~** Bisikan buat pendosa **~

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 ~ Bujukan buat pendosa ~

Bersama kicauan zikir beburung difajar segar,
kulantunkan bait2 suciMu Robb..
lalu ..sebak dada menahan pilu ..
BisikanMu amat membekas di jiwa pendosa (seorang aku)..


Firman Allah swt (bermaksud):


"Katakanlah Wahai hamba2Ku yg telah menzalimi diri mereka sendiri(dgn kufur dan maksiat)!!, Janganlah kamu putus asa dari Rahmat Allah..Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa semuanya. Sungguh!! Dialah yg Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadaMu lalu kamu tidak dapat di tolong. Dan ikutilah sebaik2 apa yang diturunkan kepadamu (Al-Quran) dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu secara mendadak, sedang kamu tidak menyedarinya.. agar jangan ada orang yang mengatakan:" Alangkah besarnya penyesalanku atas kelalaianku (menunaikan kewajiban) terhadap Allah swt. dan sesungguhnya aku termasuk golongan orang2yg memperolok2kan (agama Allah).atau (agar jangan) ada yg mengatakan :"Sekiranya Allah memberi petunjuk kepadaku, tentulah aku termasuk orang2 yg bertaqwa..atau (agar jangan) ada yang berkata: " Sekiranya aku dapat kembali (ke dunia), tentu aku termasuk orang yg berbuat baik. Sungguh!! Sebenarnya keterangan2Ku telah datang kepadamu, tetapi kamu mendustakannya malah kamu menyombongkan diri dan termasuk orang kafir ".. Dan pada hari kiamat, engkau akan melihat orang2 yg berbuat dusta terhadap Allah, wajahnya menghitam ..Bukankah neraka jahannam itu tempat tinggal bagi orang yg menyombongkan diri..?? Dan Allah menyelamatkan orang2 yang bertakwa kerana kemenangan mereka. Mereka tidak di sentuh oleh azab dan tidak bersedih hati..Allah Pencipta segala sesuatu dan Dia Maha Pemelihara atas segala sesuatu.Miik-Nya lah kunci2(perbendaharaan) langit dan bumi. Dan orang2 kafir terhadap ayat2 Allah, mereka itulah orang yg rugi."
[ Q.S. Az-Zumar : 53 - 63]

Sungguh ya Rahman..amat luas rahmahMu... tidak terhitung..
Wahai diriku !! Wahai jiwa2 Abdi !! yg  berlaku zalim pada diri sendiri.. !!
Kalam robbuna ..hayatilah.. tersirat bujukan dan pengharapan..


> Kekufuran /kemaksiatan itu bole di akhiri atas kehandak kita.. BERHENTILAH.. memadailah dgn kemaksiatan/kekufuran yg telah di lakukan sebelum ini.

> Maksiat/kufur  itu hanya menzalimi diri sendiri..hanya menempah azab di dunia dan akhirat ..

> Rahmat dan keampunan Allah sentiasa terbuka.. jgn sampai banyaknya maksiat.. lamanya hidup dalam  kekufuran membuat  seseorang itu putus asa untuk kembali ke fitrah (deen yg suci)

> Allah tidak hanya menurunkan perintah dan larangan..namun sebelum itu disediakan untuk umat manusia kitab yg suci sebagai pedoman ..Kitab yg lengkap menjurus segala aspek kehidupan.. Apabila seseorang berkata dgnnya(ayat2 al-Quran), dia akan berkata benar.. apabia seseorang berhukum dgnnya (A.Q) dia akan menghukum seadil2nya..apabila seseorang itu berpegang dgn(ajaran2)nya dia akan selamat..dan apabila seseorang berpaling darinya,dia kan celaka/binasa.. itulah kelebihan Al-Quran.

> Taubat dan kembali kepada Taat dan segera menyerah diri pada agama /ajaran Islam adalah suatu perkara yg perlu difokuskan secara serius.. sebelum segalanya terlambat.. sebelum Izrail mealksankan tanggungjawabnya menarik kembali nikmat 'ruh' lalu memisahkannya dari jasad .. sebelum penyesalan sudah tidak berguna lagi..

>  Islam bukanlah agama paksaan.. Islam agama yg menuntun manusia sejagat ke jalan lurus dgn dalil2/hujjah  yang jelas dan nyata.. "Sesungguhnya di permukaan langit dan bumi, terdapat tanda2 kami.. agar mereka  mahu berfikir.." (A.Q)



> Penyesalan selagi hidup  di dunia.. membawa manfaat yang besar dalam hidup sesorang..penyesalan di alam  akhirat.. hanyalah keluhan2 kosong yng tidak akan memberi manfaat sedikitpun.. untuk itu, insaflah.. sebelum nikmat dan anugerah yang dipinjamkan terpaksa dikembalikan.... berusahalah agar hari ini lebih  baik dari semalam...

>  Hidayah Allah(kebenaran/ajaran2 agama) itu perlu di cari..dipelajari dan dihayati.. Patuh pada bimbingan  Al-Quran adalah langkah selamat.. pimpinan jiwa ke arah TAQWA yg melayakkan seseorang mendapat  redho dan menjadi ahli SYURGA  kelak..

> Allah akn menambah hidayah dan petunjuknya kpd mereka yg tidak menentang ayat2Nya.. mereka yang tidak mempersendakan ajaran2 agamaNya..

> Tempat kembali dan keadaan orang yg tetap kufur itu jelas..dan tempat kembali serta keadaan orang yg  beriman lagi taat juga jelas .. pilihan di tangan  hamba Allah itu sendiri.. tiada lagi hujjah untuk mempertahankan dri..

>  Zat yang Maha Pencipta juga Maha Pemelihara atas segsala sesutu... Kembalilah kepadanya dgn ketaataan berdasarkan ilmu yg soheh..

Wahai diriku !!!  saudara2ku di luar sana !! sahabat2ku !!

..sentiasalah bisikkan dihati, kalam Robbuna..
 "Sesungguhnya dari Allah kita datang ..kepda Allah kita akan kembali.." 

~~~~~~~~~#######~~~~~~#######~~~~~~~~~


~** Iktiraf....Doa Taubat **~

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

(arabic verse)
Ilahi lastu lilfirdausi ahla
Wala aqwa a'lannaril jahiimi
Fahabbli  taubatau- waghfir zunubi
Fainnaka Ghahfirul zanbil  azim

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu
Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu

 **~~~~****


[ bisikan Pendosa ]





( Kepada Mu Ya Robb!! )
~ Imam Syafi'e ~


Ku psembahkan kepadaMu 
tuhan sekalian makhluk harapanku wahai Tuhan..
sekalipun aku sorg yg bdosa wahai Zat yg Maha pemberi 
dan pemurah ..


tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupku
Ku jadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu


maka bilamana Engkau yg memiliki keampunan 
menghapuskan dosa yang berterusan ini.
kurniaanMu dan keampunanMu adalah Rahmat dan Kemuliaan


Ku persembahkan kepdaMu ,tuhan sekalian makhluk, harapanku..
sekalipun aku seorang yg berdosa..Wahai Yg Maha Pemberi dan Pemurah


Tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku
Ku jadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu

maka bilamana Engkau yg memiliki keampunan 
menghapuskan dosa yang berterusan ini.
kurniaanMu dan keampunanMu adalah Rahmat dan Kemuliaan

bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah kepadaku?
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan nikmat itu kepadaku..

semoga sesiapa yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu


sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari  berhimpun kesedihan



dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
sekalipun dosa2ku itu memasukkan diriku  ke dalam neraka

Ku psembahkan kepadaMu 
tuhan sekalian makhluk harapanku wahai Tuhan..
sekalipun aku sorg yg bdosa wahai Zat yg Maha pemberi 
dan pemurah ..

maka bilamana Engkau yg memiliki keampunan 

menghapuskan dosa yang berterusan ini.
kurniaanMu dan keampunanMu adalah Rahmat dan Kemuliaan
dia adalah seorang yg fasih ketika mengingat tuhannya
tetapi bila bersama yang lain di dunia ini, dia membisu
dia berkata: Kekasih, Engkaulah tempatku meminta dan berharap
cukuplah hanya Engkau bagi orang2 yang berharap; 

sebagai tempat bergantung dan memohon


kupelihara kasihku yang dicemari nafsu....
dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar


di saat kujaga,aku rindu ...dan di saat kulelap ,aku berharap
yang selalu mengiringi langkahku...


dengan penuh bersemangat dan berulang2  
maka dosaku adalah besar dari dulu hingga kini
sedangkan keampunanMu yang mendatangi hamba..
adalah lebih agung dan mulia


Ku psembahkan kepadaMu 
tuhan sekalian makhluk harapanku wahai Tuhan..
sekalipun aku sorg yg bdosa wahai Zat yg Maha pemberi 
dan pemurah ..

maka bilamana Engkau yg memiliki keampunan 

menghapuskan dosa yang berterusan ini.
kurniaanMu dan keampunanMu adalah Rahmat dan Kemuliaan

...KepadaMU   Ya Robb!! .....


~~~~~~********~~~~~~~

Wahai dirku !!  saudara2ku !!


Lihatlah kerendahan hati imam Syafi'e.. seorang ulamak  ..tawadhuk..merendahkan diri dihadapan Robbuna.. 
mengakui sebagai pendosa.. sUBHANALLAH!!


LALU.. TANYA DIRI KITA.. "AKU BAGAIMANA..????"



 Salam Mahabbah ..
Salam muraqabah..Tingkatkan Mujahdah ....
ke arah Mardhatillah...

Ulasan

Catatan Popular