~ menjelang Jumaat :: ada yang menanti~



Bismillahirrahmanirrahiim..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Wahai jiwa Hamba..

Menjelang Juma'at, janganlah lupa pada empat perkara..


PERTAMA:

Rasulullah SAW sebagai kekasih Allah SWT sentiasa menunggu Selawat dan Salam  dari umatnya.


KE DUA:

Semua kubur dalam kegelapan akan merindui  bacaan 

surah Al-kahfi dari bibir anak yang soleh untuk menyinari taman-taman

 Syurga yang mereka diami  di alam kubur.


KE TIGA :

Waktu Mustajab telah Allah SWT wujudkan sentiasa merindui doa-doa dari insan yang soleh untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.


KEEMPAT:

Umat Islam yang dizalimi (seperti di Palestin , Iraq, Afghanistan dan lain-lain negara yang dicerobohi oleh tentera Ahzab amerika) sentiasa dahagakan doa dari umat Islam di negara yang aman agar mereka terlepas dari dugaan Allah SWT dan dari azab neraka di Akhirat kelak.


~~###~~###~~###~~

Sabda Rasulullah SAW. .
" Sesungguhnya hari yang terbaik di mana matahari terbit
 padanya adalah HARI JUMAAT.. pada hari itu ADAM diciptakan..
pada hari itu juga Adam a.s di masukkan ke dalam syurga..dan pada hari itu Adam a.s.dikeluarkan dari syurga itu..Pada hari jumaatjuga kiamat akan berlaku..Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu dari Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya itu.."
(H.R Abu Hurairah)

~~***~~~****~~~****~~

Ulasan

Catatan Popular