Tips me"LAZAT"kan Amal Solleh..


Assalamulalaikum Warahmatullahi wabarakatuh

Saudara2ku!! Putera Puteriku,

Entry kali ini adalah kesinambungan dari entry " Tak rasa MANIS beribadah??"
Semoga menjadi renungan dan panduan untuk kita terus bersaha memperbaiki bentuk persembahan amal kita kpd Allah SWT(zahir bathinnya) kearah mencapai redho-Nya..

~~~~~~~~~~***********~~~~~~~~~
Terdapat beberapa faktor penyumbang yg boleh membantu seorang hamba untuk mengecapi  nikmat dan LAZATnya beramal Solleh.. di antaranya :

1.MURAQOBAH DAN IKHLAS

Ibnul Jauzi berkata:
" Alllah lebih dekat kepada hamba-Nya drp urat nadi..Tetapi, Allah berhubung dgn hambaNya secara ghaib dan seakan2 jauh darinya... Hati yg lalai merasa Allah itu jauh..Lalu ada di antara mereka terjerumus ke lembah MAKSIAT yg seandainya mereka di awasi oleh orang yang hadir, nescaya mereka meninggalkan MAKSIAT tersebut..Sesiapa yg sedar betapa dekatnya Allah dengan hambaNYA .. mereka merasa selalu di AWASI Allah (muraqobah) sehingga perasaan ini menahan diri mereka dari sibuk memerhatikan keadaan di luar dirinya.. Bila persaaan ini dah wujud, maka hati pelakunya akan meras gembira..Kegembiraan hati ini hanya boleh dinikmati dgn ketaatan.. kerana, melakukan  pelanggaran terhadap aturan Allah mendatangkan kesedihan.., sedangkan penerimaan terhadapnya mendatangkan kegembiraan..Alangkah nikmtnya kehidupan mereka yang bergembira dan alangkah ruginya mereka yang bersedih..

"Ketaatan bukan seperti yang disangkakan oleh orang JAHIL iaitu hanya solat dan puasa.. lalu mereka melakukan maksiat2 yg lainnya.. Tetapi ketaatan itu ialah melakukn semua perintah dan meninggalkan semua larangan Allah SWT..Inilah perinsip umum dan dasar dalam berIBADAH..Lihatlah!! berapa ramai orang yg beribadah kpd Allah tetapi  ia lebih jauh dari Allah kerana dia meningggalkan perinsip dan menghancurkan kaedah menlanggar perintah dan melakukan larangan..?? Sesungguhnya orang yang teliti  adalah orang yang memegang ikatan timbangan nilai dalaman diri, lalu ..dia  menunaikan apa yang diperintahkan kpdnya dan menjauhi apa yg di larang..Apabila rezekinya b ertambah, dia semakin menjalankan sunnah.Namun apabila rezekinya tidak bertambah, dia tidak merasa rugi.."


 2. MUJAHADAH(MELAWAN) HAWA NAFSU

Firman Allah SWT:
" Dan orang2 yang berjuang di jalan kami(untuk mendapat keredhaan kami), benar2 kami akn tunjukkan jalan KAMI..Sesungguhnya Allah benar2 bersama orang2 yang melakukan kebaikan(amal Solleh)"
(Q.S. Al-Ankabut: Ayat 69)

Al-A'llamah Ibnul Qayyim berkata:
" Perasaan nikmat dgn pengabdian ini hanya boleh dikecapi dgn menguatkan kesabaran terhadap perasaan enggan dan letih terlebih dahulu..Apabila seseorang mampu bersabar dan benar dalam kesabarannya, nescaya dia akan dapat mencapai kenikmatan ini."

Abu Yazid berkata:
" Aku urus jiwaku supaya melakukan ketaatan kepada Allah, lalu dia menangis ..
ku terus mengurusnya hingga dia jadi terkawal..setelah itu , barulah jiwaku tertawa.."

3. TADABBUR(MENGHAYATI) AL-QURAN
SERTA MENGENALI ASMA'(NAMA2) DAN SIFAT ALLAH SWT

Imam Ibnu Taimyyah berkata:
" Sesungguhnya di dalam hati terdapat makrifatullah.. cinta kpdNya, memurnikan ketaatan kpdNya, takut terhadapNya, mengharap kepadaNya,  membenarkan kalamNya, dan sebagainya.. Manusia berbeza dan berlainan darjat dalam hal ini.. Semua yang terdapat di hati akan bertambah kuat  setiapkali seseorang  hamba
semakin mentadabbur al-Quran, mengetahui dan mengenal nama2,sifat2 dan kebesaran Allah serta menyibukkan diri dan beribadah kepadaNya..

4. MEMPERBANYAKKAN AMALAN SUNNAH

 Rasulullah SAW bersabda:
" Sesungguhnya Allah SWT berfirman(mafhumnya..) :
" Sesiapa yang memusuhi waliKu, maka Aku izinkan dia di perangi.. Tidaklah hambaKu mendekatkan diri padaKu dgn satu amal yg mana lebih Aku sukai jika amal itu bukan dari amal yng Aku wajibkan padanya...Hambaku sentiasa mendekatkan diriku sehingga Aku mencintainya .. Aku menjadi pendengar yang dia mendengar dgannya, menjadi penglihatan yangdia melihat dengannya, menjadi tangan yang dia memukul dgn nya, dan sebagai kaki yang  dia berjalan dgnnya..Jika dia meminta kepadaKu pasti Aku beri..dan jika dia meminta perlindungan dariKu ,pasti Aku melindunginya.."

Ibnu Rajab berkata"
" Maksud  ayat(tersebut) ialah sesiapa yg berusaha bersungguh2 mendekatkan diri kpd Allah SWT dgn amalan2 wajib kemudian dgn amalan2 sunat , Allahpun akan dekat dengannya..Allah akan menaikkan darjat keimanannya ke peringkat'IHSAN'.. elalu merasa di awasi oleh Allah dan seolah2 melihatNYA..Kesannya ,hati dipenuhi makrifatullah.. kecintaanNya ,keagunganNYA, serta rasa TAKUT, MALU dan RINDU kepadaNYA.."

5.BERSAHABAT DGN ORANG SOLLEH 
DAN BERSAING DGN MEREKA DLM BERAMAL SOLLEH

Watak sesorang dapat mencuri dan mempengaruhi watak sahabatnya.. oleh kerana itu, ISlam amat meletakkan dasar yang kukuh dalam pemilihan sahabat..

Hayati nasihat Luqmanul hakim.."Hai anakku!!, duduklah(dampingilah) ulama dgan akrab sebab hikmah akan menghidupkan hati.. sebagaimana hujan yg deras telah menghidupkan bumi yg mati.."

" Dan janganlah kamu mengikuti orang yg hatinya telah kami lalaikan dari mengingati kami serta mengikut hawa nafsunya.."
(Q.S. Al-Kahfi :28)

6. MEMERHATI IBADAH2 FARDIYYAH(INDIVIDU)

Antara ibadah2 fardiyyah.. Qiamullail, iktikaf dan berzikir..

Sebahagian salaf berkata:
" Sungguh!! Aku sangat bahagia ketika datangnya malam kerana kehidupanku akan terasa nikmat serta perasaanku  menjadi tenteram dgn bermunajat kpd Allah,menyendiri untuyk berabdi kepadaNya dan merendah diri di hadapanNya...Tatkala fajarmenyingsing, hatiku pun menjadi sedih kerana waktu siang akan melalaikan aku dari semua itu.."

Ibnu Taimyyah berkata:
" Tiadak ada kenikmatan yg dirasakan oleh manusia di dunia ini melebihi kenikmatan di dalam hati dgn berzikir kpd Allah, mengingati kebaikan2 dan nikmat2Nya serta beribadahg kepadaNya.."

Al A'llamah Ibnul Qayyim berkata:
"..suatu ketika ibnu Taimyyah mengerjakan solat Subuh kemudian duduk berzikir kpd Allah sehingga menghampiri tengahari..kemudian dia menoleh kpd ku dan berkata,;" Ini adalah sarapanku..Seandainya aku tidak mkan sarapan ini, akan tentulah kekuataanku akan lumpuh.."

7. MENGHAYATI NAS2 YG MENJANJIKAN PAHALA 
DLM MELAKSANAKAN AMAL SOLLEH

Mengimpikan pahala yang Allah janjikan pada sesiapa saja yg mengerjakan amal solleh akan menjadikan setiap kesukaran dalam amal tersebut terasa mudah. Bahkan kesukaran itu akan berubah menjadfi nikmat dan terasa kelakzatan..

8. PELBAGAIKAN BENTUK IBADAH / AMAL SOLLEH

Syariat memberikan variasi dalam beribadah..antaranya variasi ibadah badan(tenaga), ibadah harta, ibadah fikrah, ibadah lisan dan penulisan(nasihat) , jihad, amar makruf nahi mungkar dan sebagainya.. hikmah disebalik variasi ini adalah menghilangkan rasa bosan dari jiwa agar ibadah tidak berubah menjadi skadar hanya 'kebiasaan/budaya' tanpa penghayatan.. Seseorang yang mempelbagaikan variasi dalam beribadah dan dia merasakan perlaksanaan ibadah itu sebgai satu kewajipan dan dia sedang melakukan perintah Tuhannya dan mengikuti sunnah Rasulnya, keadaan ini akan melahirkan nikmat yg amat dalam hati..insya Allah..

9. DO'A

 Rifa'ah az-Zurqa' meriwayatkan bhawa Rasulullah SAW telah berdoa ketika berada dalam peperangan UHUD ..antara doanya :
"Ya Allah !! jadikanlah kami mencintai KEIMANAN dan jadikanlah IMAN itu INDAH di hati kami..  
Ya Allah!! Jadilah kami membenci KEKAFIRAN, KEFASIKAN dan KEMAKSIATAN(PERBUATAN MUNGKAR) .. jadikanlah kami tergolong orang2 yg mengikuti jalanMu yang LURUS.."


[Ruj: 1. Beribadah selazat Coklat oleh Sami bin Muhammad
2. Ihya U'lumuddin : Imam Gazali ]

Ulasan

Catatan Popular