"Dewa India"..meninggal??

بسم الله الحمن الرحيم

السللام عليكم ورحمة الله وبركا ته
Sai Baba Meninggal Dunia


New Delhi – Pemimpin spiritual terkemuka dari India, Sathya Sai Baba, meninggal dunia pada 24/4/2011 pagi. Sebelum ini lelaki ini amat diyakini oleh pengikutnya bahawa Sai Baba adalah manusia setengah Tuhan kerana mempunyai beberapa kuasa-kuasa luar biasa.Sai Baba sebelum ini menjalani rawatan intensif selama tiga bulan akibat penyakit jantung yang kronik.
Ribuan pengikut Sai Baba telah berkumpul di hospital tempat Sai Baba menghembuskan nafas terakhirnya. Mereka akan mengiringi pengebumian mayat Sai Baba ke tempat lahirnya iaitu di bahagian selatan daerah Andra Pradesh.
Sathya Sai Baba lahir dengan nama Sathyanarayana Raju pada 23 November 1926.
Ajaran spritual yang Sai Baba yang tersebarluas, mempunyai ramai pengikut dari seluruh dunia.
Sai Baba yang sering dianggap sebagi orang suci itu menegaskan ajarannya bukan agama dan bukan pecahan dari agama yang sedia ada. Menurut jutaan orang di dunia yang mempercayainya, Sai Baba memiliki kekuatan supranatural termasuk menghilangkan benda begitu saja, mengetahui kisah kehidupan orang di masa lalu, mampu mengubati semua penyakit mematikan termasuk AIDS, bahkan ada yang mengatakan dia boleh menghidupkan kembali orang yang sudah mati.Sebab itu ada yang mengatakan Sai Baba adalah dajal.
Dengan kematian Sai Baba ini ternyata dia hanya manusia biasa sahaja. Sebelum ini hangat di youtube pendedahan Sai Baba hanyalah ahli silap mata.
Posted @ www.isuhangat.net
~~~~~#####~~~~#####~~~~~######~~~~~
Dewa (Tuhan) India ..meninggal??


Baru dua minggu lalu penulis menjejaki kisah Sai baba  dan mengeluarkan artikel tentang beliau...tup2 hari ni menerima berita tentang kematian beliau 3 hari yg lalu... 
Semoga.. berita ini bisa membuka.. mata2 yg masih tersihir...
hati2 yang masih terhijab..tiada yang(di dakwa) berkuasa(sebagai Tuhan) menyamai DIA..
KUASANYA tiada terbatas..tiada tertanding..reality ..tulin ..tiada muslihat..
DIA berkuasa dari mula..sampai bila-bila..
Tiada usia muda dan tua.. tiada menemui ajal selamanya..
Lihatlah sejarah .. manusia2 mengaku Tuhan[Firaun]..akhirnya kembali juga kepada TUHAN.
menjadi debu yang berterbangan..ditelan bumi bersama kesombongan..


Wahai hati yg masih mencari kebenaran ..
tidakkah ini satu bukti....'Manusia di dakwa Tuhan' ..tidak berkuasa semutlaknya.
Hanya 'Tuhan Manusia ' (Allah) BERKUASA diatas segala kuasa..
Andai benar ..' manusia di dakwaTuhan' boleh hdupkan orang mati..
mengapa  tidak mampu menghindari kematian..??..
pasti tiada jawapan..itulah KEBATHILAN..


Ya Allah!! Berikanlah hidayah kepada hamba2Mu yang masih bertatih mencari sinar hidayahMu...
dan semoga Istiqamahlah kami dijalanMu , yang LURUS.
.Allah Ahad..Allahu Akbar!! 
Semoga umat Muhammad bertambah.... 
Ameen yaRobb!! 

Ulasan

Catatan Popular