***MAHABBAH****
Sabda Rasulullah SAW. Dalam sebuah hadis Qudsi:
“Berfirman Allah Ta’ala di hari kiamat: Mana dia orang yang berkasihsayang(halal) kerana keagunganKU.Hari inilah aku akan menaungi mereka di bawah naunganKu iaitu hari yang tiada naungan selain naunganKu”
Baginda bersabda lagi..
“ Sesiapa yang ingin merasai nikmat iman hendaklah ia menyayangi seseorang,tiada ia menyayanginya melainkan kerana Allah”
Hakikat Mahabbah Lillah
Apabila seseorang menyayangi orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana di lihatnya temannya itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah, maka hal yang sedemikian itulah yang dikatakan ..Mahabbah Lillah Ta’ala
Ataupun, jika dia menyayangi seseorang dan bersahabat dengannya kerana temannya itu membantunya dalam hal keduniaan yang membolehkannya mengurus hal2 akhirat (agama),maka itu juga dikatakan …Mahabbal Lillah Taa’la
Mahabbah Tabi’i(Fitrah)
Jika dia menyayangi seseorang dan bersahabat dengannya kerana dirinya berasa senang bersahabat dengan temannya itu..dadanya merasa tenang/lapang bila duduk bersama2 dengannya..atau pun temannya itu dapat menolong nya di dalam urusan dunianya dan di dalam hal ehwal kehidupannya..menerusinya ia dapat hidup senang lenang , maka kasihsayang itu adalah kasih saying tabi’i..kasihsayang biasa yang tiada kena mengena sedikitpun dengan Allah swt .Persahabatan itu timbul kerana kencenderungan diri semata2..Hukumnya harus kerana tidak sunyi dari kebaikan..
Mahabbah tercela
Adapun jika ia bersahabat dengan seseorang kerana temanya itu sering menemankannya ke tempat2 maksiat …membantunya untuk menganiaya orang lain ..memimpin dan menunjukkannya jalan-jalan fasik dan mungkar, maka persahabatan serupa itu dan kasihsayang seumpama itu adalah persahabatan yang di cela ..kasih saying yang tidak berguna kerana ia menarik kejalan syaithan ,tidak kena mengena dengan Allah sedikitpun..Kasihsayang seumpama ini akan bertukar menjadi permusuhan di akhirat kelak.Malah terkadang di dunia terlebih dahulu menjadi porakperanda..berlaku perpecahan..
“Sahabat sahabat pada hari itu ,bermusuhan antara satu sama lain kecuali orang2 yang bertaqwa..
(”az-Zukhruf :67)
oleh:Imam Habib Abdullah Haddad As-Syafi'ey
~~~~~#####~~~~~######~~~~~#####~~~~~
Ukhuwwah Fillah .. adalah tuntutan..
lambang agama diutama .. utuhnya iman di dada,,
memilih amalan termulia..
Sabda Rasulullah SAW...
" bukan dari golongan kami ..sesiapa yang tidak ada perasaan belas kasihan kepada yang kecil dan menghormati yang lebih tua (dikalangan kami)"
أوثق عرى الإيمان الخب في الله والبغض في الله" "
" Seteguh2 pegangan iman ialah berkasihsayang kerana Allah dan membenci kerana Allah"
"لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه"
"Tidak sempurna iman seseorang kamu, sehingga ia menyukai (sesuatu )untuk saudaranya sepertimana ia suka (perkara tersebut) berlaku pada dirinya"
"أفضل الأعمال الحب في الله والبعض في الله"
"Sebaik2 amalan ialah berkasihsayang kerana Allah dan membenci kerana Allah"
" وهل الدين إلا الحب في الله والبغض في الله"
"Tidaklah (tertegaknya) agama itu kecuali dengan saling berkasih sayang
kerana Allah .. membenci kerana Allah"
Sahabat yang solleh pilihan utama..
tanda taqarrubb illallah..cerminan taqwa
haruman mekarnya menempel di jiwa..
pengaruh besar membentuk agama .. dijiwa
terserlah akhlak mulia..menempah
redhoNya bersama
Rasulullah saw. bersabda :
" المرء مع جليسه والمرء على دين خليله..فلينظر أحدكم من يخالل"
" Seseorang itu di pandang dengan sesiapa yang duduk bersamanya..
di ukur dengan siapa yang berjalan seiring dengannya.. oleh itu hendaklah anda memerhatikan siapa yang hendak dijadikan kawan.."
"والجليس الصالح خير من الوحدة.. والوحدة خير من الليس السوء"
" Duduk dengan orang yang Solleh lebih baik daripada duduk sendirian..
dan duduk sendirian lebih baik daripada duduk bersama2 kawan yang jahat.."
Berkata Hassan Al Basri :
"Memutuskan hubungan dengan orang yang fasik adalah satu pendekatan diri kepada Allah"
Hindarilah bersahabat dengan orang jahat tingkah laku..
membelakangi perintah ...inzar Tuhan bi biar berlalu..
ajakan Nabi di anggap sepi..tenggelam dalam impian duniawi...
bahagia mereka dunia menderita...kerosakkan berleluasa di tangannya..
Fasik merajalela.....
Bersahabat dengan mereka memimpin tnganmu ke neraka..
Namun ..mengertilah.. ada tuntutan lain buatmu..
andai kuat iman dikalbu..berbekalkan ilmu wahyu..
tariklah tangan mereka.. halakan langkah kaki mereka..
ke jalan TuhanMu.. bersama2 mengecapi nikmatnya iman..
hidup bertuhan dalam seluruh reality kehidupan..
Namun ..mengertilah.. ada tuntutan lain buatmu..
andai kuat iman dikalbu..berbekalkan ilmu wahyu..
tariklah tangan mereka.. halakan langkah kaki mereka..
ke jalan TuhanMu.. bersama2 mengecapi nikmatnya iman..
hidup bertuhan dalam seluruh reality kehidupan..
Sabda Rasyulullah saw.
" Seorang muslim terhadap muslim yang lain, laksana sebuah binaan ..
sebahagiannya mengukuhkan sebahagian yang lain "
Rujukan :kitab "Nasihat agama dan wasiat Iman"
oleh : Syed Abdullah Alwi Al-Haddad
~sALaM JuMaAt MuBaRaK, sRiKaNdi2Ku!!~
di SeBaLiK UkHuWWaH FiLLaH..
"Dunia di tangan.. Akhirat Di Hati"
S.E.N.Y.U.M. lah...
walau gerimis dihati sentiasa menemani.. ]
~~~~~*******~~~~~~~*******~~~~~~******~~~~~
"Dunia di tangan.. Akhirat Di Hati"
S.E.N.Y.U.M. lah...
walau gerimis dihati sentiasa menemani.. ]
~~~~~*******~~~~~~~*******~~~~~~******~~~~~
Satu Amanah
Album : Permata Hijjaz 1431
Dengan BismilLah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini
Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi
Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-Mu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai
Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia
“Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dari-Nya demi
Memburu cinta dan harapan”
Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cinta-Nya
Oh cinta-Nya
“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasih-Mu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
Dari-Mu..”
“Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..”
(Di Akhirat sana..bersatu di Firdausi..)
~~~~*****~~~~~*****~~~~*****~~~~ Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini
Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi
Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-Mu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai
Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia
“Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dari-Nya demi
Memburu cinta dan harapan”
Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cinta-Nya
Oh cinta-Nya
“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasih-Mu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
Dari-Mu..”
“Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..”
(Di Akhirat sana..bersatu di Firdausi..)
Ulasan