..::sahabat::..


بسم الله الرحمن الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


[ rindunya pada dai'e istimewaku.. tompok ..huk.huk)












Di antara yg termasuk ibadah yg paling utama ialah saling mencintai/menyayangi kerana Allah SWT.dan menjalinkan persaudaraan keranaNya untuk  agamaNya..



Rasulullah SAW. bersabda :




mafhumnya.." Sesiapa yang bersaudara dengan seseorang hanya kerana Allah SWT ,maka Allah akan mengangkat nya satu kedudukan di syurga yang tidak didapatkannya dengan sesuatu amalan yang lain.."







Sahabat yg Solleh/ah adalah anugerah..
Sabda Rsulullah SAW.." Sesiapa yng Allah menghendaki kebaikan baginya, maka Allah akan mengurniakannya seorang teman yang Solleh/ah.Apabila dia alpa,diingatkannya..dan jika dalam Jaga dibantunya.."

Memiliki Sahabat yang solleh/ah adalah tuntutan buat kta..malah Rasulullah mengajar kan doa untuk mendapat sahabat yang baik.. solleh..sollehah..

"Ya Allah, sertailah/iringilah hidupku dengan orang2 yang Solleh.. 
yang muttaqiin... yang berjihad di jalanMU..
~~~~***~~~***~~~***~~~


      Saudara2ku..putera2 ..puteriku2 !!Sapa yang tak ingin memilki  sahabat2 yg Solleh/ah kan.."?? Marilah kita berusaha (sama2)sedaya mungkin memiliki ciri2 sahabat yang Solleh/ah terlebih dahulu ... insya Allah .. dengan penghayatan itu..dengan merealisasikan ciri2 tersebut sebagai cara hidup, maka pencarian kita untuk memilki sahabat yang Solleh/ah, mujahid/ah dipermudahkan Allah SWT..semoga ukhuwwah yg akan dibina dan yang telah terbina.. tidak menemui saat 2 kegagalannya..

`` TIPS2 DARI ULAMAK AGAR MENJADI SAHABAT YANG BAIK ``

1-Menghiasi diri dengan sebaik-baik akhlak 
Sabda Rasulullah SAW :"Sesungguhnya yg terdekat denganku dari kalangan kamu ialah yang terbaik akhlaknya di antara kamu serta merendah diri..yang menyayangi..dan di sayangi"

2-Mengambil berat tentang permaslahan orang lain dan bersedia membantu 
Diriwayatkan bahawa Syyidina Ali krw. telah berkata:" Sungguhnya saudaramu yang sebenar ialah orang yg bersamamu(dlm semua keadaan)..dia merugikan dirinya untuk memberi manfaat kepadamu..dan apabila terjadinya musibah, dia akan korbankan dirinya untuk menolongmu"

3-Tidak menyakiti orang lain dengan perkataan dan perbuatan
Sabda Rasulullah SAW.
mafhumnya..:" Seorang muslim itu ialah orang yang tidak suka menganggu orang lain dengan lisan dan tangannya.."

4-Merendah diri kepada sahabat dan kepada semua orang.
Terdapat Syair Arab berbunyi..
" Rendahkan dirimu kepada sesiapa yang  jika engkau rendah diri
kepadanya, ia melihatnya sebagai keutamaan ..bukan kebodohan..
janganlah berteman dengan oranmg yang merasa dirinya 
 lebih utama dari orang lain.."

5-Lemah-lembut dan sentiasa tidak marah.
Sabda Rasulullah SAW.
mafhumnya.." Tidaklah  tanda KUAT itu,engakau menang setiap kali bergusti(berlawan) tetapi kekuatan yang sebenar ialah bila engkau
mampu mengawal kemarahanmu.."

6-Sentiasa mengukirkan senyuman, kata pepatah arab, senyuman adalah sihir yang halal
Sabda Rasulullah SAW
mafhumnya" Senyuman mu terhadap saudaramu(yg halal )
itu sedekah"

Diriwayat daripada jarir ibnu Abdillah r.a. berkata :
"Rasulullah tidak pernah menolakku..dan tak pernah dia memandangku kecuali dalam keadaan tersenyum mesra.."

7-Memberi hadiah sebagai tanda persahabatan.
Sabda Rasulullah SAW
mafhumnya:"Saling bertukar hadiahlah kamu,akan bertambah kasihsayang(diantara kamu)"

8.Tidak menghadapi orang lain  dengan sesuatu yang ia tidak sukai
" Anas r.a berkata bahawa Rasulullah SAW. tidak menghadap
seseorang dengan sesuatu yang tidak di sukainya."

9-Menjaga tutur kata dan sentiasa berkata-kata dengan kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda :
mafhumnya..:" Diantara tanda indahnya islam seseorang itu ialah ia tidak bercakap pada perkara yang tidak perlu(tidak bermanfaat)"

Sabda baginda lagi..
mafhumnya.." Bercakap perkara yang baik itu sedeqah"

10.Sentiasa bersedia mendengar permasalahan orang lain
Abu Tamam menceritakan bahawa Atha' ibnu rabbah(sorang ulamak)
pernah berkata" Seorang pemuda bercerita kepada ku suatu perkara lalu aku mendengarceritanya seolah2 aku tak pernah mendengar(cerita itu) sedangkan aku telah mendengarnya sebelum dia di lahirkan lagi.."

11.menyampaikan pujian yang disukai oleh sahabat(tanpa keluar dari kebenaran)

Sabda Rasulullah SAW .
mafhymnya..:"Apabila  seseorang dari kamu menyayangi
saudaranyahendaklah ia mengkhabarkan kepadanya.."

12. Menerima saudaramu seadanya dia..dan berlapang dada dengan kelemahannya


Indahnya syair arab yang berbunyi..
" Ambillah dari sahabatmu..
      mana yang baik serta tinggalkanlah mana yang buruk.. 
Umur itu lebih pendek ....  
       daripada kebiasaan menyalahkan teman
Penyair tidak akan mendapatkan  teman 
              bila engkau tidak menerima dia dlm kekurangan...
manusia manakah yang terdidik sempurna???

13.memelihara keikhlasan dan kesetiaan dengan menyayangi sahabatnya saehingga mati dan menyayangi anak-anak,keluarga serta sahabt2nya sehingga akhir hayat..

Rasulullah SAW telah menghormati seorang wanita tua 
yang telah datang kepadanya..bila ditanya ..Rasulullah menjawab :
"Sesungguhnya dia dulu selalu datang kepada kami di masa 
hidupnya SITI KHADIJAH"

14.Hindari daripada sifat bersangka2 dan mengintip kesalahan orang lain


Firman Allah SWT.
" Wahai orang yang beriman! jauhilah daripada banyak bersangka2..
Sesungguhnya sebahagian besar prasangka itu dosa..
Janganlah ada di antara kamu mencari2 kesalahan orang lain..
dan janganlah ada dii antara kamu yang menggunjing
sebahagian yang lain...." (Al-Hujurat:12)


15.Hiasi diri dengan sifat PEMAAF..
Firman Allah SWT. mafhumnya..
"Jadilah Pemaaf dan ajaklah kepada  amarmakruf dan 
berpalinglah dari orang2 yang jahil.."
(Al-A'raf : 199)


[moga ukhhuwwah tetap utuh..UKHUWWAH adalah anugerahNYA..]
(ruj: Mukhtasar Ihya' ulumuddin/ blog pilihan)

~~~~****~~~~~****~~~~***~~~

Ulasan

Catatan Popular