Redho..Diredhoi !!! (Rodhiah....Mardhiyyah)
Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamua’laikum warahmatullahi wabrakatuh..
Salam Mahabbah lillah.... buat semua !!
Dialog suffy.. pilihan penulis kali ni.. menyentuh persoalan yang sentiasa menjadi dambaan semua..REDHO ALLAH… Selamat menghayati..!!! .semoga menjadi Tafakkur yg membuahkan Zikir dan rangsangan dalaman untuk melangkah ke situasi yang lebih LURUS di jalan Tuhan.. Agar ilmu hakikat semakin mendekat.. dan kita semakin memahami hakikat HAMBA dan REDHO..
Pada Suatu hari, Abd Wahid dan Sufian al-Tsauri berkunjung ke rumah Rabi’ah. Tiba saja merka teruja dengan wajah Rabi’ah yang gembira.Ini menimbulkan tanda tanya kpd mereka…
Abdul Wahid : “Alangkah anehnya wanita ini, dia masih tetap bergembira sedangkan tubuh badan nya hanya tinggal tulang tanpa daging..”
Sufian Al-Tasauri : “Kegembiraan untuknya tidak sama dgn kegembiraan kita. Baginya kekurangan pada makan, minum, pakai dan tempat tinggal hanya perkara yg paling ringan dalam hidupnya..”
Abdul Wahid :” Sahabat, nasihatilah Rabiah..Dia kelihatan sakit,”
Mereka berdua kemudian menziarahi Rabi’ah yg kurus.Namun pada wajah Rabi’ah masih terpancar sinar keriangan.Ini menimbulkan rasa pelik kpd mereka.
Melihat keadaan Rabi’ah yg dhoif itu,Sufian al-Thauri berkata.
.
.
Sufian A : “ Wahai Rabi’atul Adawiyah, berdoalah kepada Allah supaya diringankan penderitaanmu ini kerana saya yakin Allah kabUlkan doa kekasih dan perinduNya seperti kamu.
Rabia’tul Adawiyah :” Saudara, bolehkah saya bertanya?”
“Silakan”
” Siapakah yang menghadiahkan penyakit ini kepada saya?”
“Tentu sahaja Allah”
“Sekiranya ini adalah kehendak Allah dgn menurukan penyakit ini bagi menguji diri saya,apakah boleh saya berpura-pura tidak menyedari yg ini adalah kehendakNya??
Sufian terdiam..Ada genangan airmata yg ingin tertumpah tetapi di tahan..Sufian al-Thauri berasa sgt terharu dgn akhlak yg ditunjukkan oleh wanita yg berada dihadapannya itu..Dia mengalihkan perbualan kepada perbincangan bersifat ilmiah.
“Wahai Rabi’ah, apakah yg kamu inginkan dalam hidup yg sementara ini?
“ Wahai Sufian, bukankah kamu sendiri adalah ulamak yg A’lim? Bagaimana persoalan sebegitu yang kamu tanyakan?”
Sufian kembali terdiam dan mengumpul kekuatan untuk bersuara..Rabi’ah menyambung bicaranya..
“ Hanya Allah yang Maha Mengetahui..Seperti yg anda sedia maklum, saya teringin makan buah kurma sejak 12 tahun yg lalu.Sebenarnya amat mudah untuk mendapatkannya kerana ini adalah kota Basrah.Namun, sampai saat ini saya belum merasai buah kurma itu kerana saya sedar , saya tidak lebih dari seorang hamba yang tidak mempunyai hak sama sekali bagi menuruti segala tuntutan kehidupan saya sendiri..Sekiranya saya menghendaki sesuatu perkara yang Allah tidak berkehendak bagi mengurniakannya,saya suka bersikap seperti hambaNya..Dengan demikian saya lupa pada segala keinginan itu..”
…”maaf, saya kurang jelas dengan jawapan kamu..”
Rabiah menggeleng kepala kehampaan
“Andai diri kamu tiada keinginan pada dunia, nescaya kamu tergolong dalam golongan mereka yg suci..”
Sufian al-Tsauri berfikir sejenak, dirinya berbalah sesama sendiri..hingga beberapa ketika ,barulah dia bertanya pada dirinya sendiri..
“Apakah diri ini mempunyai keinginan duniawi seperti yg dikatakan oleh rabi’ah.??”
Tanpa di sedari ,airmata insaf mengalir laju membasahi kepingan pipi dan membasahi janggut sufian al-Tsauri.. Dalam ratapan seorang insan yang takutkan dirinya tidak mendapat kasihsayang Allah kerana ada sedikit keinginan ,dia berkata..
“Ya Allah ,aku memohon keredhoan-Mu”
Tiba2 sekali lagi sufian al-Tsauri ditegur oleh Rabi’ah..
“Tidakkah kamu merasa malu kerana memohon keredhoan sedangkan kamu belum melaksanakan amalan diredhoiNya?”
“Maksud kamu..?”
“Bagaimana mungkin kita sebagai hamba mengharap redho Allah selagimana kita masih mengeluh dan tidak redho dengan ujian daripada Allah.. Apa yang terjadi itu adalah kehendak Allah..Apakah patut kta sebagai hambanya berkeluh- kesah atas ketentuan qadak dan qadar Allah”
Kemudian fahamlah sufian al-tsauri bahawa manusia hanya mendapat redho Allah apabila mereka mampu untuk redho pada semua yg berlaku ke atas dirinya.. samaada perkara itu baik ataupun buruk, mereka wajib yakin yg itulah yg terbaik untuk diri mereka..
Bahkan manusia khususnya umat islam perlu bersyukur dan bersabar atas segala dugaan yg melanda..itulah antara tanda kekuatan iman seseorang hamba itu.Mereka juga tidak merasa bosan, malah gembira kerana terpilih bagi menerima musibah itu daripada Allah..
Mereka menganggap apabila dihujani dengan ujian, ia menunjukkan Allah memberi perhatian kpd mereka lalu mereka mengharungi musibah itu dengan penuh kenikmatan..
Merdhoi taqdir sebahagian daripada tanda orang2 yang beriman..
Diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bertanya kepada para sahabat..
“siapa kalian..?”
“Kami adalah orang yang beriman..”
“ Apakah tanda-tanda yg membuktikan kamu semua orang yang beriman?”
“Kami adalah golongan yg sabar dan sentiasa menerima dengan lapang segala cubaan daripada Allah.Kami juga selalu bersyukur atas nikmat kurnuiaanNya dan kami redho dgn ketentuan takdir yg ditetapkan olehNya..”
Wallahu A’lam bissowaaab….
Semoga ada manfaatnya..
[Sumber rujukan dialog ialah kitab ……>>>
~~~~~*****~~~~~*****~~~~~
"Allah redha kepada mereka kerana mereka
mentaati perintahNYA, menjauhi larangan2Nya,
dan redha kepada Allah..
Redho dapat menimbulkan ketenangan di dalam hati,
kedamaian dan keamanan, kesejahteraan dan kemudahan hidup,
kegembiraan dan kesenangan..
Redho akan membuat hati terhindar daripada
keinginan untuk menipu, memfitnah, dendam, marah,
mencela, bosan, gelisah dan jemu
Orang yg redho dengan Allah, nescaya
Allah akan memenuhi hatinya dengan nur,keimanan,
keyakinan cinta kasih, qanaah, redho, kekayaan
dan keamanan, keinginan untuk selalu
bertaubat dan sifat tawadhuk "
~Dr 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni~
salam tafakkur...
Salam Mahabbah.. Salam muhasabah..
Tingkatakan Muraqabah.. Istiqamah dalam mujahadah
Ke arah Mardhatillah..
Ulasan