Lelah..di Jalan Yang Panjang...
Putera2!! Puteri2ku!!
Bila sesekali kita lelah di jalan ini..
Jgn sesekali menyesali takdir ilahi..
Bila sesekali kita teruji di jalan ini..
tabahkan hati..muhasabah diri..
Bila sesekali kita tersisih di jalan ini..
jangan mudah patah hati..
kita tidak sendiri..meniti duri..
di luar sana ..lebih menderita
kita tidak sendiri..meniti duri..
di luar sana ..lebih menderita
Jalan ini pilihan kita..
atas keinsafan jitu di jiwa..
redho manusia tolak tepi..
redho Allah yang kita ra'i..
Bila sesekali kita lelah di jalan ini..
kalam ilahi.. pembasuh nurani..
sunnah rasulullalh ..penerus langkah...
nasihat2 shuhada' sentiasa di minda..
kalam ilahi.. pembasuh nurani..
sunnah rasulullalh ..penerus langkah...
nasihat2 shuhada' sentiasa di minda..
tibgkatkan ketakwaan!!.. tambahkan bekalan!!
~~~~~~~~*********~~~~~~~~
Bekalan yang sangat perlu dalam perjalanan mencari keredhaan Allah ini ialah iman yang teguh serta taqwa kpd Allah swt. Di samping itu dai'e perlukan sahabat yg solleh..
Sebuah kereta yang di pandu oleh seorang musafir akan berhenti dan tidak akan bergerak malah ia hanyalah bagai sepotong besi dipertengahan jalan sekiranya ia kehabisan minyak atau tidak di beri minyak yang cukup..Demikianlah para dai'e yang melalui jalan dakwah..Apabila bekalan iman dan taqwa kurang ataupun habis tanpa ada sebarang usaha untuk memperbaharuinya, sudah tentu ia akan menjadi bangkai yang kaku atau sakit,tidak bermaya malah tak mampu bergerak...
Bekal iman dan taqwa itu yang akan memancarkan segala mata air kebaikan dari lubuk hati.. melahirkan segala daya dan tenaga, memupuk ketinggian cita-cita, menambah keazaman dan memudahkan segala gerakan dan langkah..menjauhi segala kesalahan dan penyelewengan..Puncak dari itu lahirlah KEBENARAN, jiwa2 yg ikhlas, penuh kesungguhan, dan terkadang melahirkan peristiwa2 luarbiasa dalam perjalanan tadi..
-Syeikh Mustafa Masyhur-
Saudara2ku..
Dalam menghayati Kitabullah.. ada bekalan
Dalam tafakkur pada kejadian alam dan makhluk ...ada bekalan
Dalam memikirkan nikmat2 Allah... ada bekalan
Dalam memikirkan perakara2 ghaib ada bekalan
Dalam memkirkan tentang hari Qiamat ...ada bekalan
Dalam keharuman seerah Rasulullh saw... ada bekalan
Di dalam ibadah solat...ada bekalan
Di dalam ibadah puasa ... ada bekalan
Di dalam ibadah zakat ...ada bekalan
Dalam mengerjakan Qiyamullail...ada bekalan
Di dalam zikir dan doa ...ada bekalan...
Di dalam mengikuti sunnnah Rasulullah...ada bekalan
Di dalam jihad fii sabililllah ... ada bekalan
Di dalam dakwah di jalan Allah ...ada bekalan
Pada persahabatan yang baik....ada bekalan
Di dalam mengerjakan amal sollleh.. ada bekalan
"BERBEKALLAH(KAMU)!!SESUNGGUHNYA SEBAIK2 BEKALAN ADALAH TAQWA DAN BERTAQWALAH KEPADAKU WAHAI ORANG YANG BERAKAL" (AQ al-Baqarah:197)
Ulasan