~**Insan Biasa VS Insan luar Biasa**~
Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum warahmatullah Wabarakatuh
Assalamualaikum warahmatullah Wabarakatuh
Saudara2 ku !! Putera Puteriku !!
Setelah menyepi seketika.. ruang bicara maya ini diteruskan lagi khidmatnya..Kali ini ,penulis ingin mengajak semua di luar sana yg terbuka ruang yg agak terkunci ini.. hehe.. untuk sama2 mempelajari sesuatu ..dari kilauan seerah gemilang rijaluddin..rijaluddakwah.. anak didik Rasulullah SAW..
... Ingin belajar daripada insan2 luar biasa di CC Nya.. Salafussolleh ..
Berduka ..nangis..merungut.. sebal itu biasa dan normal buat jiwa manusia biasa bila berhadapan dengan musibah..kegagalan..kesakitan..kehilangan terasing dan kecewa..
Insan luar biasa merindui musibah , memilih kemiskinan, mensyukuri kesakitan, meredhoi kehilanngan., tenang dalam keterasingan.. bertambah matang disebalik kekecewaan..
Rahsianya.. tersembunyi di sebalik kalimah Thoyyibah..
"LA ILAHA ILLALLAH.. WA MUHAMMAD RASULULLAH"
Insan biasa..normal.. mencari wahyu tika buntu..
merujuk kalam rasulullah bila terdesak
Insan luar biasa...
Kalam Robbuna ..menjadi muzik hati yg bertaliarus..
Kalam Rasul .. penujuk jalan...penasihat sepanjang zaman..
Insan biasa..agama umpama lambang dan bendera ..di kibar ..di julang .. berkala...
Insan luar biasa
agama adalah nadinya.. ruhnya.. penggerak setiap inci
nafas yg di hembus..
Insan biasa..
Airmata keinsafan hanya mengalir mengiringi takdir kelabu.
kering bila disinari mentari dunia..
bersama Cinta Robbany yg bermusim..
Insan luar biasa..Hatinya sentiasa gerimis ..
merindui keampunan dan redho
Membimbangi/menangisi dosa yg tak wujud..
sujud menyembah RobbNya bersama ketulusan CINTA
yg tidak bermusim
Insan biasa..
perlukan alat untuk bertasbih..bertahmid..bertakbir
hebat pengabdian dalam keramaian
Insan luar biasa.. tiada perantara dalam zikrullah..
hebat pengabdian dalam kesenyapan
Insan biasa..
berukhuwwah pada lisan .. bila dihargai...
luntur hati bila di pinggirkan
Insan luar biasa..
Ukhuwwah adalah amanah yg berterusan..
Ukhuwwah tetap terpelihara di hati dalam setiap untaian doa..
meski tertolak tepi.. membisu seribu bahasa..
batu di balas permata..
husnuzzhon.. merajakan minda..
ikhlas tanpa harapkan balasan
Insan biasa..
terkadang..tega menjual agama kerana kepentingan duniawy
Insan luar biasa .. menggadaikan minda, jiwa,harta malah nyawanya untuk kepentingan agama..
Insan luarbiasa
"meski dunia sudah di tangan.. akhirat tetap di hati..."
Al- ithaaar penghias pribadi...
Merekalah ... anakdidik Rasulullah SAW....
SUBHANALLAAAH..
~ Ya Allah , thabatkan kami dalam iman dan ketaatan yg berbau redhoMU ~
" Hidupkan cinta dalam diri kami terhadap pencinta2Mu..
cinta pada amal yg mendekatkan kami kepada cinta dan redho-Mu.."
...akan b.e.l.a.j.a.r. dan terus b.e.l.a.j.a.r ..

Ulasan