~* DI SINI....*~
Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Di sini...
aku mula bertatih untuk bangun, berdiri.. berlari
melayari dunia yang belum kujejaki
menggali khazanah ilmu..
berkongsi bersama pengongsi
membedah rahsia alam dan hikmah
menjernihkan kekelabuan minda..jiwa
menyelusuri titian dakwah dan jihad maya
menyuburkan cinta bersama para pencinta
Membentengi diri dgn Cahaya
CAHAYA atas CAHAYA
Di sini..
kutitipkan warna2 hidup
hikmah tersirat dari yg tersurat
menungkah arus layar hidup
dari watak pelbagai
aku cuba belajar
Di sini
ku ikhlaskan hati
memberi dan menerima
mengisi kejahilan
menidakkan keegoan
kini...
genap semusim bertatih
syukur padaMu,Robb!!
mengrniakan kudrat
istiqamahkan hambaMu
mencari redho
lewat bicara maya
(12 ogos 2011/ 12 romadhan 1432)
Ulasan
Syukran ukhtieku, kembara musafir..!!
Semoga dari tautan ini, akan terbitnya cahaya demi cahaya yg seetrusnya menyatukan hati2 kita di jalan yg Satu,,
Syukran atas sokongan dan doa kudusnya... Semoga hidup ukhtie sentiasa dalam rahmatNya..