan apa yang diriwayatkan atau yang dilihat semasa hayat (bagi sahabat nabi). Jika ia sama sifatnya, dan perwatakkannya, di ketika itu ia adalah wajah benar-benar Nabi SAW, jika bercanggah, maka ia bukanlah Nabi SAW.
Ini bermakna, hadith di atas tidak ‘mutlaq' kepada semua bentuk wajah yang dilihatnya. Ia hanya benar-benar wajah Nabi jika sifatnya sama dengan apa yang diriwayatkan.
Bagi para sahabat Nabi, apa yang dilihat mestilah sama dengan wajah Nabi yang diketahui mereka.
Dalil yang diutarakan oleh kumpulan ini adalah hadith lain yang diriwayatkan oleh Al-Hakim dan disebut oleh Ibn Hajar Al-Asqolani iaitu seorang lelaki telah bermimpi bertemu Rasulullah SAW, lalu ia menceritakannya kepada Ibn ‘Abbas r.a, Maka Ibn Abbas bertanya : "Sifatkan apa yang kamu lihat" Maka, ia berkata : "Aku menyebut hasan Bin Ali, lalu aku menyerupakan dengannya" . Ibn Hajar berkata sanad hadith ini adalah baik. (Fath al-Bari)






Kumpulan Kedua : Antara ulama kumpulan ini adalah Imam An-Nawawi, Al-Mazari dan lain-lain.
Kumpulan ulama ini berpendapat hadith di atas umum bagi semua orang samada yang pernah melihat Nabi semasa hidup (seperti sahabat) atau yang tidak pernah (seperti kita semua). Semua jenis mimpi Rasulullah SAW adalah benar sebagaimana maksud hadith tadi.
Hasil dari pendapat ini, apa saja yang dilhat dalam mimpi dan mendapat ilham atau apa jua perasaan bahawa ia adalah Nabi SAW, maka benarlah mimpi itu dan itulah Nabi SAW.

Imam Ibn Hajar ketika mengulas pendapat Imam Nawawi ini berkata perlu diingat bahawa Muhammad Ibn Sirin adalah Imam dalam bab ta'bir mimpi manakala pandangan Al-Qadhi ‘Iyadh pula adalah sederhana dan baik.

Kumpulan ketiga : Antara ulama dari kumpulan ini adalah Ibn Juzay dan Syeikh Mustafa Az-Zarqa, ( Al-‘Aql wal Fiqh Fi Fahmi Al-Hadith An-Nabawi, hlm 25 )
Syeikh Mustafa Az-Zarqa berkata setelah beliau membuat analisa seluruh pandangan ulama, ia mengatakan memang secara zahirnya kelihatan hadith di atas seolah-olah menjamin semua wajah Nabi (sebagaimana ilham seseorang) yang dilihat dalam mimpi itu adalah wajah Nabi yang sebenarnya tetapi setelah melakukan analisa tafsiran para ulama, jelaslah hadith tadi tidak memberi jaminan untuk semua.
Malah jaminan benarnya Nabi yang dilihat dalam mimpi itu adalah khas bagi para sahabat baginda SAW yang mengetahui dengan jelas rupa para Nabi.
Adapun, bagi individu yang tidak pernah melihat Nabi semasa hayat, mereka tidak termasuk dalam jaminan hadith « syaitan tidak boleh meyerupaiku »
Ini kerana kita tidak tahu wajah sebenarnya baginda SAW, maka mungkin sahaja Syaitan membentuk  satu wajah yang tidak kita ketahui lalu mendatangkan perasaan atau (ilham kononnya) bahawa ia adalah Nabi.  
Syaitan memang tidak boleh menyerupai nabi SAW tapi dalam hal ini, ia hanya menyerupai sebuah wajah lain lalu mendakwa ia nabi, dan kita tidak mengetahuinya.
Lebih merbahaya apabila gambaran itu memberi mesej dalam bentuk cakap atau tindakan yang tidak sesuai dengan watak sebenar baginda SAW.
Syeikh Mustafa Az-Zarqa juga menegaskan, jika seseorang merasakan ia mimpi Nabi di zaman ini, maka ia tiada jaminan apa yang dilihatnya adalah Nabi SAW, ia terbuka untuk benar atau salah. Oleh kerana itu, mimpi orang di zaman ini adalah sebuah mimpi biasa yang terbuka kepada permainan jahat Syaitan, monolog dalamannya ataupun mimpi benar orang soleh yang dapat melihat wajah Nabi sebenar, tapi tidak termasuk dalam jaminan hadith tadi. ( Al-Aql wa al-Fiqh, hlm 27)

Ustaz Zaharuddin Abd. rahman merumuskan ketiga2 pendapat tersebut dgn menyatakan...
Setelah melihat kepada tiga kumpulan ulama ini, saya kira pandangan ketiga adalah gabungan kedua-dua kumpulan di atas, huraiannya adalah paling dekat dengan hati, minda dan keyakinan saya. Wallahu ‘alam.  
Perlu difahami, setiap orang mampu mendapat mimpi Nabi SAW tetapi dengan ia hanya benar jika bertepatan dengan sifat yang terdapat dalam hadith-hadith sahaja. Selain dari itu ia bukan nabi dan tiada percanggahan dengan hadith nabi tentang sesiapa yang melihatku dalam mimpi maka ia telah melihatku.
~~~~~~~~~~~~~~~**************~~~~~~~~~~~~~~



DOA  UNTUK AMALAN

(i)




(ii)



maksud Doa

" Ya Tuhanku, aku pohonkan Dikau dengan nur bagi segala nur yang ianya 'ain kau , tidak lain dari Kau. Bahawa perlihatkanlah kepadaku wajah Nabi Engkau Muhammad s.a.w., sebagaimana ianya disisi engkau. Perkenankanlah"


(ii)


Amalkan selawat Ibrahim sebanyak-banyaknya, iaitu selawat yang kita baca di dalam tahiyat akhir setiap kali solat.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، وَ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ

وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ ،في العــــــالمين إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ


~~~~~~~~~~~~~~~**************~~~~~~~~~~~~~~
Saudara2ku ! Putera Puteriku..

Syabas dan tahniah seandainya  kalian di antara insan2 yang terpilih untuk "pertemuan termahal" itu..
Semoga dgn perkogsian  di atas, terjawab persoalan di jiwa.. Kesimpulannya... kita haruslah mempertingkatkan kefahaman dan pengenalan tentang ciri2 dan peribadi rasulullah sa.w. berdasarkan hadis2 yg sahih.. InsyaAllah, penulis yakin kitab "Asy-Syamail " boleh membantu...Dgn itu , dapatlah kita meyakini kesahihan mimpi itu sebagai "ANUGERAH  Allah"atau tipudaya dari MUSUH Allah..Wallahu a'lam

Bagi yang belum..seperti penulis juga.. sama2 lah kita tingkatkan kecintaan dgn meningkat ketaataan kpd ajaran2 yg di bawa oleh baginda s.a.w .. di samping itu bolehlah kita mengamalkan petua dari alim ulamak dgn ikhlas dan istiqamah...  Semoga usaha berhasil..

......akan bersambung .....

Ulasan

Catatan Popular