~** MiLiK yAnG tIdAk BeRmAnFaAt**~

  

 
   بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Buat diriku yg sering teralpa..
buat saudara2ku seagama dimana saja kalian berada..
buat putera2 puteri2ku yg di kasihi kerana Allah swt..
Buat sahabat2ku yg masih mencari NUR HidayahNYA.

Pada entry kali ini ,ingin sekalli mengajak jiwa2 kita merenung dan muhaasabah bersama..kalam al-hikmah dari seorang ulamak muktabar....


Syeikh Ibnu Qayyim menukilkan..


( i )
Ada 10 perkara yg dimilki oleh seseorang, namun akan tidak bermanfaat 
bila pemiliknya tidak menjaganya

1. Imu yang tidak diamalkan
2. Amalan yg tidak Ikhlas
3.Harta yang tidak diinfakkan, tidak di nikmati di dunia
dan tidak di simpan untuk kegunaan akhirat
4. Hati yg kosong dari cinta dan kerinduan kpd Allah
5. Tubuh yg tidak digunakan untuk taat kpd Allah dan mengabdi padaNya
6.Mencintai Allah namun tidak berpegang kepada keredhoan Allah ...
tidak mengikut perintahNYA
7. Waktu yg tidak di isi untuk memperbaiki perkara yg telah terepas ..
serta tidak berbuat kebaikan untuk mendekatkan diri kepada Allah
8. Fikiran yg tidak digunakan untuk perkara2 yg bermanfaat
9.Membantu orang yg tidak mendekatkan diri kita kpd Allah..
juga tidak mendatangkan kebaikan untuk dunia
10.Takut dan terlalu bergantung harap dgn orang lain( yg ubun2nya juga
berada dalam genggaman Allah...)

( ii )
" Perkara sia2 yg paling besar dan asas di antara perkara2 
tersebut ialah MENSIA2KAN HATI   dan MENSIA2KAN WAKTU"
Mensia2kan HATI ialah dengan mementingkan dunia drp akhirat ..sementara
Mensiakan WAKTU ialah dengan memanjangkan angan-angan..
Akhirnya berkumpullah semua kerosakan dgn mengikuti kehendak HAWA NAFSU dan selalu berANGAN-ANGAN..padahal yg terbaik ialah mengikuti PETUNJUK ALLAH..menyiapkan bekal untuk bertemu ALLAH ...Hanya Allah tempat meminta pertolongan.."


(iii)
  "Sungguh sangat menghairankan orang yang memiliki keperluan, kemudian mengharapkannya dari Allah, namun dia tidak meminta kepada Allah untuk menghidupkan hatinya dari kematian penyakit jahiliyyah dan sentiasa bergelumang dgn penyakit syubhat dan syahwat..Bahkan dia tidak meminta untuk dihidupkan hatinya yang telah mati ...malah sudah tidak merasa berdosa lagi ketika melakukan maksiat kpd Allah..."



Ulasan

Catatan Popular