Muslimahku !! pelihara RATUmu!!
Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh
Semasa tentang wanita..
Dari purdah ke bikini

SETELAH lama terperosok di dalam kepompong, sebahagian wanita Arab kini semakin menebarkan warna sang reramanya.
Lari daripada stereotaip yang sering digambarkan pada diri mereka seperti berjubah, berkelubung dan 'lebih gemar bersembunyi', mereka kini semakin berani menghapuskan wajah klise itu.
Kejayaan bersejarah wanita Arab berketurunan Lebanon, Rima Fakih yang dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Amerika Syarikat (AS) minggu ini bagai cuba menyampaikan mesej bahawa wanita Arab kini semakin bebas, berfikiran terbuka dan seksi.
Memang benar penglibatan wanita Arab dalam pertandingan ratu cantik bukanlah perkara baru. Imej sensual penyanyi wanita Arab juga sudah lazim dilihat di kaca televisyen.

WANITA Arab selama ini sering dikaitkan dengan imej bertudung dan berpurdah. - Gambar hiasan
Namun, ia belum cukup kuat untuk meruntuhkan pandangan tradisional terhadap wanita Arab secara umumnya.
Cuma apabila Rima berjaya meraih gelaran itu dan serata dunia bergema dengan kata-kata 'Arab woman crowned Miss USA', impaknya mungkin berbeza.
Dalam pertandingan yang diadakan di Las Vegas itu, Rima, 24, yang merupakan seorang Arab beragama Islam bangga memperagakan tubuhnya di depan khalayak termasuk dengan hanya memakai bikini.
Mewakili Michigan, negeri dia bermastautin, Rima berjaya menewaskan 50 wanita Amerika yang lain.
Rima merupakan anak kelahiran Srifa, Lebanon yang berhijrah ke AS bersama ahli keluarganya pada tahun 1993.
~~~~~~~~OOOOOOOOOOO~~~~~~~~~~
MUSLIMAHKU!!!
pelihara RATUmu!!
Muslimah.. bertuahnya jadi wanita muslimah.. salah satu Rahmah kebangkitan Rasulullah SAW. adalah untuk membela kemuliaan dan kehormatan wamita.. dgn ISLAM kedudukan wanita terangkat dari nilai seperti haiwan dan hambasahaya ..penuh dgn kehinaan,perbudakkan..dan permainan nafsu.. berubah menjadi insan yang merdeka jiwa dan jasad.. punya kemuliaan dan harga diri yg sama dgn kaum adam..pembeza antara satu dgn lain cuma TAQWA..
Namun amat menyedihkan..muslimah kini seakan tidak pernah kenal asal-usulnya.. tidak tahu betapa ISLAM telah menyelamatkan wanita dari kancah kegelapan.. Dgn kebebasan yg di beri .. segelintir kita terlupa diri..rasa nikmat yg ada..milik mutlak peribadi.. TIDAK!! Muslimah ku!!..jgn kembali ke zaman gelap buat dirimu.. wanita yang jadi mangsa NAFSU !! wanita yg tidak MERDEKA jiwa .. memilih jalan kelabu setelah di simbahi dgn Nuur ilahi... jgn kembali lagi kezaman hitam.. menjadikan diri HAMBA setelah MERDEKA menjadi milik kita.. Allah telah berikan kemerdekaan itu melalui ISLAM.. Peliharalah anugerah itu..MUSLIMAHKU!! Pimpin bersama para muslimah yg ada di sekelilingmu.. jgn mudah terlena dalam syahdunya melody cinta dunia..terleka dgn gema kebebasan yg KELABU..berbaur antara putih dan hitam..kebenaran dan kebathilan..antara ketaatan dan kemaksiatan.. Berusahalah mempelajari erti mujahadah yg sebenar.. dgn pimpinan wahyu.. peliharalah RATU mu sebaiknya ..MALU!! kerana wanita yg sudah hilang MALUnya.. hilanglah keRATUannya .. dan lahirlah benih2 maksiat..kerosakan..kebejatan..ketrlanjuran..yang bertitik noktah dgn PENYESALAN yg tak bersudah..
"Buatlah apa yang kamu suka jika kamu tak malu.."
sematkan mafhum kalam Rabbuna ini di minda..dijiwa..dalam hati.. dalam seluruh nadi dan darah yng akan mengarahkan seluruh jasad..mata ,hidung, telinga, tangan , kaki.. turut menjaga dan memelihara harga diri..meletakkkan wanita di tempat yg teristimewa ..
Muslimahku!! Jgn redho ..dirimu pembuka jalan kepada lubang kehinaan
membuka ruang kemurkaan Allah pada dirimu..
Muslimahku!! Jgn redho..harga dirimu dijualbeli dgn dunia.. untuk dunia..
Kembalilah Kepada Fitrah(SUCI) .. sebelum di panggil kembali ( MAUT)
dengarlah nasihat demi nasihat buatmu, wanita..muslimahku !!
Ulasan