::Miskin harta..Kaya jiwa::

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 Sabda Rasulullah SAW.(mafhumnya)

 "Bukanlah kaya (yg sebenarnya) dengan banyaknya harta
tetapi..sebenar2 kaya ialah Kayanya jiwa.."
(Hadis Sahih riwayat Imam Bukhari, Mualim dan Ahmad)

KISAH 'BAHLUL GILA'.. YG BIJAK
Seorang suffy, Sary al-saqaty menceritakan..
Pada  suatu hari , aku  pergi ke kawasan perkuburan untuk  ziarah dan membaca sesuatu kpd penghuni2nya. Tiba2,  aku terlihat Bahlul al-Majnun berada di sisi sebuah kubur.. Dia menggolek2kan tubuhnya di atas tanah kubur itu. Aku tidak hairan apa yg dilakukannya kerana sememmangnya aku sudah tahu perbuatannya,perangainya pelik daripada orang lain. Sebab itu orang menggelarnya Bahlul si Gila..

“ Kenapa engkau berada di sini? Tanyaku pada Bahlul.

“Memang aku cukup suka dan selesa berada di sini.Mereka tidak menyusahkanku dan apabila aku  pergi dari sini, mereka tidak pernah mencaci di belakangku” jawabnya dengan puas hati.
Aku merenung wajahnya dan aku tahu perkataan seumpama itu bukanlah kata2 biasa yang diucapkan oleh seorang yg gila. Ia seumpama ucapan bernas dan mempunyai pengrtian yang mendalam.Aku dapat memahami ucapannya…bahawa  manusia sekarang tidak terlepas daripada mencaci dan di caci..mengganggu orang lain atau di ganggu.Dunia hari ini telah rosak akhlaknya.Manusia tidak lagi memperdulikan salah atau betul, dosa atau pahala.Merekja lebih suka mengikut hawa nafsu semata.,yang kerapkali membawa kpd malapetaka dan kebinasaan besar.

Aku terdiam sebentar .. tidak tahu apa yang akan kutanyakan kepadanya lagi.Aku takut tersalah bagi soalan kepadanya..manatahu aku akan menerima jawapan yang tidak menyenangkan darinya..Orang seorti itu, pemiliknya bergerak cepat.. mungkin apa yang dikatakannya itu berupa ilham daripada Tuhan yang Maha Kuasa..

Wahai Bahlul!! Tahukah engkau bahawa harga roti sekarang  sudah naik?? “

Lidahku tiba2 mengatakan itu dan aku sendiri tidak tahu , kenapa aku bertanya tentang roti pula.
Beliau menjawab dengan wajah yang murung mencuka..

“ Demi Allah ,wahai Sariy, aku tak peduli berapapun harganya,walaupun sebuku roti berharga sedinar sekalipun..Itu bukan urusan kita”

Dia terlalu serius ketika mengucapkan kata2 itu seolah2 dia seorang peniaga di pasar.. Bahlul terus bersyarah dengan penuh falsafah:

“ Apa yang harus  di anggap penting ialah kita mesti menyembah Allah yang Maha Esa dengan sebaik2nya sepertimana yang diperintahkan, nescaya Allah akan mengurniakan rezekinya sepertimna yang dijanjikan.. Harga roti  naik atau turun bukan menjadi masalah, sebab walau apa pun keadaan yang berlaku, sesungguhnya rezeki daripada Tuhan tetap ada”
Tarbiyyah tersirat: 
1) jangan menilai seseorang hanya melihat pada zahirnya
2) Miskin jiwa lebih hina/dhoif daripada miskin harta
3) Nikmat Allah amat luas ..Hakikat nikmat ialah merasa puas dengan kebersamaan Nya...
           ~~~~~******~~~~~~******~~~~~~~*******~~~~~~~
Hakikat Nikmat..
merasa Kaya bersama Allah SWT
walaupun miskin harta..

Ulamak suffy bermadah

Nikmat besar itu..
ialah bebas dari rantai nafsu

yang menyampaikanmu kepada hakikat..
memutuskanmu daripada makhluk

menjauhkanmu dari dunia..
mendekatkanmu kepada Robbuna

perkara yang tak mengundang penyesalan..
tidak disusuli keresahan..kesedihan.


kunci NIKMAT .. adalah ketaatan..
merasa KAYA hanya bersamaNya
lebih daripada menerima nikmat sementara


"Apabila Allah memberi rezeki kepadamu berupa perasaan puas melakukan taat (ibadat) pada zahirmu dan berasa cukup kaya dengan Allah dalam hatimu, sehingga benar-benar tidak ada sandaran yang lain bagimu kecuali Allah.Maka ketahuilah bahawa Allah telah melimpahkan nikmat-Nya kepadamu zahir dan bathin" 


- Ibnu Atthailah -

~~~~*****~~~~~*****~~~~~*****~~~~
" Ya Allah ,sesungguhnya yang sangat menggembirakan ku
 ialah kerana kurniaan iman kapadaku, tetapi aku takut dan bimbang jika  Engkau
mencabut nya daripadaku. Justeru itu, sentiasalah wujudkan rasa TAKUT 
padaku dan amat mengharap supaya iman tdak di cabut daripadaku"


- Yahya bin Muaz al-Razi-
" Ada 3 dosa yang membolehkan tercabutnya iman..
pertama : jika tidak bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat IMAN..
ke dua: jika tidak takut atau khuatir tercabutnya iman
ke tiga : jika melakukan  kezaliman terhadap orang Islam"
-Abu al-Qasim al-Hakim-


~~~~*****~~~~~*****~~~~~*****~~~~
"miskin harta ..kaya jiwa ..HEBAT!!
lebih HEBAT jika KAYA HARTA dan KAYA JIWA
`` semoga ada manfaatnya..
Salam Muhasabah..tingkatkan Muraqabah
sama2 lah kita B.E.R.U.S.A.H.A

Ulasan

Catatan Popular