~ **Muhasabah Cinta(2) **~


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 بسم الله الرحمن الرحيم
  



setelah lama blog ini 'terbeku' dek aktiviti keluarga di musim cuti sekolah .. kali ni, PS  ingin berkongsi minda ulamak di ruang ini.. pandangan seorang ulamak muktabar ..warathatul Anbiyak..Ibnu Qayyum rahimahullahh... tentang CINTA ... Jum !! pembaca/pengunjung blog ini..bersama kita Muhasabah Cinta kita...adakah ia kerana Allah atau cinta yg masih menebal kepada selain Allah...

CINTA KERANA ALLAH  Vs  CINTA PADA SELAIN ALLAH

> Cinta kerana Allah merupakan keimanan sempurna...
                                        cinta pada selain Allah adalah tanda syirik padaNya

* Yang membezakan keduanya ialah..
      Cinta kerana Allah
     >  akan berimbas cinta kepada Allah..Jika seseorang mencintai apa yg dicintai Allah, maka cinta
             itu untukNya dan merupakan cinta kerana Allah,
     >  Ia juga mencintai Rasul  dan Para NabiNya..malaikat2Nya kerana Allah juga mencintai
              mereka..
     >  ia membenci apa yg di  benci oleh Allah

      Mencintai sesuatu disamping cintanya pada Allah ,ada dua jenis...

      pertama - merosak Tauhid(Syirik)

      seperti cinta orang musyrik kepada berhala dan sekutu2 mereka..
Allah berfirman yg mafhumnya:
"dan diantara manusia ada yg menjadikan saingan2(sekutu)Allah,
mereka mencintainya sepertimana mereka mencintai Allah"

Mereka mencintai berhala2 dan patung serta tuhan2 mereka  di samping cinta mereka kepada Allah.
      ke dua   - merosakkan keikhlasan kerana Allah serta mengurangkan Cinta pada Allah(namun 
                     tidak mengeluarkannya dari Islam)

Termasuk kategori ini mencintai kesenangan jiwa samaada ianya permpuan, anak emas perak ,kenderaan2 mewah, binatang ternakan maupun sawah ladang.. Kecintaan mereka kpd semua ini dengan penuh syahwat sebagaimana orang yg sangat lapar bernafsu kpd makanan dan orang yg dahaga bernafsu kpd minuman..

Cinta seperti ini ada tiga jenis :

pertama : Jika dia mencintainya kerana Allah demi menghubungkan Cinta kpd Allah serta mengharap keredhaan Allah dan mentaatiNya, maka dia akan mendapat pahala kerana cinta itu merupakan cinta kerana Allah...

Jika ada seorang hamba yg merasakan kelazatan cinta itu dan sangat menikmatinya, maka hamba tersebut termasuk golongan yg sempurna imannya ..Ia menjadikan cinta pada dunia ini(wanita..harta..dll) sebagai wasilah/pertolongan untuk meraih cinta Allah, menyampaikan risalahNya dan melksanakan perintah2Nya..

ke dua  :  Jika seorang hamba mencintai dunia.wanita,wangi2an dsb kerana naluri, nafsu dan keinginannya dan tidak ada sedikitpun kerana rasa cinta kepada Allah (tidak juga untuk mencapai redhoNya), maka cinta itu termasuk kategori cinta yg benar serta tidak mendapat dosa dari cinta tersebut.Namun akan mengurangi kesempurnaan cintanya kepada Allah dan cinta keranaNYA..

ke tiga     :   Jika keinginan, matlamat dan usahanya hanya untuk mendapat dan meraih harta dunia, maka dia tergolong orang yg menzalimi diri sendiri dan mengikuti hawa nafsunya.

Kesimpulannya...
Cinta pertama adalah rasa cinta orang2 yg berlumba2 kepada Allah(As-Sabiqiiin)
Cinta ke dua adalah rasa cinta orang yg berhemat dalam beramal (muqtasid),sementara..
Cinta ketiga adalah rasa cinta orang2 yg zalim (az-Zholimiiin).

(di petik dan di sunting dari kitab : mutiara kata pewaris Nabi; IBNU QAYYIM)

~~~~~~~************************~~~~~~

Saudara2ku!! Putera Puteriku!!
dengan minda bersih,,jiwa yg jernih..
jum ,berhenti sejenak.. muhasabah bersamaku..
apakah dasar dan asas Cinta kita selama ini??
Apakah tumpuan dan sasaran Cinta ?? Dia atau selainNYa??
Untuk DIA (aganaNYa) atau untuk nafsu kita semata??
Bila lisan berkata "kerana Dia dan untuk agamanya.",
adakah hati dan jasad turut serta meralisasikannya?
bagaimana dgn wasilah untuk membuktikan Cinta,
adakah di jalan redho atau sebaliknya??
Jika ada jawapan yg BENAR ..
Istiqamahlah dgn CINTAmu!!

~Pendaki Senja~

Ulasan

Catatan Popular