~** Bila iman TERUJI..**~

Bismilahirrahmaanirrahiim
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh...

Firman Allah swt :
"Berkata orang2 badwiy itu..kami telah beriman..
Katakanlah..kamu belum beriman tetapi katakanlah:kami telah memeluk Islam..
Sesungguhnya iman belum masuk ke dalam hatimu...."
(Q.S. al-Hujurat : ayat 14)

Saudara2ku!! Putera Putriku!!
Ingin berkongsi muhasabah iman kita.... 


>>>>  LAWAK KAN.....??<<<<

Assalamualaikum wbt..
Wahai sahabat² seagama denganku ..

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi .. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Iman tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..


Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah …


“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 20 yg betul-betul BERIMAN … “


“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”


“ Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”


" Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”


“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”


“ Lawak , kita bolee bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. Tak cukup masa .. "


Dan lebih lawak lagi , bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama Lawak kan ?? Kenapa ? Gelak tu kan realiti ..


Tapi yg paling lawak sekali .. Berapa orang yg lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain .. Berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca ? Berapa banyak ?? Wallahualam .. Sebarkanlah ..
                                    
bY NUR JANNNAH

                               ~~~~~~~~~~~~~~~~~***********************~~~~~~~~~~~~~~
sAUDARAKU !! pUTERA pUTERIKU !!


Sungguh!!aDAKAH JIWA KITA rasa TERPUKUL dengan entry diatas..lalu monolog sendiri [bagaiamana jika aku salah seorang dari yang seribu itu??? apa tindakanku jika iman di uji di hujung  mesin gun.. adakah aku bisa bertahan bersama 20 orang yg istiqamah dlm iman..?? atau ... termasuk  yg bakinya??? ]

SUBHANALLAH.. terkadang iman kita teruji tanpa kita sedari.. berlaku situasi yg memerlukan kita membuat pilihan..  memilih antara dunia atau akhirat..  memilih cara yg halal yg sederhana atau yg syubhat /haram penuh  keuntungan berganda.. memilih antara taat pada insan2 yg tersayang atau boss atau taat pada Khalik.. kETIKA  ITU , SIAPAKAH YG MENANG  :IMAN ATAU NAFSU/SYAHWAT DUNIAWY??


Allah menjelaskan..melalui KALAM YG SUCI


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
 "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji 
 orang orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang orang
 yang benar dan sesungguhnyaDia mengetahui orang orang yang dusta."
( -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 )









SUBHANALLAH!!.


TERPUKUL UNTUK KESEDARAN ADALAH PERMULAAN POSITIF
 UNTUK SATU LANGKAH HIJRAH YG BARU..
 JUM   >>>> HIJRAH <<<<



sALAM mUJAHADAH
sALAM mURAQABAH
jUM!! iSTIQAMAH dI jALAN ALLAH !!!

Ulasan

Catatan Popular