~** Di sebalik "pertemuan TERMAHAL..**~

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

sambungan...

Saudara2ku !!Putera Puteriku!!

Naluri manusia ..ingin tahu banyak perkara yg tersirat disebalik yg tersurat.. lebih2 lagi  yang berkaitan dgn perkara2 BESAR.. seperti pertemuan dgn Rasulullah s.a.w.. Pastinya hati dan minda akan tertanya2..apakah makna di sebalik 'PERTEMUAN TERMAHAL " itu..??

Insya Allah, dgn kudrat semampunya, penulis akan cuba menukilkan di kesmpatan ini, tulisan2 dari Imam Ibnu Sirin . Nama asal beliau, Mohammad bin Sirin, tidak hanya terkenal sebagai seorang ulamak yang arif mendalami ilmu2 tafsir, hadis dan lainnya namun beliau juga seorang yg pakar dalam menafsirkan mimpi  .. 

 Dalam penafsiran mimpi,beliau terkadang mengaitkannya dengan ayat al-Quran dan Hadis ..terkadang juga melalui pengalaman...

~~~~~~***********~~~~~~~***********~~~~~~

....Pelbagai Tafsiran dalam pelbagai Situasi....



Ibnu sirin, dalam kitbnya " Tafsirul ahlam fiil Islam" menukilkan bahawa ...

"Sesiapa yg melihat baginda dalam keadaan dia berhutang,
 maka dia akan menyelesaikan hutangnya..

Jika yang melihat baginda itu ,orang yang berpenyakit, 
akan sembuhlah penyakitnya..

Jika org itu melihat baginda dalam keadaan berperang,
 nescaya akan menang dalam peperangan..

Jika dia melihat baginda  dalam keadaan gembira,
dia akan mengerjakan haji

Jika di lihat di kawasan yg kering, akan suburlah kawasan itu

Jika dilihat seolah-olah beliau berada di negeri yg merajalela kezaliman,
maka akan tegaklah keadilan

Jika dilihat di tempat yang huruhara ,akan amanlah tempat itu..

Jika sesorang itu melihat meminum darah baginda kerana cinta kpdnya,
di tempat yang sunyi,maka dia akan mati syahid atau mati dalam berjihad..

Jika bermimpi meminum darah baginda di tempat yang terang,
 menunjukkan orang munafik atau turut mencerca ahli bait atau turut membunuh mereka

Jika ada orang yg melihat Rasulullah saw berpenyakit kemudian sembuh,
bererti penduduk tempat itu menjadi baik setelah sebelumnya membuat kerosakkan

Jika ada orang melihat Rasulullah saw sedang menaiki tunggangan, 
maka dia akan menziarahi kuburannya

Jika melihat beliau berjalan kaki,
maka orang yang bermimpi itu tetap dalam pendiriannya..

Jika ada yang melihat baginda sedang azan di tempat yg musnah,
maka tempat itu akan menjadi makmur

Jika ada orang melihat Rasulullah saw saling memberi makan dgnnya,
bererti amaran agar dia mengeluarkan zakat hartanya..

Jika ada orang melihat Rasulullah saw sudah wafat,
 bereti ada dikalangan keluarganya akan meninggal dunia..

Jika ada orang melihat jenazah Rasulullah di suatu tempat,
maka akan terjadi bencana besar di tempat itu..

Jika ada orang yg melihat turut mengiringi jenazah Rasulullah saw 
sehingga ke perkuburan , bererti dia cenderung perkara bid'ah..

Kalau ada orang bermimpi menziarahi maqam Rasulullah saw, 
maka dia akan mendapat harta yang banyak..

Jika ada orang melihat seoalah2 dia anak Rasulullah saw
 padahal dia bukan keturunan baginda, bererti imannya ikhlas

sebaliknya, jika dia melihat seolah2 dia ayah Rasulullah, maka itu 
menunjukkan kerapuhan agamanya serta lemah iman dan keyakinannya..

Jika ada yg melihat Rasulullah saw memberikan sesuatu yang 
di senangi kepadanya, atau memberi makan atau minum,
maka dia akan mendapat kebaikan sesuai dgn kadar yg diberikan oleh rasulullah saw kepadanya dalam mimpi tersebut..


~~~~~~***********~~~~~~~***********~~~~~~

MIMPI BENAR
.... Riwayat- Riwayat....


( i )

Diriwayatkan bahawa Ummu Fadal berkata kpd Rasulullah saw: " Ya Rasulullah saw, saya bermimpi melihat sebahagian anggota tubuhmu terputus, kemudian diletakkan di dalam bilikku..Rasulullah saw menjawab:" Sungguh baik takwil mimpi itu,,Insya Allah , Fatimah r.a. akan melahirkan seorang  anak lelaki kemudian akan ditempatkan dibilikmu" .. Tidak lama kemudian Fatimah r.a. pun meahirkan Husain r.a. dan ditempatkan di bilik ummu al-Fadal.

(ii)

Imam Ibnu Sirim menukilkan bahawa beliau mendengar Abu Hassan,Ali Muhammad al- Baghdadiy di majlis Ali bin Abu Talib berkata: "Ibnu Taib al-Faqir berkata: " Saya pekak seama 10 tahun, kemudian saya pergi ke Madinah dan tidur di antara kubur dan mimbar Rasulullah saw dan  berkata padanya.."Ya Rasulullah, Engkau ada mengatakan, "Sesiapa yang mendoakan al-Wasilah untuk aku, maka berhaklah dia mendapat syafaatku"..Baginda menjawab.."Mudah2an Allah menyembuhkan penyakitmu ini" ...Penyakit saya pun sembuh sebab keberkatan dari Allah"

(iii)

Di riwayatkan bahawa Abu Al-Wafa al- Qari berkata: "Saya bermimpi melihat rasulullah saw di Farghanah pd tahun 360H. Kisahnya begini : Saya pernah membaca al-Quran di hadapan sultan dan khalayak ramai.Ketika saya  membaca Quran mereka berbual dan tidak mendengarkan ayat-ayat yg saya baca.Setelah saya selesai membaca saya pun n pulang ke rumah  dalam keadaan duka cita.Lalu saya tertidur. Dalam tidur itu, saya melihat Rasulullah saw berubah wajahnya dan berkata: " Mengapa engkau membaca al-Quran selalu di hadapan khayalak ramai yang sibuk bercakap dan tidak mendengarkan ayat2 yang engkau baca? Nanti engkau tidak membacanya lagi kecuali atas kehendak Allah."

Tiba2 saya terbangun dan lidahku jadi kelu(bisu).Jika saya ingin menyatakan sesuatu terpaksalah saya tulis..Setelah empat bulan lebih mengalami demikian..datang kepada saya seorang alim dan orang yang pakar ta'bir..Mereka menyarankan agar kalimah terakhir saya ucapkan menjelang tidur ialah ( إلا ما شاء الله) ..

Setelah empat bulan lebih mengalami demikian , saya tidur lagi di tempat saya bermimpi dahulu..Saya bermimpi lagi melihat wajah Rasulullah saw  berseri dan berkata kepadaku..:"Engkau sudah TAUBAT?" Saya jawab :"Ya,saya sudah Taubat ya Rasulullah!" Baginda menjawab lagi.." Sesiapa yang bertaubat,Allah akan mengampuninya..Cuba keluarkan lidahmu.." Baginda pun mengusap lidahku dengan telunjuk baginda sambil berkata:"Jika engkau membaca al-Quran di hadapan orang ramai ,hentikan bacaan sehingga mereka berhenti bercakap dan kembali mendengarkan bacaanmu.." ... Kemudian saya pun terbangun  dan tiba2 lidahku sudah lembut dan saya dapat bercakap."

Ruj: Kitab Tafsir Mimpi Menurut Islam by Al-Imam Ibnu Sirin (edisi terjemahan oleh Drs. Syahrin Nasution)


>>Ternyata.. di sebalik pertemuan termahal...
 ada rahmat yang di bawa..ada nasihat yg di kongsi.. 
ada teguran yg dihulur...tanda kasih yg tulus...
tidak setakat di alam reality namun juga 
 tika lena di buai mimpi <<<

Ruj: Kitab Tafsir Mimpi Menurut Islam by Al-Imam Ibnu Sirin (edisi terjemahan oleh Drs. Syahrin Nasution)

Ulasan

Catatan Popular