Dialog Suffy :" BELAJAR DARI SEKELILING"



Shaqiq Al-Bakhlie telah berkata kepada Hatim Al-Asam… "Aku telah berkawan dengan kamu dalam tempoh masa yang lama, Apakah yang telah kamu pelajari? Hatim Al-Asam menjawab:"  Lapan Perkara.."

( 1 )

Aku memandang kepada kejadian Allah.. setiap orang memiliki kekasih atau perkara yang dicintai..tetapi apabila sampai di kubur maka dia akan berpisah dengan apa yang dikasihi.. Maka aku jadikan sesuatu yang paling aku cintai adalah 'kebajikan' atau 'amal kebaikan' supaya tetap bersamaku didalam kubur

( 2 )

Apabila aku mendengar firman Allah SWT: Tahan atau laranglah dirimu dari hawa nafsu . Maka aku berjihad untuk mencegah diriku dari hawa nafsu sehingga aku tenteram dan kekal di atas jalan ketaatan kepada Allah SWT.

( 3 )

Aku melihat semua orang menjaga barang berharga di sisi mereka, maka aku melihat kepada firman Allah SWT ” Apa yang kamu miliki akan musnah dan apa yang ada disisi Allah SWT akan kekal ” Maka setiap apa yang bernilai disisiku maka aku persembahkan kepada Allah kerana ianya akan kekal dan tidak musnah apabila Allah memeliharanya.

( 4 )

Aku melihat manusia bermatlamatkan harta, keturunan dan kemuliaan. maka aku berpegang kepada firman Allah swt: "Sesuatu yang paling mulia disisi Allah adalah Taqwa kepada Allah".. Aku telah ketahui bahawa hanya dengan Taqwa menjadikan aku manusia mulia dan ada nilai di sisi Allah SWT.
( 5 )

Aku melihat manusia berhasad dengkimaka aku renung firman Allah SWT : "Kami telah membahagi-bahagikan di antara mereka keperluan hidup mereka di dunia "

... Maka aku hilangkan semua perasaan hasad dengki, kerana hasad dan dengki bertentangan dengan arahan Allah SWT.

( 6 )

Aku melihat manusia bermusuhan maka aku renung firman Allah SWT:" Sesungguhnya syaitan bagi kamu adalah musuh, maka jadikan ia sebagai musuh kamu."

Maka aku tinggalkan permusuhan dan aku jadikan syaitan sebagai musuhku.

( 7 )
Aku melihat manusia menjadi hina-dina diri mereka kerana mengejar rezeki..maka aku renung kepada firman Allah SWT: "Tidak ada binatang yang melata dibumi melainkan Allah telah tetapkan rezeki ke atasnya."Maka aku mencari rezeki yang telah diperuntukkan untuk ku dan aku tidak mengambil rezeki yang tidak milikku kerana aku yakin dengan apa yang telah Allah sediakan untuk ku.

( 8 )

Aku melihat semua manusia akan  bertawakkal kepada Allah dalam bidang  perniagaan, perusahaan dan ksihatan mereka sahaja..Maka aku bertawakkal kepada Allah dalam semua pekerjaan ku,bukan sahaja dalam bidang perniagaan, perusahaan dan kesihatan sahaja

kerana mengimani Firman Allah SWT ” Semua perkara yang kamu azamkan,hendaklah kamu  berserah kepada Allah SWT “


[paparan asal : blog PR]

Ulasan

Catatan Popular