KUBUR BERBICARA??


Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
..
Kubur berbicara??
Agak pelik bunyinya.. KUBUR BERBICARA..
Tetapi tiada yang mustahil bagiNya..
Hanya  dengan satu kunci..”KUN!!” ..
maka jadilah sesuatu itu..
Pelik tapi BENAR..
Kerana berita ini lahir dari lisan yang tidak pernah BERDUSTA..
Lisan Rasulullah SAW.. kekasih Allah



~~~****~~~~*****~~~~~*****~~~
Bicara ( i )
At- Tarmidzi meriwayatkan drp Abu Said r.a. bahawa Rasulullah masuk ke tempat sembahyang dan di dapati  beberapa orang sahabat banyak berbual, lalu baginda bersabda yg bermaksud:
“ Jika kamu banyak menyebutkan perkara yang memusnahkan segala kelazatan(yakni mati) nescaya kamu akan merasa bimbang daripada melakukan apa yang aku lihat.Oleh itu, perbanyakkanlah menyebut(mengingati)perkara yang memusnahkan kelazatan(mati).Sesungguhnya tiada datang sehari pun ke atas kubur melainkan ia berkata:
“ Aku rumah dagang, dan aku rumah untuk tinggal bersendirian, dan aku rumah tanah,dan aku rumah ulat”.
Maka apabila seorang hamba yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: “ Selamat datang, sesungguhnya engkau adalah orang yang paling aku kasih yang pernah berjalan di atas belakangku. Maka apabila aku menguasaimu pada hari ini, dan engkau berada di dalamku, engkau akan melihat apa yang akan aku perlakukan kepadamu”. Kemudian diluaskan baginya saujana mata memandang, dan dibukakan baginya pintu syurga.
Apabila dikebumikan hamba yang kafir dan jahat, maka berkatalah kubur kepadanya:
“Tiada penghormatan dan selamat datang, sesungguhnya engkaulah orang yang paling aku benci yang berjalan di atas belakangku. Hari ini aku menguasai engkau dan engkau berada di dalamku, maka lihatlah apa yang bakal ku perlakukan kepadamu. Lalu dihimpitkan ke atasnya sehingga bercerucuk tulang rusuknya”, …….

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
“Sesungguhnya kubur itu tidak tidak lain samaada salah satu daripada taman2 syurga atau salah satu daripada lubang2 neraka”
~~~****~~~~****~~~~****~~~~****~~~

Bicara ( ii )

Dalam riwayat oleh Abu Ya’la, al-Tabarani, Ibn Abi al-Dunya dan Abu Nua’im drp Abu al-Hajjaj al- Syimali, katanya: Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “ Apabila mayat di hantarkan ke kubur, maka berkatalah kubur kepadanya: “Sayangnya engkau hai anak Adam, apa yang menyebabkan engkau tertipu denganku. Tidakkah engkau tahu bahawa aku rumah fitnah(ujian), rumah kegelapan, rumah keseorangan dan rumah ulat. Apa yang menyebabkan engkau tertipu denganku tatkala kamu lalu dengan ku berlengang2?”
Jika orang itu seorang yang baik, maka dijawabkan untuknya oleh soalan kubur itu : “Tidakkah engkau lihat bahawa dia  seorang yang menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran”. Kemudian berkatalah kubur: “ Jika begitu aku akan bertukar untuknya menjadi kehijauan, dan kembalikan tubuhnya bercahaya, serta rohnya dapat naik kepada Allah Taala”.
                ~~~****~~~~****~~~~****~~~~****~~~


Dalam riwayat daripada Jabir, beliau berkata :
“Kubur mempunyai lidah yang bertutur, di mana ia berkata :
“Hai anak Adam!! Betapa engkau lupa kepada kami, tidakkah engkau tahu bahawa
Aku adalah rumah yang sunyi, rumah dagang, rumah ulat dan rumah himpitan,
melainkan orang yang Allah perluaskan untuknya..”





Ulasan

Catatan Popular