Meraih Cinta Agung..
Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
“Sesungguhnya..
untuk menjadi hamba yang di cintai Allah,
menjadi hamba yang sentiasa dekat dengan Allah
dan menjadi salah seorang dari Wali Allah (taat pdNya)
adalah tuntutan terbesar dalam islam buat kita
Rasulullah SAW menggolongkan wali Allah kepada dua golongan
1.Golongan pertengahan.. kebaikannya sebanding kesalahannya..
2.Golongan yang mengutamakan amal kebaikan..
kebaikkannya amat banyak dan jarang berbuat kejahatan..
Firman Allah SWT(mafhumnya)
“ Kemudian Kitab itu kami wariskan kepada orang2 yg kami pilih di antara hamba2 kami,Lalu diantara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri(orang yg kesalahannya melebihi kebaikannya) dan di antara mereka ada yang pertengahan (kebaikannya sebanding kesalahannya)dan di antara mereka ,ada pula yang berlumba untuk terlebih dahulu berbuat kebaikkan(orang yg kebikkannya amat banyak,sedikit kesalahannya..” [al-Faathir: 32]
Yg dimaksudkan al-Muqtasid(pertenghan)..
Orang yang memelihara ibadah fardhu
Sementara Assabiq bil khairat..
Orang yang melazimi taqarrub ilallah dengan ibadah2 sunnah
~~~******~~~~~*****~~~~~*****~~~~
Faktor2 meraih Cinta ALLAH swt
(pandangn ulamak)
(pandangn ulamak)
Pertama:
hayati bisikan2 rinduNya ....Perkenankanlah permintaan2 Nya..
dengarlah nasihat2Nya..Patuhi arahan2Nya.. utamakan redhoNya..
tingglkan larangan2Nya..hindari kebencianNya..
hayati kalam kekasih Robbuna (Rasulullah SAW)..
“Bacalah Al-Quran kerana ia akan memberikan syafaat(pertolongan)
kepada pembacanya pada hari Qiamat kelak “
[H.R. Muslim]
“ Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran
Dan mengajarkannya kepada orang lain”
[H.R. Bukhari]
Tadabbur Al-Quran ..
amalan kekasih kedua(Rasulullah SAW)..
Menjadi irama dalam zikir hati..menjadi hujjah pada risalah dakwah..
Syahid dan nyata akhlak mahmudah..tersingkir mazmumah..
Ramai musuh terpaku..tunduk pada HIDAYAH
Abdullah bin Mas’ud berkata:
“ Janganlah seorang daripada kamu bertanya tentang kecintaanya kepada Allah..Tetapi, hendaklah ia bertanya lebih dahulu tentang kecintaannya pada Al-Quran..kerana sejauhmana kamu mencintai al-Quran, sejauh itu pulalah kamu akan mencintai Allah..dan sebanyakmana kadar cinta kamu kepada al-Quran, maka sebanyak itulah kecintaanmu kepada Allah SWT..”
Ke dua:

Mentaati kekasih Kedua
Mencintai kekasih Robbul Izzaty..
junjungn mulia.. Nabi Muhammad SAW
salah satu pintu..membuka jalan meraih CintaNya..RedhoNya..
Cinta bukan hanya tersurat di hati..cinta terlafaz dgn lisan
dibuktikan dengan ketaataan.. pelihara sunnah semaksimanya..
teruskan langkah dakwah baginda..menjadi pengikut
setia ..iltizam pada KEBENARAN..memasyarakatkan
PERJUANGAN..
Mentaati kekasih Kedua
Mencintai kekasih Robbul Izzaty..
junjungn mulia.. Nabi Muhammad SAW
salah satu pintu..membuka jalan meraih CintaNya..RedhoNya..
Cinta bukan hanya tersurat di hati..cinta terlafaz dgn lisan
dibuktikan dengan ketaataan.. pelihara sunnah semaksimanya..
teruskan langkah dakwah baginda..menjadi pengikut
setia ..iltizam pada KEBENARAN..memasyarakatkan
PERJUANGAN..
Allah berfirman(mafhumnya)
" Katakanlah(Ya Muhammad) : "Jika kamu benar2 mencinti Allah, maka taatilah aku..nescaya Allah akan mencintai kamu"[Ali Imran:31]
Ke tiga:
Melepaskan Dunia dan Zuhud terhadapnya
Pencinta Allah tidak membuang dunia,namun
Mengambil dunia sekadar keperluannya(Zuhud)
Diriwayatkan terdapat seorang
menghampiri Rasulullah SAW dan berkata:
” Wahai Rasulullah, tunjukkkan padaku satu amalan
apabila aku melakukannya,Allah akan mencintaiku
dan saya juga dicintai oleh segenap manusia..”
Lalu Rasulullah SAW. Menjawab..
“ Bersikap zuhudlah kamu terhadap kehidupan di dunia
nescaya Allah akan mencintaimu..bersikap zuhudlah kamu
terhadap sesuatu yang dimilki oleh manusia
maka manusia akan mencintaimu”
[H.R. Ibnu Majah]
Cinta Allah hanya dapat diraih, bila dunia tercabut dari hati
Bila pengabdian pada Robbul I’zzati bersifat hakiki
Tersingkap rahsia kecemerlangan Salafussolleh..
Menjadi kekasih Allah di muka bumi
Dunia hanya dalam genggaman tangan
tanpa berlabuh disudut hati..
Firman Allah SWT..(mafhumnya)
“ Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya lalu Allah membiarkannya berdasarkan ilmuNya( maksudnya Allah membiarkan orang itu tersesat Kerana Allah mengetahui bahawa dia tidak menerima petunjuk2 yg diberikan kpdnya”
[Surah Al-Jasyiah:23]
Ke empat Qiamullail

Memperbanyakkan pertemuan
dengan kekasih
dengan kekasih
Di sendu malam..cinta bertasbih..
Berbicara dari hati...telus ..
berkongsi …suka duka safar yg melelahkan
Hanya DIA tempat mengadu…
Ikhlas ..memperbaharui janji setia
Syukur ..tahmid melodi tulus penuh syahdu
Bersatu Cinta di puncak rindu..
Allah SWT telah merakamkan..Ciri2 hambaNya yg tercinta..
“ Di dunia,mereka sedikit sekali tidur di waktu malam ..
Selalu memohon keampunan diwaktu subuh sebelum terbit fajar”
[ Adzariyat: 17-18]
“ Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya..mereka selalu berdoa kepada Robbnya dengan penuh harap dan rasa takut..mereka menafkah rezeki yang kami berikan..”
[ S. Sajadah : 16]
Ke lima :
Merenung(Tafakkur) pada ayat-ayat(tanda2) Allah dimuka bumi
Firman Allah SWT
“Sesungguhnya di sebalik Kejadian langit dan bumi..siang malam yang silih berganti..
ada tanda(kebesaran Allah) buat hamba yang berakal iaitu orang yang mengingati
Allah ketika berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi dan berkata :” Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menjadikan ini sia2… Maha suci Engkau..Peliaharalah kami daripada api neraka..”
[ A’li Imran : 190-191]
Seorang penyair (arab) bermadah..
“Di setiap sesuatu terdapat tanda
Menunjukkan keEsaanNya..
Sungguh aneh, bagaimana Allah di tentang..
Bagaimana orang ingkar padaNya
Dalam segala sesuatu..ada TANDA
Tafakkur pada ciptaan..serba sempurna
membuka ruang hati mencintai pencipta..
menghambakan diri.. pengabdian hakiki
terbuka ruang untuk di cintai..
Ke eanam:

berkasihsayang kerana Allah
Asas berkasihsayang dalam persahabatan
adalah kesetiaan ..keikhlasan
Tautan hati yang halal.. kerana DIA,, di jalanNya
menempah pahala besar di sisiNya..
Sabda Rasulullah dalam sebuah hadis Qudsi..
Rujukan:
1.JAGALAH ALLAH,ALLAH AKAN MENJAGAMU"
oleh : Dr. 'Aidh Bin Abdullah al-Qarni (terjemahan)
2.NASIHAT AGAMA DAN WASIAT IMAN
oleh: Imam Habib Abdullah Haddad As-Syafi'e
terbuka ruang untuk di cintai..
Ke eanam:
berkasihsayang kerana Allah
Asas berkasihsayang dalam persahabatan
adalah kesetiaan ..keikhlasan
Tautan hati yang halal.. kerana DIA,, di jalanNya
menempah pahala besar di sisiNya..
Sabda Rasulullah dalam sebuah hadis Qudsi..
" Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua orang yang saling menyayangi keranaKu ..Dua orang yang duduk bersama2 keranaKu, dua orang yang saling menziarahi keranaKu dan yang saling tolong menolong keranaKu"
Sabda baginda lagi..
" Tidak lah dua orang yang saling menyayangi antara satu sama lain, melainkan orang yang lebih dicintai Allah ialah siapa yang mencintai sahabatnya lebih.."
Rujukan:
1.JAGALAH ALLAH,ALLAH AKAN MENJAGAMU"
oleh : Dr. 'Aidh Bin Abdullah al-Qarni (terjemahan)
2.NASIHAT AGAMA DAN WASIAT IMAN
oleh: Imam Habib Abdullah Haddad As-Syafi'e
~~~****~~~~******~~~~****~~~
"Ya Allah kurnikan lah kepada kami KasihsayangMu..Kasihsayang orang2 yang mencintaiMu..
kurniakan kami rasa cinta untuk melakukan amalan2 yang mendekatkan kami pada cintaMu.."
“Ya Allah, bantulah kami..bersihkanlah hati2 ABDI-Mu yang dhoif ini..
Luruskan lah langkah dan safar kami..menuju redhoMu..
Meraih CINTA-MU”
Ulasan