~** KEAJAIBAN di titian HIDAYAH**~


Saudara2ku..!!Putera puteriku!!
Di kesempatan yg terhad, ingin penulis mengajak diri sendiri dan yg di luar sana berkongsi ..KEAJAIBAN titian HIDAYAH ... yg berlaku dizaman Rasulullah dan yg beraku di zaman kita hari...

...Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib telah pergi bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w.. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat berita ajaib yang menjadikan  hatinya tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut.

Peristiwa pertama adalah, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. akan mendatangi hajat yakni mebuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon. Maka Baginda s.a.w.berkata kepada Uqa'il, "Hai Uqa'il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata; "Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya Baginda akan mengambil air wuduk dan buang air besar."

Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon sudah tumbang dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar Baginda s.a.w. selesai dari hajatnya. Maka Uqa'il kembali ke tempat pohon-pohon itu.

Peristiwa kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa haus dan setelah mencari air ke mana pun jua namun tidak ditemui. Maka Baginda s.a.w. berkata kepada Uqa'il bin Abi Thalib, "Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan, "Jika padamu ada air, berilah aku minum!"

Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan Baginda s.a.w. itu. Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dengan fasihnya, "Katakanlah kepadaRasulullah, bahawa aku sejak Allah s.w.t.  menurunkan ayat yang bermaksud : ("Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu dari (seksa) api neraka yang umpannya  manusia dan batu)." "Aku menangis dari sebab takut kalau aku menjadi batu itu maka tidak ada lagi air padaku."

Peristiwa yang ketiga ialah, bahawa ketika Uqa'il sedang berjalan dengan Nabi Muhammad s.a.w., tiba-tiba ada seekor unta yang meloncat dan lari ke hadapan Rasulullah s.a.w., maka unta itu lalu berkata, "YaRasulullah, aku minta perlindungan darimu." Unta masih belum selesai mengadukan halnya, tiba-tiba datanglah dari belakang seorang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus. Melihat orang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus, Nabi Muhammad s.a.w. berkata, "Hendak apakah kamu terhadap unta itu ?"

Jawab orang kampungan itu, "Wahai Rasulullah, aku telah membelinya dengan harta yang mahal, tetapi dia tidak mahu taat atau tidak mau jinak, maka akan kupotong saja dan akan kumanfaatkan dagingnya (kuberikan kepada orang-orang yang memerlukan)." Nabi Muhammad s.a.w. bertanya, "Mengapa engkau menderhakai dia?" Jawab unta itu, "Wahai Rasulullah, sungguh aku tidak menderhakainya dari satu pekerjaan, akan tetapi aku menderhakainya dari sebab perbuatannya yang buruk. Kerana kabilah yang dia termasuk di dalam golongannya, sama tidur meninggalkan solat Isya'. Kalau sekiranya dia mahu berjanji kepada engkau akan mengerjakan solat Isay' itu, maka aku berjanji tidak akan menderhakainya lagi. Sebab aku takut kalau Allah s.w.t.  menurunkan seksa-Nya kepada mereka sedang aku berada di antara mereka."

Akhirnya Nabi Muhammad s.a.w. mengambil perjanjian orang Arab kampung itu, bahawa dia tidak akan meninggalkan solat Isya'. Dan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. menyerahan unta itu kepadanya. Dan dia pun kembali kepada keluarganya.

   ~~~~~~~~~~~~~~~*************~~~~~~~~~~~~~~************~~~~~~~~~~~~~~~

saudara2ku !!! Putera Puteriku fillah,

Sungguh!! titian sesorang menuju HidayahNya tidak senada...masing2 melalui pengalaman yg pelbagai rasa dan corak.. Masing2 mempunyai cerita berbeza.. Sungguh!! Allah amat berseni dalam membuka minda dan  matahati.. meski sekeras mana pada mulanya, akan lentok dan lembut menerima sentuhan kasihNYA.. meskipun cara itu terkadang bukan berbentuk kelembutan tetapi keras dan amat menyakitkan pada zahirnya..

Teringat penulis pada perkongsian sorang teman 'maya' yg menggelar diri sebagai " Pendosa " di zaman awal Islamnya...Lantaran kurang mengerti, tiada bimbingan.. ucapan kalimah syahadah hanya sebagai pelengkap syarat  untuk miiki sebuah ikatan yg HALAL.. laluan perkongsian dalam cahaya yang kelabu mengundang keresahan di sapa ujian demi ujian berganda...sehingga pada suatu ketika... berlaku peristiwa yg merubah segala....

".... Jasad N terlentang di atas katil itu sejak berbulan lamanya... N hanya bisa mendengar apa yg berlaku di sekeiling  di biik itu, namun tidak ada upaya untuk menggerakkan jari atau membuka mata aptah lagi untuk bersuara dan berinteraksi dgn mereka2 yg merawat... dgn sanak sedara yg datang melawat.... N menjadi umpama mayat hidup di dunia yg anggap seperti syurga dunia ini..Jiwa N terkurung di satu 'alam' yg sukar untuk  digambarkan.. Ruh N seolah2 tersasar dan tersesat laluan dan tidak nampak jaan untuk kembali masuk ke jasad...  Kemalangan di jalan raya itu benar2 merubah kondisi N dari seorang wanita yg periang..happy go luckky,cergas dan aktif dalam kerjaya, bersosial dgn ahli koprat...menjadi seorang wanita yg sepi, lemah terkulai di atas katill sekian lamanya... Penantian demi harapan dari  keluarga semakin hari semakin menipis.. lebih lagi bila doktor yg merawat N juga sudah sampai ke puncak ikhtiar dan akhirnya menetapkan sesuatu yg membuatkan titisan2 jernih membanjiri ruang billik ..." Pesakit ini sepertinya sudah tak da harapan lagi dan kemungkinan pihak kami terpaksa menghentikan bantuan pernafasan dan suntikan ubat kepadanya... 

...Begitulah ketetapan Taqdir buat N di sisi Makhluk dgn keupayaan yang sangat terbatas dan menganalisa aliran hidup ini dgn logik akal... Namun, KUASA-NYA adalah segala.. Di subuh yg bening, takala tangan doktor dan jururawat yg bertugas nekad untuk mencabut bantuan pernafasan buat N,tiba2 N yg telah koma selama dua bulan sejak tragedi yg menimpanya...disedarkan oleh kesyahduan gema AZAN subuh dari masjid yg berekatan... Ruhnya seolah2 sudah menemui pintu untk kembali masuk ke jasad..perllahan2 mata di buka...tangan digerakkan..AL-HAMDULILAH..Saat yg di anggap sebagai berakhirnya sebuah perjuangan untuk HIDUP.. bertukar menjadi saat permulaan "HIDUP" yg lebih terarah bagi N... 

    Sejak peristiwa itu , N terasa dirinya terlalu dekat dgn kasihsayang Allah... "Tragedi kemalangan" itu baginya adalah pemberian yg temahal buatnya... tanda kasih sayang Allah buat dirinya...Setelah pulih, N mula mendalami Islam secara Syumul(menyeluruh)... N menghadiri kelas agama bersama tunas2 Cahaya yg lain di Institusi yg di iktiraf ... Syukur N kini, adalah seorang muslimah mukminah yg sentiasa memantapkan kefahaman Islam dan berusaha merealisaikan Islam dari sudut KULIT dan ISI.,,Penulis tertarik dan kagum dgn kesungguhan N istiqamah dalam pencarian ke arah KEBENARAN.. ketabahannya dalam menempuh titian berduri menuju redho ILAHI...meskipun di satu sudut titian yg dilauinya, ia sepi 'sendiri' kerana memilih laluan mendekat pada CINTA HAKIKI... 

[ doaku  moga N sentiasa sejahtera di dalam riayah dan rahmah KEKASIH AGUNG.. Ameen Ya Robbal A'amiiiinnnnn] ~ IQ~

Ulasan

Catatan Popular