**.. PELARIAN USIA..**
Madah Syeikh A'idh al-Qarni tentang
USIA dan Kehidupan
"Berlumba2lah kamu"
(Q.S.Al-Hadid:21)
"KEHIDUPAN ini tidak lain hanyalah perlumbaan.. Masa terus berlalu,matahari terus berputar,bulan terus beredar dan angin terus bertiup..maka janganlah anda berhenti kerana kafilah KEHIDUPAN tidak akan pernah menunggu anda"
"Dan bersegeralah kamu"
(Q.S. Ali-Imran:133)
"Melompatlah anda setinggi-tingginya,kerana kemuliaan itu amat jauh jangkauannya dan kemenangan itu tidak dapat disajikan dengan talam dari emas...tetapi disajikan dgn airmata,darah, berjagamalam,susah payah, lapar dan penderitaan.."
"Hiduplah di dunia seolah2 anda orang asing"
(Al-Hdis)
"Jika hari baru mendatnagi anda, katakan kepadanya:" Selamat datang wahai tetamu yang mulia."..sambutlah ia dgn baik..dgn melaksanakan segala yg difardhukan. menunaikan kewajipan2, memperbaharui taubat..Jgn keruhkan hari anda dgn dosa dan kecemasan..kerana hari itu tak akn kembali lagi.."
"Jika anda mengingati masa lalu ..maka ingatlah masa lalumu yang indah agar anda gembira.Jika anda mengingati hari ini,maka ingatlah apa yang anda hasilkan..pasti anda bahgia.Sekiranya anda merngingati hari esok, maka ingatlah mimpi2 indah anda..adar anda optimis"
" Panjang usia adalah himpunan pengalaman, kumpulan pengetahuan dan simpanan peristiwa..Setiapkali hari melalui anda, anda pasti mendapat pengajaran tentang seni hidup.Sesungguhnya panjang usia adalah berkat bagi orang yang berakal"
~~~******~~~~~~~~~~******~~~~~~~~*****~~~
Usia mengiringi waktu..
pantas berlari..
berlalu... dan terus pergi
tanpa menoleh semula
lalu..
apa yg ada
pada fikiran saya dan anda??
menyedari semua ini adalah kewajaran
terlebih penting..BUAT persiapan
untuk usia SENJA..
yang terlebih penting
SEDIAkan bekalan
untuk sebuah KEBERANGKATAN
tanpa ada tarikh pulang..
pergi yang akan terus pergi
memulakan hari2 kehidupan yang hakiki..
lalu tanya DIRI..
apakah corak hidup yg ingin dilakar
apakah persiapan
untuk menempuh usia senja dan saat2 sukar??
sudah bersediakah
menghadapi hari2 pertemuan dgn yg Maha QAHHAR??
Renungkanlah ..dgn penuh keinsafan..
moga usia kita ..adalah usia yg diberkati....usia yg berkuality..
untuk kehidupan di sini ....dan di sana
[Manfaatkan usia untuk kedaulatan ISLAM]
[Usahakan safarmu menuju REDHO ar-Rahman]
Ulasan