~** KEHENDAK YG TAK TERTOLAK ~

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

"Bila Allah menghendakki terjadinya sesuatu perkara, maka jadilah ia..
jika Allah tidak menghendakki berlakunya sesuatu perkara, ia tidak akan  terjadi.."
~ Hadis ~

Menghayati dan menginsafi kalam yg lahir dari lisan Rasulullah SAW tersebut, maka tenang dan redholah hati2 warga SMUIK, Kunak bila memdepani ' kehendak  Yang Tak Tertolak" dari Yang Maha Mengetahui..

23 hb Ogos 2011M bersamaan 23 ramadhan 1432H
Di saat2 seluruh umat Islam sedunia menyibukkan diri ..
mencari malam lailatul Qadar..malam yg lebih baik dari seribu bulan....
  Sek Men Ugama Islamiyyah, Kunak  terpilih untuk mendapat tarbiyyah langsung dari Allah SWT 
lewat tragedi 'KEBAKARAN' yang memakan masa lebih kurang 3 jam ..

DETIK2 CEMAS

Bermula seawal 12.20 malam... kedengaran  teriakan dan keriuhan beberapa orang pelajar senior lelaki di depan bangunan Flat Guru,bersebelahan dgn. blok Aspura..

"KEBAKARAN..!!!  KEBAKARAN !! KELUAR SEMUA... 
 cIKGU.. USTAZ.. KEBAKARAN !!  TALIPON BOMBA..!! 
KELUAR !! TURUN SEMUA  !!



Pelajar saling membantu.. mengosongkan asrama.. abang2 bertindak  pantas menyelamatkan adik2.. Blok Asrama terpadam lampu tiba2.. Guru2 segera turun bersama keluarga masing.. bomba di hubungi segera..
Dalam masa singkat semua warga SMUIK berkumpul di Padang sekolah... Guru2 segera mempastikan jumlah pelajar Aspura dan Aspuri cukup bilangan.. Alhamdulillah.. CUKUP!! 
Namun dari cerita pimpina pelajar, terdapat seorang yg agak lewat keluar ... rakan sebilik tidak meyedari  dia masih tertidur .. keadaan gelap ..  bila di tanya katanya :" saya terjaga oleh bau asap dan segera ke beranda belakang asrama sebab api dah ada depan pintu.. lalu terjun ke bawah menyelamatkan diri.. Alhamdulllah ..keseluruhan penghuni aspura (yg ada) seramai  94 orang selamat semuanya.. Tidak lama kemudian,  pasukan Bomba sampai dan memberikan perkhidmatan semampu boleh..

[ terdetik di hati : syukur... "Alhamdulillah".. latihan kecemasan yang baru dsaja dilaksanakan sebanyak dua kali bersama kerjasama Pasukan bomba dalam tempoh dua bulan ini, banyak membantu pelajar untuk bertindak cemerlang menyelamatkan diri masing2 dan teman sebilik.. Latihan menjadi satu Kenyataan pulak..]

Hanya zikir dapat dilantunkan.. secara berjamaah .. beberapa orang guru lelaki dan pelajar Senior bertindak mendekati bangunan Flat Guru dan Aspuri ..melaungkan Azan berulangkali..memohon dan berdoa agar litar pintas tidak merebak ke bangunan bersebalahan blok asrama Putera.. Flat guru dan sekolah rendah Ugama..

- Foto : 1) Malam Kejadian

Api kebakaran bermula dihujung blok Atas(sebelah Kiri)





Pihak Bomba masih tidak mampu  menyekat kemaraan api ke sebelah tengah bangunan









1 jam kemudian 2/3 blok di atas juga menjadi sasaran api yang semakin menyinga




dan akhirnya..lengkaplah keseluruhan blok aspura sebelah atas menjadi 
santapan Sang Api yg patuh pada perintah Robbnya..
Kemaraan api ..sukar di kawal




AZAN DAN HUJAN RAHMAT

Melihat keadaan api yg semakin mengganas,,meranap semua bahagian blok atas dan bumbung bangunan,ikhtiar dgn Robbuna dilakukan.. semua pelajar lelaki di kumpulkan sekali lagi di dataran bersebelahan  surau sekolah.. melaungkan AZAN berjamaah ..berulang2 kali.. warga lain memohon dan berdoa.. al-hamdulillah ,meski pada awalnya langit kelihatan biasa... hujan RAHMAT turun..dikit demi dikit ..kemudian menjadi lebat.. tugas pihak bomba semakin mudah..bantuan Asli dari Robbuna.. sungguh!! RAHMAT-Mu amat luas ,Tuhanku !![monolog penulis].. akhirnya api padam setelah 3 jam usaha dilakukan..

KEBAJIKAN PELAJAR

Meskipun keadaan agak gawat dan kelamkabut.. namun kebajikan pelajar tetap menjadi keutamaan.. Santapan bersahur untuk pelajar di tempah dari  restoran yg berdekatan .. pelajar Aspura menikmati sahur di surau sekolah.. sementara pelajar aspuri debenarkan kembali ke blok aspuri.. seusai  membersihkan diri , pelajar2 dan guru2 lelaki bersolat subuh berjamaah seperti biasa..

- Foto : Hari ke dua ( Kesan2 yg ditinggalkan)



- Blok hujung sebelah Kanan.. kawasan terakhir yg terbakar -



Blok atas hujung (kiri) : di sinilah punca litar pintas bermula 



Kawasan Tengah bangunan: Ruang Belajar dan Santai







~ segelintir pelajar aspura yg meninjau semula asrama mereka yg sudah berubah wajah
dalam masa tidak lebih dari 4 jam





Hanya pakaian yang mereka pakai itulah yg masih mampu mereka miliki..
namun mereka tidak mengeluh dan berkata: "Alhamdulillah..semua teman2 selamat..
kami bersyukur..!!"






Dengan pengawasan pengetua .. beberapa orang pelajar aspura (penghuni blok bawah)dibenarkan
masuk ke bilik mereka untuk mengambil barang2 berharga..(my kad/ pakaian/buku2)



Alhamdulillah... bangunan Flat Guru yg dikhuatiri turut terjejas jika berlaku litar pintas dari bangunan aspura masih terpelihara .. sizin-Nya jua.. (Nasykuruka ya Rob!!)

PERSEPSI IBU BAPA

Seawal pagi.. sekolah dikunjungi ibu bapa yg di hubungi.. semua penghuni asrama (putera /Puteri )di arahkan pulang kampung masing2.. meskpun masih berbaki 2 hari untuk calon2 PMR,SMU dan SPM menjalani peperiksaan percubaan peringkat sekolah.. 

Mejoriti ibu bapa..melafazkan syukur atas keselamatan nyawa semua penghuni..meskipun kesemua penghuni asrama blok atas seramai 61 orang hanya tinggal sehelai sepinggang.. "Harta boleh diganti..tetapi nyawa anak?? kami bersyukur pada Allah dan berterimakasih kpd pihak sekolah.." ..Alhamdulillah  mejoritinya memahami.. namun segelintir kecil..masih meniupkan nada sesalan yg amat .. tak mengapa.. pihak sekolah bersifat terbuka menerimanya.. Hanya Allah yg Maha Tahu.. Hanya berserah padaNYa.. Usaha sudah semaksima mampu yg di buat.. namun TAQDIRnya telah mendahului.. KEHENDAK-NYA  TIDAK TERTOLAK !! dan tiidak ada kuasa yang bisa menolak/menghalangnya..itulah sunnatullah.. hanya dibawah satu kunci.. "KUN... FA YAKUNN..."

"Jika DIA (Allah) menghendaki sesuatu ,DIA hanya berkata..:
 "Jadilah.. maka jadilah ia.." ~ Q.S. Yaa Siiin ~



~ UCAPAN TERIMA KASIH ~



Peristiwa yg berlaku pada malam itu turut dirasai kepedihannya dari bekas2 pelajar dan warga SMUIK yg pernah bernaung disini,.. pihak PIBG.. YB setempat.. penduduk setempat.. Secepat kilat sumbangan dan derma diusahakan dan serahkan kpd pihak sekolah..khusus buat mangsa2 yg terlibat .. Hanya ucapan terimakasih yg dapat dikatakan.. semoga Allah memberkati usaha semua pihak yg turut membantu, simpati dan empati pada nasib pelajar2 yg terbabit.. Semoga Allah memberikan ganjaran pahala dan balasan yg baik..berlipat kali ganda dari kebaikan yg dikakukan.. Allahumma Ameeen...



Wallahu a'laam .. Semoga ada manfaatnya buat renungan bersama..




Hayati  Tarbiyyah yg TERSIRAT  di sebalik yg  TERSURAT!!
SALAM  MUHASABAH !!

Ulasan

Penduga Arus berkata…
Ucapan Ta'ziyyah kepada warga SMUIK... moga tabah menghadapi ujian Ilahi.

Fainna ma'al 'usri yusra.. insya-Allah.
iNsYiRaH QaLbY berkata…
Syukran nanda Penduga Arus..

"Iya, segalanya kami terima dengan SYUKUR..kami meyakini hikmah di sebalik tarbiyyah ini.. dan ternyata HIKMAH itu semakin difahami setelah 2 hari kejadian itu berlalu.. Alhamdulillah..

Catatan Popular