Amanat Bonda..!!.
Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu..
Malam semakin melabuhkan tirainya.. ku lontarkan pandangan ke dada langit.. mencari sinar bulan atau bintang2 kecil..namun hampa.. sepi merajalela di lubuk hati.. tetiba ku rasa terlalu amat rindu.. merindui bonda.. Murabbyku!!..meskipun tak pernah bersua.. tak pernah bertukar cerita.. aku amat menyayanginya...Ku tatap potret bonda.. ada ketegasan pada wajahnya...ada kasihsayang tersembunyi di sebalik renungan matanya yang tajam.. bonda!! ku tahu kau banyak menelan derita.. hidupmu bermandikan darah juang yang tak ternilai harganya.. santapanmu adalah mehnah yang penuh dgn fitnah sajian daripada pemilik2 hati yg sakit.. namun kau tetap tabah bonda ku.. Bonda!! pinjamkan padaku secebis dikit cuma ketabahanmu..agar hatiku tak mudah 'luluh' ..kakiku tak mudah 'jatuh'..lisanku tak mudah 'melatah'.."semangatku tak mudah 'punah'.. Ku dakap potret bonda ke dada.. agar terubat rindu seketika.. Ku teringat pada surat2 bonda yang telah dibukukan....tentunya bukan untukku ..kerana bonda tak pernah mengenaliku.. surat2 itu untuk semua puteri2 di dunia ini.. itulah bonda.. cintanya ke seluruh alam sejagat.. cintanya untuk melihat puteri2 Islam..tidak tenggelam dalam tipudaya dunia..impiannya ingin melihat puteri Islam sedunia bangkit berperanan demi agamaNya..Ku tatap satu daripada surat bonda.. ada AMANAT dititip didalamnya..
~~~~~~~~~~~~~~oooooooo~~~~~~~~~~~~
" Puteriku tersayang ,andalah cita-cita dan harapanku untuk mengembalikn ummah memimpin dunia sekali lagi.Dengan itu ,keadilan kan menjelma- keadilan Allah- supaya kita berhukum dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w..
Cubalah hayati kepimpinan Umar bin al-Khattab selepas merenung dan menghayati kepimpinan Abu Bakar as-Siddiq yang cekap. Begitu juga kepimpinan Usman bin 'Affan r.a. dan Ali bin Abi Talib k.w. Dan tidak ketinggalan kepimpinan Umar bin Abdul 'Aziz.. tentang kezuhudan, kewarakan dan keadilannya kepada semua orang.
Wahai Puteriku!! anda mesti mengkaji dgn meneliti perinsip para sahabat dan tabi'in, khususnya kecemburuan mereka pada agama dan syariat. Anda mesti yakin bahawa umat Islam mampu untuk bangkit semula..untuk maju setelah kemundurannya..
Sesungguhnya ummah ini, wahai puteriku !! mempunyai faktor pendorong yang progresif untuk bangkit..dan terdapat banyak sebab untuk bangkit dari kemunduran..ia mempunyai keperluan yang mencukupi untuk mengembalikan kecemerlangannya.. sedangkan anda wahai puteriku, dengan seizin Allah.. mampu memainkan peranan untuk merealisasikan kebangkitan ini. Bangkit dalam ertikata mencampakkan kemunduran, kemiskinan dan kelemahan dari negara-negara Islam.
Tataplah keadaan dan reality umat islam ini dari timur hingga ke barat..dari utara hingga ke selatan..Rinduilah kemunculan fajar yang sekian lama ditunggu-tunggu. Korbankanlah masa, kerja keras dan harta untuk mengembalikan ummah ini kepada agama dan Tuhannya..Inilah tugas dan peranan yang sepatutnya anda laksanakan.. Inilahlah kesimpulan yang dapat bonda ambil selepas penglibatan lebih dari setengah abad di medan dakwah ini.. dan bonda akan terus mengajak anda dengan ajakan yang sama sepanjang hayatku... Bonda berharap dapat menyaksikan impian ini menjadi reality..insya Allah.. "
"Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui.."
(surah Yusuf : 21)
~~~~~~~~~~OOOOO~~~~~~~~~~
Air jernih terasa panas di pipi .. harapan bonda terlalu tinggi.. impian bonda untuk melihat kebangkitan semula itu secara zahir tidak kesampaian ..bonda telah aman disisi KEKASIHnya..( Al-Fatihah buat bondaku tercinta...T_T )
Bonda!! ku yakin ruhmu bertasbih dan terus bertakbir di arasy Robbuna.. melihat kebangkitan generasi ummah dibumi kelahiran mu kini.. bumi yang menyaksikan titisan darah juangmu mengalir ke bumi ..mempertahankan agamaNya. memerdekakan manusia dari menjadi hamba kepada hamba..bumi kinanah penuh barakah.. kebangkitan itu dah sampai ke puncaknya.. Thogut sudah tidak mampu bertahan lagi !! ..bondaku.. saksikanlah sebuah kemenangan hasil kesabaran anak2 didikmu yang kau bajai jiwa mereka dengan CINTA Robbany yang tulus.. dgn semangat juang bertaliarus ke arah mardhatillah ..Bondaku!! Bumi kinanah bergolak lagi.. kebangkitan semula impian mu telah mula menempah nama!! Saksikanlah dari jarak jauh.. doakan mereka bondaku!!doakan agar kebangkitan di bumi kinanah merebak ke seluruh dunia..dan Islam kembali bertahta di puncak.. ALLAHU AKBAR!!
Bonda !! Terimakasih diatas tarbiyyah dan semangat yang kau wariskan kepada kami.puteri2mu !!warisan termahal.. tarbiyyah ruhanyyah harakiyyah .. Jazakillah khairul jaza'..bondaku..!!
AlFadhilah Hjh. Zainab Gazali al-Jubaili
~~~~~~~~~~~ooooooo~~~~~~~~~~~~
Ulasan