Liciknya.. dia

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

7 TEKNIK SYAITHAN MENYESATKAN MANUSIA



1.Syaitan melarang manusia taat kepada Allah SWT.
2.Syaitan memujuk manusia supaya tidak mentaati 
Allah  SWT.
3.Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk bersegera dalam amalan kebaikan supaya berpeluang melakukan amalan kebaikan yang lain pula.
4.Kemudian syaitan menyuruh manusia supaya menjalankan amalan  baik secara sempurna agar tidak dicela oleh orang lain.
5.Setelah itu, syaitan membisikkkan pujian kepada orang yang beramal kerana akan mendapat darjat yang tinggi, cerdik adalam mengurus kehidupan dan telah mencapai kesempurnaan dalam hidup.
6.jika gagal, syaitan akan memasukkan sedikit perasaan riak atau takabbur.
7.Jika gagal maka syaitan akan membisikkan, bahawa janganlah kamu menyusahkan diri kamu dalam beribadat, kerana Allah telah menetapkan kamu bahagia semenjak azali lagi, maka jika meninggalkan ibadat pun kamu tetap akan hidup dalam bahagia. Jika kamu banyak beribadat sedangkan Allah telah menetapkan kehidupan kamu celaka, maka hidup kamu akan celaka kerana Allah Maha Berkuasa dalam semua perkara..( ruj :Minhajul Abidin)
~~~****~~~~~*****~~~

Liciknya dia..
Jahatnya dia..
sedangkan asalnya..taat jua..
 syurga asal kediamannya..

Liciknya dia..
Jahatnya dia..
anugerah Tuhan di persia..
KELEBIHAN merubah segala..
angkuh pada asal kejadian dan paras rupa..
terlupa diri HAMBA cuma..

Liciknya dia 
Jahatnya dia
x cukup insan mulia diperdaya
anak adam sejagat nak di bawa keneraka
semuanya..tidak bersisa

Liciknya dia
jahatnya dia
yang maksiat ..diseru..
puaskan nafsumu
selagi engkau ada nafsu..
nafsu anugerah..nafsu milikmu!!

Liciknya dia 
jahatnya dia
yang taat .. tertipu..
teruskan taatmu!!
kerana kau hebat
perlihatkan ibadatmu
agar kau dipandang keramat
canangkan  amalanmu
isytiharkan taatmu 
agar kau jadi terhormat
teruskan..teruskan..
kau HEBAT!! kau HEBAT!!

Liciknya dia
jahatnya dia
telah nyata janji buruknya
''Beri tangguh padaku!! kan kupenuhkan neraka 
dgn anak adam yg tidak setia
kecuali HAMBAMU yang ikhlas abdinya"

Liciknya dia 
jahat nya dia
musuh Allah..musuh kita..
Iblis laknatullah
sejarah merakamkan sejuta kisah
 Abdi hidup dalam taat ..
wafat dalam maksiat

Wahai saudara2ku!!.. 
jum!! berwaspada sentiasa
mohn perlindungan dari yang Maha Kuasa
moga di beri kekuatan.. keberkatan..
istiqamah dalam ketaatan..
moga terpelihara dari SEGALA tipudaya
si LICIK..si JAHAT.. 

Wahai saudara2ku!!
IKHLAS DALAM PENGABDIAN
IKHLAS DALAM KETAATAN
TA'AWWUZ tika diserang hasutan
itulah pemusnah.. pembakar keegoannya

Saudara2ku!!
jangan biarkan iman kita menagis..
Sang Licik tertawa puas melihat
kejahilan kita..

" Maka janganlah sesekali kehidupan dunia memperdayakan kamu 
dan jangan (pula)penipu(syaithan)memperdayakankamu dari mentaati Allah"
( Luqman: 33)
~~~~******~~~~~~******~~~~
 
 Siapa Musuh dan siapa  Sahabat si LICIK
 (Iblis laknatullah??

Telah diceritakan bahawa Allah s.w.t. telah menyuruh iblis laknatullah datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis laknatullah pun datang kepada Baginda s.a.w. dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat...

Bertanya Rasulullah s.a.w, "...Siapakah kamu ini ?

"Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis."

"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?

"Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku.

"Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?

"Iblis menjawab, "Lima belas."
1. Engkau sendiri hai Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyu
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9  Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang hafal al-Quran serta selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.

Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?"

Jawab iblis laknatullah, "Sepuluh golongan :-
1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.
4.Orang pemabuk/peminum arak.
5.Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6.Pemilik harta riba'.
7. Pemakan harta anak yatim.
8.Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9.Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10.Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.

Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia."

Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis laknatullah. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis laknatullah itu adalah musuh Allah s.w.t. dan manusia. 
Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati ...jangan sampai kita menjadi kawan iblis laknatullah, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis laknatullah bermakna menjadi musuh Allah s.w.t..Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis laknatullah bererti menjadi kawan kekasih Allah s.w.t..

[ sumber : FB/admin Acho; syukran] 

~~~~~*****~~~~~******~~~~~~

  Firman Allah SWT :

"Bukankah aku telah perintahkan kepada kamu wahai anak-anak Adam..supaya kamu jangan MENYEMBAH (mentaati) syaithan..??
Sesungguhnya dia adalah MUSUH  yang nyata terhadap kamu"
(S. Ya-Sin : 60)









Ulasan

Catatan Popular