Selebriti mendokong 'HIDAYAH'

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum warhmatullahi wabarakatuh

Artis selalu dimomokkan dengan berita2 negatif dan gejala mungkar dan tak bermoral..Dalam paparan kali ini,penulis terpanggil untuk mengetengahkan satu hakikat.. Di kalangan mereka juga ada tokoh ilmuan agama ...dikalangan mereka juga  lahir insan2 yang kembali ke Fitrah dan terjun ke dunia dakwah.. Sungguh!! Hidayah ada dimana2.. hidayah milik semua.. cuma terkadang, mata kita silau untuk menghayati kebenaran yang terhidang di depan mata.. 

Jum!! kita hayati.." apa kata tokoh ilmuan agama. dan beberapa orang Selebriti terkenal...setelah HIDAYAH mengetuk pintu hati mereka ...

"Boleh dapat pahala melalui SENI"

Habiburrahman El-Shirazy (tokoh ilmuan agama  berdakwah lewat seni)berkata, bukan artis sahaja yang boleh diangkat sebagai selebriti..

Novelis ‘Ayat-ayat Cinta’ dan ‘Ketika Cinta Bertasbih’ itu berkata, personaliti sukan, politik dan apa saja bidang yang boleh melonjak seseorang itu, sehingga terkenal lalu kehidupannya selalu dibicarakan sekali gus menjadi pusat tumpuan, juga termasuk dalam kelompok selebriti.

“Menjadi seorang selebriti sebenarnya membolehkan kita mendapat pahala yang berganda kerana apa yang kita lakukan biasanya akan mendapat liputan dan kemungkinan dicontohi orang lain.

“Misalnya, jika berita infotainmen memaparkan kisah seorang artis yang bersolat tahajud atau menghafal al-Quran, artis itu akan mendapat lebih pahala jika ada peminat yang mengambil teladannnya.

“Kisah begini sudah tentu lebih baik daripada cerita artis yang tiba-tiba hamil sebelum kahwin yang banyak berlaku di Indonesia,” katanya yang mesra dipanggil Kang Abik

Habiburrahman juga memberi contoh tentang salah seorang pelakon wanita dalam filem Bila Cinta Bertasbih, Alyss Norin yang baru masuk Islam terpaksa mencari guru untuk mengajarnya mengaji kerana kehendak wataknya sebagai Ilyana.

“Ini sudah tentunya lebih baik daripada cerita negatif artis ditangkap kerana dadah,” kata beliau lagi.

000~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~000

"TEGURLAH kami..."



“Ulamak, tolonglah tegur-tegurkan kami, golongan artis…”– Amy Search
“Saya harap ulama, ustaz-ustaz dampingi kami (artis), tanpa ulama tegur kami, kita mungkin lalai,” katanya dalam salah satu forum Islam Untuk Semua sempena Maulidur Rasul tahun lalu..


Tambah Amy, golongan agamawan dan ulamak diseru agar sentiasa mendampingi artis untuk membantu golongan hidup ini ke arah yang lebih baik.



000~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~000

"jangan jadikan Artis sebagai IKON"-Wardina

Sementara itu, pelakon dan pengacara Wardina Safiyyah turut mengakui betapa jauhnya garis kehidupan kebanyakan artis hari ini dengan Islam.

Di KB Mall, dalam acara bual bicara  anjuran kerajaan Kelantan(tahun lalu), ketika mengupas tajuk Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat, pelakon pengacara Wardina Safiyyah berkata, masyarakat awam tidak patut langsung menjadikan artis sebagai ikon mereka.

“Tak payah nak tegakkan benang yang basah kerana saya tahu macam mana keadaannya dalam dunia artis itu. Jadi, pada saya, tak payah nak jadikan artis-artis ini idola anda semua, tak payah, tak payah,” kata beliau.

Wardina atau nama penuhnya, Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot berkata, masyarakat hanya boleh mengambil ciri-ciri positif sahaja, tapi tidak boleh mengangkat mereka ke darjat idola dan ikon.

“Saya takut bila perkara salah yang artis lalukan tidak menjadi salah lagi, perkara yang salah tidak ditegur para ustaz dan ulama, artis-artis jahil dan mengeluarkan kenyataan bodoh mengenai agama. Tetapi tidak ada orang tegur, artis berbaju separuh bogel tidak ada orang tegur dan hiburan terlalu banyak dan melalaikan. Ini yang saya risau sebenarnya,” katanya.

”Sebagai ibu bapa, adakah kita akan berdiam diri membenarkan anak kita terus mencontohi ‘bulat-bulat’ apa yang dilakukan artis kita? Adakah mereka sudah cukup baik untuk dijadikan ikutan?

”Terus terang, saya tidak rela untuk membenarkan anak saya menjadi salah seorang peminat mereka. Malu sungguh dengan ‘perangai’ sebegitu. Ia bukan nilai murni yang sepatutnya diwarisi kepada mereka,” kata beliau lagi.

Tambah Wardina, pandangan peribadinya itu dilontarkan dengan penuh kejujuran, menerusi pengalaman yang pernah dilalui dan beliau tiada niat untuk mendabik dada atau mengaibkan sesiapa.

”Saya sendiri tidak layak untuk menjadi ikon. Sebabnya, saya terasa banyak kekurangan. Terus terang saya memang kecewa dengan keadaan industri hiburan tanah air masa kini,” katanya.

Menyentuh garis kehidupan lalu yang kelam dan suram ketika bergelar artis, Wardina mengakui bahawa hidupnya terasa kosong.

“Setiap hari makan bangun tidur, malam pergi kelab malam, enjoy, balik rumah, itukah tujuan hidup kita? Saya terdiam dan saya cakap dekat mak saya mahu menunaikan umrah.

“Saya pergi Makkah dengan niat, Ya Allah, tolonglah bagi saya hidayah Ya Allah, saya amat memerlukan kasih daripada Allah, kalau Allah tidak sayang saya, tidak ada gunanya saya hidup,” tambah beliau lagi.

'BERTUDUNG tidak jejaskan populariti"

Beliau turut menyentuh keraguan orang-ramai berhubung popularitinya yang akan merudum jika bertudung dan menutup aurat.

“Selepas saya bertudung, ramai yang berkata, saya tidak akan menjadi popular lagi dan tidak ada yang akan mengambil saya berlakon lagi.

“Tapi apa yang terjadi? Iklan syampu pertama di dunia yang menampilkan wanita bertudung adalah iklan saya, pertama dalam dunia. Kemudian iklan itu dibawa ke luar negara, sebab apa? Iklan syampu itu selepas ia dikeluarkan, jualannya berkali-kali ganda,” ujarnya.


000~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~000

"SISTEM tarbiyyah yang ada GAGAL menuntun peradaban "

Bukan rahsia lagi ...pada 19 Februari lalu, pelakon dan penulis lirik terkenal Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman mengejutkan banyak pihak apabila menyerahkan borang menjadi ahli PAS.Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan 30 ribu Pemuda PAS, di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar
Bukan keahliannya menyertai PAS yg menjadi tumpuan penulis, tetapi kesedaran dan keinsafannya terhadap suatu hakikat.. Kegagalam sistem 'pendidikan yang ada''yang jauh dari  tarbiyyah ISLAM menyebabkan kepincangan dan keruntuhan sistem  kekeluargaan dan nilai peradaban manusia yang tidak melihat Allah sebagai yang UTAMA dalam agenda kehidupan... sebaliknya ISLAM mmpunyai ramuan mujarab merungkai kekusutan , mengubati penyakit yg menyerang ummah..

Cuba hayati penjelasan beliau tika ditanya:" Mengapa pilih sertai PAS??"



Penulis difahamkan, bahawa sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy, Ito daripada kumpulan Blues Gang dan Ringgo dari kumpulan Arrow telah menyertai PAS lebih awal.. Masya Allah.. Terharu rasanya.. 
000~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~000

Saudara2ku..
Sungguh !! Hidayah Allah itu anugerah.. dan anugerah Allah ... INDAH... jika dihayati...
Bersyukurlah kerana kita terpilih untuk menerima anugerah ini..namun, jangan lupa diri.. hidayah yang ada tidak akan kekal jika kita mengabaikannya.. Hayati kalam Robbuna yang mafhumnya.. "Sesiapa yamg memlihara hidayah Allah, maka Allah akan menambahkan lagi hidayah (kepadanya).. tetapi jika seseorang itu tidak memelihara hidayah Allah, dia kan bertambah jauh dari (hidayah) Allah lebih jauh daripada sebelum ia menerima hidayah tersebut... "


(sumber: carian internet/blog berkaitan topik)
Moga ada manfaatnya....
Salam Muhasabah..
Jum!! pelihara HIDAYAH!!

Ulasan

Catatan Popular