~**Senyum Syuhada...**~


 
   بسم الله الرحمن الرحيم
ألسلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Tidak seorang pun yang telah masuk syurga, ingin kembali ke dunia walaupun bagaimana besar kekayaannya di dunia, kecuali orang yang mati syahid. Dia mengharapkan kembali ke dunia hingga dibunuh kembali sepuluh kali dalam (perang fisabilillah). Sebab kemuliaan (mati syahid) yg dilihatnya (yang diberikan kepadanya). “Dalam riwayat lain. “Sebab melihat keutamaan (kemuliaan) mati syahid.” (HR Bukhari dan Muslim)


...sYAHID dIJALANNYA  menempah nilai dan kedudukan yg tinggi di sisiNya..

1. kedamaian dan kebahagiaan di sisi Robbul Jalil...

Firman Allah swt. maksudnya:
(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (A-li’Imraan 3:170)

2. ruh sentiasa hidup dan murah rezeki




Firman Allah SWT  yang bermaksud :
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki" (A-li’Imraan 3:169)

3.memberi syafaat kepada ahli keluarganya

Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud :

“Seorang yang mati syahid dapat memberi syafaat (pertolongan) bagi tujuh puluh anggota keluarganya.” (HR. Ahmad dan Abu Dawud)


~~~~~~~~~~~~***************************~~~~~~~~~~~~




wajah2 itu tersenyum bertemu kekasih
wajah2 itu tersenyum di buai janji manis kekasih
wajah2 itu tersenyum gembira kerana dapt buktikan cinta buat kekasih
wajah2 itu tersenyum kerana jiwanya sentiasa hidup bersama kekasih
wajah2 itu tersenyum disambutkan kepulangannya oleh kekasih
wajah2 itu tersenyum mendapat redha kekasih

Wajah Para Pejuang Gaza di Palestin Yang Telah Syahid




~~~~~~~~~~~~~~**********************~~~~~~~~~~~~~~~


Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud :
“Sesiapa minta mati syahid kepada Allah dengan kesungguhan, nescaya Allah akan menyampaikannya ke tingkat orang-orang yang mati syahid, walaupun dia mati di tempat tidurnya.” (HR Muslim)


Ulasan

Catatan Popular