~ **Kemanakah tumpahnya kuah..??? **~


" Kemanakah tumpahnya kuah ...kalau tidak ke nasi.??" 
Bidalan kata yg sering penulis dengar seusia hijau lagi..
Sinonim dgn penggambaran sikap yang diwarisi oleh si ayah atau ibu kepada anaknya...


Entry kali ini ada kaitan dgn bidalan kata di atas...
Penulis ingin berkongsi kisah BENAR sebagai renungan bersama....


"BAGAIMANA AYAH BEGITULAH ANAKNYA"

Episod ( i )

Diriwayatkan pada suatu ketika, disaat Khalifah  Umar ibnu Abd Aziz ,(tokoh pemimpin Islam yang digelar khalifah ke lima) merebahkan badannya untuk berehat selepas selesai mengebumikan khalifah sebelumnya iaitu sulaiman bin Malik, seorang pemuda berusia 17 tahun datang menghampirinya dan mengatakan: 

"Apakah yang tuan sedang lakukan wahai Amirul Mukminin...? 
Khalifah Umar menjawab :"Biarkan saya tidur sejenak.. saya sangat letih dan penat sehingga hampir tiada kekuatan yg tersisa.." 

Namun kelihatan pemuda itu kelihatan tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut. 
Dia bertanya lagi ...:
" Apakah tuan akan tidur sebelum mengembalikan barang yang di ambil secara paksa  kepada pemiliknya, wahai Amirul Mukminin? "
"Khalifah Umar menyatakan : " Jika tiba waktu zuhur , saya dan orang2 saya akan mengembalikan barang2 tersebut kepada pemiliknya.."

Jawapan itu kemudian di tanggapi oleh si pemuda : " Siapa yg menjaminmu hidup sampai selepas waktu zuhur, wahai Amirul Mukminin?"

Ketika itu khalifah yg terkenal dgn keadilannya itu tersentak dengan soalan pemuda tersebut..

Siapa pemuda itu ??  Dia adalah Abdul Malik.. Putera Amirul Mukminin sendiri, Umar bin Abdul Aziz..[Semoga Allah merahmati kedua-duanya..]


Episod ( ii )

Seorang lelaki datang menghadap Amirul mukminin, Umar ibnu Al-khattab radiallahu anhu(khalifah ke dua). Dia melaporkan kepada khalifah mengenai anaknya yang derhaka. Khalifah Umar alu memanggil anak yg dikatakan derhaka itu dan mengingatkannya terhadap bahaya menderhaka kepada ibubapa. Ketika di tanya mengapa dia menderhaka ,anak itu menyatakan..

" Wahai Amirulmukminin, tidakkah seorang anak mempunyai hak yang harus di tunaikan oleh ibubapa ?"
" Ya.." jawab khalifah.

" Apakah itu.."

" Ayah wajib memilihkan ibu yang baik untuk anak2nya, memberikan nama yang baik dan mengajarkan al-  
  Quran kepadanya.."

"Wahai Amirul Mukminin ! Tiada satupun dari yg tiga perkara itu yang ditunaikan oleh ayahku. Ibuku Majusi, namaku Ja'lan dan aku tidak pernah diajarkan membaca al-Quran.."

Umar Al-Khattab r.a. lalu menoleh kepada ayah anak itu dan berkata...

" Engkau datang mengadukan kederhakaan anakmu, ternyata engkau menderhaka kepadanya sebelum dia menderhaka kepadamu. Engkau telah berlaku tidak baik terhadapnya sebelum dia berlaku tidak baik kepadamu..."

~~~~~~~~~~~~~**********************~~~~~~~~~~~~
Wahai diriku dan dirimu ...
yang begelar ayah atau ibu atau pemimpin!!
Andai kita ini umpama "KUAH" ... harus  KUAH yang bagaimana kita hasilkan..
kuah yang berMANFAAT atau sebaliknya...??
 lalu kemana kita tumpahkan  KUAH itu..??
Fikir2 kan....

  Bagi yg belum bergelar ayah atau ibu atau pemimpin
Rencanakanlah KUAH yg berkuaiti
agar menu yng bakal kau tumpahkan KUAH itu
bermanfaat buat selera anda dan orang lain yg turut merasanya...

Ulasan

Catatan Popular