.. Rahsia Hikmah Luqman ..

Bismillahirrahamanirrahiim
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh


Memiliki buku 'Wasiat Luqman al-Hakim' karangan ustaz Ahmad Hasan Mohd. Nazam bagaikan mendapat 'durian runtuh' bagi penulis..satu santapan rohani yg menjadi dambaan jiwa ABDI  yg masih mencari arah..mencari strategi..mencari rahsia2 mencari redhoNya..cintaNya..RinduNya...Wasiat Luqman yg termaktub di dalam al-Quran dihuraikan lebih detail sesuai dengan keperluan jiwa menangani persoalan semasa ..terutamanya dalam dunia pentarbiyahan ..dan dakwah islamiyyah..Dilengkapi pula dengan nasihat2/wasiat Luqman yg termaktub dalam kitab2 tafsir.. Satu usaha dan ijtihad yang murni dari pengarang kitab  tersebut.

Penulis amat teruja dengan kepribadian Luqman al-Hakim sendiri ..Walaupun memilki hikmah yang hebat ,namun sifat kesederhanaan, tawadhuk terhadap Pemberi Hikmah menjadi hiasan diri.. tersirat di sebalik kata-kata hikmah beliau..

Dalam paparan kali ini, penulis ingin berkongsi dengan semua(yang belum membaca buku ini)..   RIWAYAT dan himpunan daripada soal-jawab ringkas yang terselit didalam wasiat beliau di bab terahir buku ini .."wasiat Luqman yang termaktub dalam kitab-kitab Tafsir"


RIWAYAT:
Diriwayatkan drp Ibnu Wahb...
"Berdiri seorang lelaki di sisi Luqmnulhakim lalu bertanya :" Awak Luqman anak bani Husbah kah?" Lukman menjawab "Ya"..Lelaki itu bertanya lagi :"Anda penjaga kambing hitamkah??" Beliau  menjawab :"Kehitamanku jelas, apa yang kau hairankan dengan keadaanku??" Dia berkata lagi :" Manusia menjejaki hamparanmu, mereka mendatangi pintumu, dan mereka redha dengan kata2mu ", Luqman berkata lagi .." Wahai anak kepada saudaraku, sekiranya kau laksanakan apa yang aku katakan ,kau pun akan menjadi demikian juga.. Dia bertanya:"Apakah dia  itu? Luqman menelaskan :"Aku menundukkan pandangan mataku, aku memelihara lidahku, kebersihan dan kesucian makananku,aku menjaga farajku,aku menunaikan segala kewajipanku, aku menunaikan janjiku, aku memuliakan tetamuku, aku menjaga jiranku, dan aku meninggalkan perkara yang tiada erti padaku.Inilah dia perkara yang menjadikan aku sepertimana yang kau lihat.."


SOALAN 1 :
"Bagaimana kamu telah memilih hikmah dan tidak memilih kenabian,sedangkan Tuhan memberikan pilihan?"

Luqman al-hakim menjawab:
"Jika diutuskan kepadaku kenabian sebagai satu kemestian, nescaya aku mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT dan aku juga berharap dapat menjalankan tugas kenabian..tetapi Tuhan telah menetapkan untuk ku..maka aku takut tidak berupaya dgn tugas kenabian, oleh itu aku lebih menyukai hikmah.."

SOALAN 2:
" Bagaimanakah  engkau boleh sampai ke tahap sebegini?

Luqman al-hakim menjawab:
"Percakapan yang benar,menunaikan amanah dan meninggalkan apa yang tidak memberi manfaat kepadaku"

SOALAN 3:
"Siapakah manusia yang paling Sabar??"


Luqman al-hakim menjawab:
"Kesabaran yang tidak disusuli dengan apa yang menyakitkan"

SOALAN 4:
"Siapa manusia yang paling TAHU??"


Luqman al-hakim menjawab:
" Sesiapa yang menambah ilmunya daripada ilmu orang lain"

SOALAN 5:
"Siapa mausia yang paling baik??"


Luqman al-hakim menjawab:
" Orang kaya"

ditanya lagi.." Kaya pada harta kah??"

Jawab Luqman.." Orang yang kaya ialah jika di minta kebaikan daripadanya, ia akan memberi..Jika tidak,dia akan menjadikan dirinya tidak memerlukan orang lain..."


SOALAN  6:


Siapakah seburuk2 manusia?


Luqman al-hakim menjawab:
" Mereka yang tidak merasa malu orang melihatnya ketika ia melakukan kejahatan"


SOALAN 7


Nabi Daud bertanya kepada Luqman :" Bagaimanakah engkau menikmati waktu pagi?"


Luqman menjawab :" Aku menikmati waktu pagi pada tangan selain aku(di tangan Allah).,
Nabi Daud merenung dan menghayati kata2 ini lalu pengsan..


Untuk dapatkan ilmu dari hikmah yang hebat, sila baca buku ini.. sangat bermanfaat!!


...Salam  Muhasabah...
...Salam Muraqabah...
Sama2 tingkatkan jiwa dan pengabdian..
ke arah MARDHATILLAH.....

Ulasan

Catatan Popular