Jahil yg Cuai Vs A'lim yang malas



Kali ni.. nak cerita tentang surat. Sedar tak sedar ,disebalik pengiriman surat dan penerimaannya ada perumpamaan buat orang yang diberi ilmu tapi malas dan orang yang tak berilmu tapi cuai dan tak berusaha untuk cari ... Nak tahu?? Hmm.. nak cerita la ni.. tapi ,kalau terkena singgung ..senyum2 sumbing jak la yer.. kalau tak pun senyum kambing.. sambil2  tafakkur yg membuah zikir..

Alkisahnya.. Imam Habib  Abdullah Haddad menyatakan bahawa perumpamaan seorang jahil yang cuai dalam menuntut ilmu yang wajib itu, laksana seorang hamba (khadam) yang dikirim surat oleh tuannya.Dalam surat tersebut dia di perintahkan oleh tuannya melakukan sesuatu perkara..Malangnya si khadam tidak membuka surat tersebut.. sebabnya?? Dia tak mengerti apa yang terkandung di dalam surat tersebut. Biasanya , dia akan merujuk dan bertanya kepada orang lain.

Perumpamaan seorang Alim yang tidak beramal dgn ilmunya pula.. bagaikan seorang hamba(khadam) yang telah membuka dan membaca isi surat tuannya serta mengetahui apa yang terkandung di dalam surat tersebut..namun, dia enggan mematuhi segala suruhan yang terkandung di dalamnya serta tak mahu menjauhi segala larangannya..

Nah,  cuba kita renungkan sejenak, saudara2ku!! Putera puteriku !! (semoga Allah merahmati kita) Bayangkan.. adakah kecuaian yang lebih besar dari kecuaian dua orang khadam ini terhadap tuannya?Dapatkah mereka membuat alasan atau mengemukakan keuzuran kepada tuan mereka? Bukankah mereka itu layak menerima hukuman kerana berani menentang arahan tuannya??
Semoga ada manfaatnya untuk kita merenung kembali reality kita hari ini.. Ilmu tak payah di cari.. terkadang ilmu hanya di hujung jari.. hanya klik link titian ilmu.. banyak input bole  dapat.. Cuma mau atau tidak saja lagi..

Semoga saya dan anda tidak termasuk salah satu dari dua golongan di atas..iaitu seorang jahil yang tidak mahu belajar atau seorang  A’lim yang tidak merealisasikan ilmunya.. Jika ini berlaku, binasalah saya dan anda..rugilah kita di dunia dan akhirat..

Terdapat banyak hadis menyentuh tentang kefardhuan beramal.. dan ancaman jika tidak mengamalkannya..

تعلموا ما شئتم ..فوالله لا يقبل منكم حتى تعملوا "
“Belajarlah ilmu yang kamu kehendakki, Demi Allah! Dia tidak akan menerima daripada kamu sehingga kamu berama dengan apa yang kamu pelajari..”

" من ازداد علما ولم يزدد هدى .. لم يزدد من الله إلا بعدا "
“ Siapa yang bertambah ilmunya, tetapi tidak bertambah petunjuknya, maka ia tidak akan bertambah melainkan jauh dari Allah”

"أشد الناس عذابا يوم القيامة ..عالم لم ينفعه الله بعلمه "
“ Seberat-berat manusia yang menerima siksaan di hari akhirat kelak ialah orang yang berilmu  yang tidak dimanfaatkan  Allah dengan ilmunya”

Kesimpulannya.. 

Berusahalah supaya kita celik agama melalui sumber2 yang luhur..dengan hati yang luhur.. kerana kita yang ‘mau’.. bukan kebetulan atau terpaksa .. itu lebih ikhlas !! Bila ‘mau’ belajar dan memahami kena tekad ‘mau’ ‘’mengamalinya...Penyair Arab pernah bermadah..”Ilmu tanpa amal ibarat Pokok tanpa buah..” ada atau tak da..sama ja..kan.. tidak member manfaat sedikitpun ..tidak pada tuannya .. tidak pada orang lain..

~~~~~~******~~~~~~******~~~~~~~~

Manfaatkan diri..ilmu/ kefahaman agama!!

"Wahai jiwa abdi(Hamba Allah),!!
jangan jadikan dirimu..ilmumu..
umpama pokok ini...Pemandangannya cukup memukau..
gah berdiri tersergam indah..namun hakikatnya hidup sendiri.....
tidak berdaun..tidak berbunga..tidak berbuah..hanya indah di pandang
 tapi tidak dapat dimanfaatkan ..kecuali jika batangnya
 dimusnahkan... Fikir2 kan!!!

Ulasan

Catatan Popular