Ujian /Musibah bertaliarus?? Jgn Pelik!!
بسم الله الحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ku lontarkan pandangan ke luar jendela..Sejauh yang mungkin...
Pandangan ku akhirnya terpaku dgn panorama indah ..sebuah gunung..
walaupun dalam samar.. di tutup kabus pagi..namun aku pasti.. GUNUNG..
ciptaan Tuhan yg terus bertahan di paksinya walau dirinya sering disakiti oleh tangan2 kemodenan..
aku belajar sesuatu..
Sepantas kilat, mindaku merakamkan kembali persoalan sorang anak muda yg ku temui (tanpa di rancang) beberapa hari yg lalu..
"Ustazah!!! Saya rasa hairan, mengapa nasib saya sekeluarga sentiasa di rundung malang. .
ada saja ujian demi ujian datang pada kami.... " ..Ustazah , saya pelik ustazah ..
kenapa ada orang yg jahat dan suka ganggu hidup orang lain ,
dapat hidup dgn senang dan sentiasa gembira.."
Persoalan ini diutarakan oleh anak muda itu setelah meluahkan segala beban penderitaan dan ujian yang dihadapinya sekeluarga..
hmmmmmm...ku tarik nafas panjang..lalu kulepaskan perlahan2..
Persoalan itu masih berligar di minda.. walaupun aku dah berikan jawapan seadanya..
persoalan itu masih terus memburu!!!
aku benar2 dapat merasakan keperitan anakmuda dan keluarganya itu..
Aku juga pernah melalui saat2 sebegitu..
Pastinya saudara2ku diluar sana juga begitu..
malah lebih2 berganda lagi !!
Ujian datang bertubi2 pada masa yg terdekat..
belum selesai satu musibah datang lagi ujian lain..
dlm usaha mencari jalan keluar.. menjenguk lagi musibah ketiga dan begitulah..
itulah KEHIDUPAN..
Terdetik di hati untuk merujuk perkara ini pada Ulamak Salafussolleh..
Kuhampiri almari bacaanku... Tanpa ragu ku pilih kitab Syarah al-Hikam yg baru kumiliki..
Himpunan kata2 hikmah dari Ulamak Muktabar r.a.. Ibnu AT-Thailah..
Moga ada jawapan.. Moga ada pedoman .. buat diriku.. buat anak muda yg bertanya..
buat saudara2ku di luar sana..
Satu demi satu.. perisian tajuk ku baca.. tiba2... aku senyum sendiri..
AL_HAMDULILLAH... ASYKURUKA YA ROBB!!
~~~~~~~~~######~~~~~~~#######~~~~~~~~~
JANGAN SAMA SEKALI ENGKAU BERASA PELIK
"
لا تستغرب وقوع الأكد ار ما دمت في هذه الدار
فإنها ما أبرزت إلا ما هو مستحق وصفها وواجب نعتها
Maksudnya .."Jangan sesekali engkau berasa pelik akan terjadinya kepayahan(kesulitan yg merunsingkan jiwa) selama engkau masih berada di dunia ini.. kerana ia tidak melahirkan sesuatu apapun kecuali sesuatu ygng mesti menjadi sifatnya"
~ Ibnu At Thailah ~
~~******~~~~~~*******~~~~~~*******~~
MAFHUM KATA2 HIKMAH
Allah SWT menjadikan dunia sebagai tempat ujian atau fitnah supaya setiap orang mengikut yang telah ditentukan dan di balas di akhirat kelak. Oleh sebab itu, tak perlu bimbang di atas hal ini.
'IKTIBAR DARI HIKMAH
Syeikh Ibnu A'jibah berkata:" Antara adab orang yang mengenal Allah SWT ialah jangan berasa pelik atau hairan terhadap ciptaanNya samada bersifat keperkasaan,keindahan atau lain-lainnya."
Ja'far al-Sadiq pernah berkata :" Sesiapa yg menuntut sesuatu yg tidak di ciptakan,sebenarnya dia memenatkan dirinya dan tidak di beri rezeki"..Di tanya kpdnya..:" Apa itu??"
Jawabnya :" Kerehatan di dunia(tanpa ujian)"
Benarlah kata penyair :
تطلب الراحة في دار الفناء # خاب من يطلب شيئا لا يكون
" Kamu menuntut kerehatan (tanpa kesulitan) di dunia yang fana'
Rugilah sesiapa yang meminta perkara yang tidak berlaku.."
Bahkan menjadi kehidupan bagi muslim menyediakan dirinya untuk di uji kerana ia boleh memberi ketenangan kepada dirinya..
Al- JJunaid al-Baghdady(ulamak suffy) menenangkan dirinya seraya berkata :
"Aku tidak bimbang apa-apa musibah yg terkena kepadaku kerana aku telah
membina satu kaedah bahawa
DUNIA SEBAGAI TEMPAT BERSEDIH,UJIAN DAN KEJAHATAN.
membina satu kaedah bahawa
DUNIA SEBAGAI TEMPAT BERSEDIH,UJIAN DAN KEJAHATAN.
Antara hukumnya ialah ...
AKU PERLU BERDEPAN DGN APA YANG AKU BENCI..
ANDAIPUN DATANG KESENANGAN , IA MERUPAKAN KURNIAAN ALLAH SWT
tetapi asalnya ialah yang pertama."
Ibnu Mas'ud r.a. berkata:
الدنيا دار هم وغم فما كان منها من سرور فهو ربح
Maksudnya: " Dunia adalah negeri tempat merunsingkan dan mendukacitakan..
Apa -apa yang baik atau menggembirakan daripadanya dianggap satu keuntungan.."
Sabda Rasulullah SAW....Mafhumnya.:
" HAIRAN SUNGGUH URUSAN ORANG YANG BERIMAN, SEMUANYA BAIK BELAKA..TIDAK BERLAKU DEMIKIAN KEPADA SEORANGPUN MELAINKAN DIA ORANG YANG BERIMAN.. IAITU APABILA DIA MENDAPAT NIKMAT DAN RAHMAT TUHAN, DIA BERSYUKUR..MAKA ITU BAIK BAGINYA...DAN SEKIRANYA DIA MENDAPAT UJIAN DAN MUSIBAH, DIA BERSABAR ..MAKA ITU PUN BAIK BAGINYA.."
(H.R. Muslim dan An-Nasa'i)
~~********~~~~~~~~***********~~~~~~~~~********~~
Wahai diri..
usah persoalkan sesuatu yang tiada jawapan..
yang NYATA sudah JELAS adanya
meminta perkara yang tiada..tiadalah jawapannya..
menafikan/menolak perkara yang wajib ada.. sia2 belaka..
UJIAN dan MUSIBAH.. makhluk Allah juga
sebagai teman setia mengiringi hidup kita..
disebaliknya ..ada kasih sayang dan tunjuk ajar
terimalah..hayatilah ..dengan jiwa yang sedar..
Memang pahit hempedu di telan
namun jgn lupa manisnya madu yg dijanjikan
disebalik musibah..ujian yg menjenguk kita di dunia
ada nikmat abadi yang menanti di Syurga..
Janji Robbuna tak pernah tersasar..
yang wajar ..
hadapi
UJIAN/MUSIBAH yg bertali arus
dengan..
S A B A R dan ZIKRULLAH yg tidak putus
Hayati kalam Robbuna
" واستعينوا بالصبر والصلاة"
"Mohonlah pertolongan melalui kesabaran dan Solat"
Hayati kalam Robbuna
" واستعينوا بالصبر والصلاة"
"Mohonlah pertolongan melalui kesabaran dan Solat"
(monolog penulis pada diri sendiri)
-- WALLAHU A'LAM --
Ulasan