Hakikat atau illusi??


Kaherah - Stesen televisyen MSNBC merakamkan imej hantu dipercayai seorang lelaki yang menunggang kuda dalam rusuhan bagi menuntut Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan di sini pada Khamis lalu.
Gambar: SATU lembaga penunggang kuda (dalam bulatan) berada di sebatang jalan raya dekat Dataran Tahrir di Kaherah pada Khamis lalu.



Imej misteri itu disiarkan dalam lintasan berita mengenai situasi yang berlaku dekat Dataran Tahrir di sini pada awal pagi.
Dalam imej tersebut, bayang penunggang kuda yang berwarna hijau dan bercahaya itu seolah-olah melihat gelagat para penunjuk perasaan membaling batu dan kebakaran kereta di tepi sebatang jalan raya dalam rusuhan itu.

Kuda yang dinaiki lelaki itu kemudian bergerak perlahan-lahan sebelum ia berlari ke langit dan lenyap ditelan kegelapan.

Imej tersebut kini menjadi perdebatan hangat dalam beberapa laman web di Internet mengenai kejadian misteri itu.

Beberapa pengguna Internet yang menyaksikan rakaman video itu menyatakan ia disebabkan oleh cahaya kilat kamera atau pantulan cahaya.



(sumber : Blog Muslimeen United)








******00000******


Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Saudara2 ku!! 
Apa persepsi anda terhadap gambar,video dan kenyataan di atas???
Mungkinkah sama dgn apa yang penulis fikirkan?

APA OBJEK SEBENAR???

Bolehkah terjawab dengan rujukan ilmiah??
atau
memadai dgn IMAN di dada??

Mungkinkah ia perbuatan makhluk yg nak cepat kaya??

atau

kehendak Khalik petanda KuasaNya??

WALLAHU A'LAM BISSAWABB!!!

Ulasan

Catatan Popular