Siapa aku di sisiMU..??
Siapakah aku di sisiMu..Ya Robb??
Soalan ini sering menerjah dalam jiwa tika monolog sendiri..mengisi ruang2 muhasabah..
Soalan ini pastinya bukan milikku sendiri..
Soalan ini..sering berligar .. dalam jiwa2 pencari ..pendamba..pemburu cinta sebenar2 cinta..
Soalan ini milk kita bersama..insan yang mengakui bahawa kita bukan siapa2 melainkan ABDI .. kepadaNYA..
Pencarian ini.. menemui lampu kuning.. agar kita berhenti seketika.. muhasabah diri, bertawajjuh pada kebnaran melalui tadabbur rohany lewat fikrah suffy..
~~~~~****~~~~*****~~~~*****~~~~~
“ Jika engkau ingin mengetahui kedudukanmu di sisi Allah, maka
perhatikan bahagian apa Allah menempatkanmu..”
-Syeikh Ibnu Athailah-
MAFHUM HIKMAH
Kedudukan seseorang dan kemudahan yg didapatinya menjadi kayu ukur nilainya di sisi Allah SWT dari segi kataatan dan sebaliknya.
Syeikh Zarruq menjelaskan..” ini kerana setiap kedudukan mengikut kadar seseorang. Jika menghadap dunia pasti dihinakannya.. jika sibuk dengan makhluk pasti dipalingkannya..jika dihadapkan dgn amalan pasti ditolongnya..dan jika dibuka bagimu pintu ilmu, nescaya Dia menhendakimu.”
IKTIBAR HIKMAH
Inilah neraca yang sebenarnya sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“ Siapa yg hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hamba di sisiNya sebagaimana hamba meletakkanNya dalam dirinya..”
[Hadis ini dhaif pada sanadnya tetapi terdapat sokongan dan syahid drp hadis Anas di sisi alDarquthni dan hadis Abu Hurairah dan Samurah di sisi Abi Nu’aim dlm al-Hilyah]
Firman Allah SWT mafhumnya..
“ Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa ..dan membenarkan adanya pahala yang terbaik(syurga)..maka kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah) – surah al-Lail:5-7)
Drp Ibn Abbas r.a, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“ Beramallah(bekerjalah) kamu, maka semuanya dimudahkan sebagaimana ia diciptakan baginya “(H.R.Imam Bukhary,Muslim dan Tabaraniy)
Fudhail bin ‘Iyadh berkata:
“ Sesungguhnya hamba mentaati Tuhannya mengikut kadar kedudukannya di sisi TuhanNya..
Wahab bin Munabbih berkata :
“Aku baca dalam sebahagian kitab(terdahulu).. Firman Allah bermaksud: “ Taatilah Aku akan apa2 yg aku perintahkan, jgn beritahu padaku apa yang sesuai untukmu..kerana sesungguhnya aku amat mengenali makhlukKu.. Sesungguhnya, Aku hanya memuliakan orang yg memuliakanKu.. menghinakan orang2 yang meringan2kan arahanKu.Aku tidak memandang pada hak hambaKu sehinggalah dia memandang hakKu..”
Syeikh Zarruq berkata:
“ Apabila Allah SWT buka pintu munajat kepadanya, nescaya Allah SWT ingin mendekatiMu..”
[ Petikan daripada SYARAH AL-HIKAM: edisi terjemahan oleh Zukkifli Mohamad Al- Bakry]
~~~~****~~~*****~~~****~~~~~****~~~
~~~~*****~~~~~*****~~~~~*****~~~~~
Kebahagiaan seorang ABDI..Tidak pada keramaian dalam
redho sesama HAMBA..Tetapi, bahagia jiwanya dalam KEBERSAMAAN ar-rahman..Damai hatinya dalam KEREDHOAN ar-rahim.. Walau hidup dalam kemiskinan...kepayahan..Kelelahan..keperitan..kekurangan..tertolak dan terbuang..tetap thabat Di jalan tuhanNYA..KAYA jiwanya..hidup hatinya dgn
ZIKRULLAH.. ikhlas tanpa kata..setia membuktikan janji..berkorban membuktikan cinta..kerana ia mengerti bahawa dia tidak sendiri
di titian Robbany.. Allahu Akbar!!
di titian Robbany.. Allahu Akbar!!
~~~~*****~~~~~*****~~~~~*****~~~~~
Saudara2ku!! Putera puteriku..
Mujahidun di siang hari.. rahbaniyyun di dinihari..
Moga kita menjadi insan terpilih .. ISTIMEWA di sisiNYA..
walau bukan siapa2 di mata manusia..
Moga ada manfaatnya..
Salam Muhasabah!! Salam Muraqabah !!
Istiqamah di Jalan MUJAHADAH!!
insya Allah...
Ulasan