.~~.MENGINTAI KASIHNYA ~~-
Bismillahirrahmanirrhim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sungguh indah perasaan apabila mendapat kasih sayang
daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan
kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita.
Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila
dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan
oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa
begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Kita bersyukur. Bersyukur kepada Allah.
Setiap hari dikurniakan kepada kita dengan segala keperluan.
Setiap hari dikurniakan kepada kita dengan segala keperluan.
Mustahil bagi Allah, untuk membiarkan hamba-Nya yang
beriman tanpa ada perhatian yang sewajarnya.
Benarlah, Allah itu bersifat الرؤوف (Ar-Ro uf) Yang Melimpahkan
Rahmat / Amat Belas Kasihan terhadap makhluk-Nya.
Apa yang dapat difahami daripada nasihat Imam Al-Ghazali
rhohimahullah ta’ala:
Apabila bangun tidur, jika boleh pada setiap hari, tanya
kepada diri: “Kenapa ALLAH hidupkan aku pada hari
ini?”Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali: Kerana
dosaku banyak. ALLAH izinkan aku untuk bertaubat.
Ya, sungguh menusuk ke dalam hati nasihat Imam Ghazali
kepada kita. Hati tersentuh, mengenangkan pintu taubat dan
kasih sayang ALLAH yang sentiasa terbuka kepada kita selaku
hamba-Nya.
Cuma kita sendiri, sedar atau tidak. Kadang-kadang terlupa,
kadang-kadang ingat semula.
Insya ALLAH, selepas ini kita berusaha untuk lebih menghargai
segala kesempatan yang disediakan-Nya.
Mesti rebut. Peluang ini disediakan oleh Raja kepada segala raja.
Raja yang milik-Nya segala apa yang ada di bumi dan di langit.
Pastinya peluang ini adalah terbaik dibandingkan peluang yang
ditawarkan makhluk yang lain
.
Pada pertemuan kali ini, dimuatkan satu hadits yang
membicarakan orang yang dikasihi ALLAH. Mudah-mudahan
kita diberikan kefahaman tentangnya dan dimasukkan dalam
golongan ini.

Ertinya:
Daripada Anas bin Malik r.a. , Nabi s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya Allah mempunyai ‘ahli’ daripada kalangan
manusia. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Siapakah
mereka itu? Baginda bersabda: “Merekalah ahli al-Quran iaitu
‘ahli’ Allah dan golongan pilihan-Nya.”
(Riwayat Ibnu Majah)
Keterangan hadits daripada Syarah Sunan Ibnu Majah:
“Ahli al-Quran” ialah golongan yang menghafal al-Quran, banyak
membaca al-Quran dan beramal dengannya.
“Ahli ALLAH” ialah para wali ALLAH dan golongan yang
mendapat pilihan yang istimewa daripada ALLAH
.
Salah satu petunjuk bagi seseorang itu dikasihi ALLAH adalah
dengan usahanya untuk mendampingi Al-Quran serta beramal
dengannya.
Apa kata kita cuba mulakan usaha ini, dengan kuantiti yang kecil,
sesuai dengan kemampuan kita? Lama-kelamaan bertambah
dengan kesuaian yang ada.
Moga ALLAH mudahkan segala urusan kita, serta dijadikan
amalan itu pula amalan yang diterima dan terlaksana dengan rasa
keenakan serta berterusan.
Rujukan :
http://ikhwanzhaki.blogspot.com/2010/03/orang-yang-dikasihi-allah.html
~~~~~~~~~~~~~~~
CAHAYA
Disepi malam hanya bertemankan BINTANG
Hatiku merayu padamu Tuhan yang satu
Moga diberikan satu petunjuk
Dan jalan menemuiMu
Hanya kuberserah padamu Tuhanku
Hanya pada nama
Hanya satu pintaku
Hanya pada kasih
Kanku serahkan jiwaku
Hanya pada cinta
Hanya itu janjiku
Hanya pada satu
Aku imankan jiwaku
Aku merayu pada Mu yang satu
Moga ditempatkanku bersama CAHAYA
Seperti mereka setia denganMu....ah
Setia denganMu....setia denganMu
Hatiku merayu padamu Tuhan yang satu
Moga diberikan satu petunjuk
Dan jalan menemuiMu
Hanya kuberserah padamu Tuhanku
Hanya pada nama
Hanya satu pintaku
Hanya pada kasih
Kanku serahkan jiwaku
Hanya pada cinta
Hanya itu janjiku
Hanya pada satu
Aku imankan jiwaku
Aku merayu pada Mu yang satu
Moga ditempatkanku bersama CAHAYA
Seperti mereka setia denganMu....ah
Setia denganMu....setia denganMu
~~~~~~~~~~~~
Rabby..
Pencarian ini tidak pernah bernoktah
,
meski aku bukan insan pilihan ..
terlalu jauh untuk layak
memandang wajah AgungMu..
,
meski aku bukan insan pilihan ..
terlalu jauh untuk layak
memandang wajah AgungMu..
namun, hati ini tetap berdegil untuk
terus mengharung titian2 kekasihMu..
terus mengharung titian2 kekasihMu..
Moga ketemu dgn rahmat dan
kasihsayangMu..
kasihsayangMu..
Ulasan