Tak rasa manisnya beribadah??

AssalamualaikumWarahmatullahi wabarakatuh


"Beribadah..bermunajat..melakukan amal solleh..
namun tidak merasa zauq(nikmat) dan lazatnya beribadah.. ??
Hati  dan jiwa  masih masih terasa  kosong..??? 
Terasa jauh dari Cinta Agung???

Saudara2ku!! Putera puteriku!! 
Jum  Muhasabah bersamaku..!!

~~~~~~~~~~~~~~***********~~~~~~~~~~~~~

Antara halangan drp memperoleh nikmat dalam beramal solleh
menurut pandangan ulamak...

1. Dosa dan Maksiat

Ibnul jauzi berkata,: " sebahagian ulama Bani Israel berkata, ya Allah, betapa sering aku berbuat maksiat  kpdMU, namun Engkau tidak pernah menghukumku!"

ungkapan ini dijawab oleh Allah, "betapa sering Aku menghukummu, namun engkau tidak mengetahui..Bukankah telah Aku halang rasa manis bermunajat kepadaKu? Sesiapa yang memerhatikan jenis hukuman ini , nescaya dia akan mendapatinya dengan pasti"

Ketika di tanya, "adakah orang yg berbuat maksiat akan memperoleh  nikmat sari ketaatannya??
Wahab bin Al-Warad menjawab , "tidak! Begitu juga orang yang berniat untuk berbuat maksiat. Berapa ramai orang yg normal pandangan matanya, namun tertutup pandangan hatinya..Atau lancar pertuturannya, namun kotor hatinya..Atau dia dipengaruhi oleh makanan syubahat..Akibatnya, hatinya menjadi gelap dan dia terhalang drp mengerjakan qiamullail dan drp merasai manisnya bermunajat kpd Allah swt.


2. Terlalu banyak bergaul dgn orang

Ibnul Jauzi berkata, 
" Ketika masih terlalu muda, aku telah di beri ilham untuk melalui jalan mereka yang zuhud dgn sentiasa mengerjakan puasa dan solat..Aku juga gemar menyendiri..Pada masa itu, aku merasakan hatiku tenteram dan bahagia..Mata hatiku sangat tajam sehingga mudah bersedih disebabkan membiarkan peluang membuat kebaikan pada waktu2 yg singkat berlalu, selain bersedih kerana ketaatan.Matahati ini terus bergerak laju, mengejar waktu untuk melakukan ketaatan kepadaNya.Aku merasa tenang dan nikmat dalam bermunajat. Keadaan berubah ketika sebahgian pemerintah memuji2 perkataanku sehingga aku hanyut dalam pujian itu, Akhirnya aku kehilangan rasa nikmat tersebut.

Kemudian datanglah beberapa orang menyeretku, namun aku bertahan untuk menjauhinya dan berusaha untuk tidak tertarik dgn pujian-pujian itu.Aku sungguh runsing dgn perkara-perkara subahat.Kemudian, keadaanku menjadi lebih baik. Pada waktu lain, aku terjebak dalam keupayaan untuk menjelaskan hingga terbentanglah segala hal menjadi yang dibenarkan..Ketika itu,cahaya hati dan ketenangan yg pernah aku dapatkan ternyata telah hilang.

Pergaulan yg terlalu banyak dapat menyebabkan kegelapan dalam hati, bahkan boleh menghilangkan seluruh cahaya hati.."


3)Ibadah menjadi Adat(budaya/kebiasaan)
 bukan kerana tuntutan iman

Al-Hafizh Ibnu Rajab berkata," ramai orang mengerjakan amal dgn memaksa diri bukan kerana tuntutan iman. Oleh yg demikian, ramai yg seandainya musafir dlm bulan ramadhan  tidak mahu membatalkan puasanya dgn menganggap mereka tidak uzur. Termasuk kebodohan bagi mereka yg tetap tidak mahu membatalkan puasanya keana suatu keuzuran meskipun puasa tersebut akan memudharatkannya..Sedangkan Allah gembira jika rukhsahnya di terima.. Dala masa yg sama dia melanggar perkara yang diharamkan Allah berupa zina , minum arak, serta mengambil harta,kehormatan, dan darah dgn cara yg tidak dibenarkan.Ini terjadi kerana dia  memaksa dirinya dalam seluruh perkara tersebut bukan kerana tuntutan iman.

sesiapa yang beramal kerana tuntutan iman , nescaya dia akan merasa nikmat dalam menguatkan kesabaran dirinya dari melakukan perkara2 yg boleh mendorong dirinya kpd perkara yg mengundang kemurkaan Allah. Mungkin dia akan membenci semua perkara yg di benci oleh Allah  dan menghindar darinya sekalipun itu sesuai dengan selera hawanafsunya.. "

4. Nifak(tidak jujur dalam keimanan)

Disebutkan dalam hadis Abu Umamah  bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Sesiapa yang kebaikannya membuat dia rasa senang(tenang) dan keburukannya membuat dia rasa bersedih, maka dia adalah orang mukmin.."

~ Wallahu A'lam~


~~~~~~~~~~~~~~***********~~~~~~~~~~~~~

Ulasan

Catatan Popular